BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 27, 2012

resepi kek lapis sarawak kukus




Bahan-bahan
13/4 cawan cream crackers ditumbuk halus
250gram butter(aku guna seketul buttercup)
1/2 cawan gula halus(aku guna gula pasir je)
5biji telur gred A(aku pakai gred c je)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
hawflakes sebungkus
pewarna

cara-cara
1)keluarkan butter dari fridge kerana kita perlukan butter pasa suhu bilik.kalau tak,keras kejung nak pukul macam mana.patah nanti mata mixer kau
2)tumbuk cream crackers halus-halus.kalau nak mesin pun takpe.tapi aku kan bajet tradisional.tumbuk aje
3)masukkag butter dan gula.putar hingga gebu
4)masukkan telur.putar lagi
5)masukkan baking powder dan susu pekat.putar hingga sebati
6)masukkan serbuk cream crackers tadi dan esen vanilla.putar hingga adunan sebati
7)matikan mixer.aku kacau dulu adunan guna sudip kayu nak confirmkan dia betul2 sebati
8)didihkan air dalam pengukus.kalau korang nak didihkan awal-awal pun takpe.tapi aku nak jimat gas.hahaha
9)bahagikan adunan kepada dua atau tiga bahagian.lepas tu letak la warna kegemaran korang.aku buat 2 warna je.kuning dan biru sebab itu je pewarna yang cap star brand.i kan poyosss.tak yakin dengan pewarna sirap dan pandan yang bukan cap star brand..kahkahkah
10)alaskan loyang dengan aluminim foil tapi aku kedekut,aku sapu je marjerin sekeliling loyang
11)masukkan adunan warna biru dalam loyang dan kukus dalam 7minit.tapi sebab susah nak kira,aku kukus 10minit setiap lapis
12)selepas 10 minit,keluarkan loyang dari pengukus,cucuk pakai lidi adunan yang dah masak tu.aku pakai garpu je.lepas tu tekan guna sudu plastik tapi aku kan pemalas,aku guna je senduk plastik,cepat..hahaha
13)letak hawflakes dan letak adunan warna kuning pulak.ulang balik step kukus dari nombor 11 td sehingga adunan habis
14)sejukkan dulu baru keluarkan dari loyang kalau tak nak tangan ko melecur..hihihi

rupa bentuk sebenar

macam ni rupa dalam
ini rupa setelah di letak rossell jam as topping

saja nak tunjuk banyak2 gambo.bangga diri la katakan..hahaha

No comments: