BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 7, 2015

proses untuk longcall part 1

apa yang boleh aku katakan proses untuk longcall ini adalah sangat panjang dan penuh drama
nak cerita secara detail ke?
kalau ko tak alami sendiri peristiwa ni,mungkin ko tak faham dan bosan bila baca

sumpah drama weh cerita entry kali ini
nak buat entry ni pun penuh drama
dkat stengah jam berlaku drama nak upload gambar tapi tetap tak berjaya
aku fedup
oleh itu,penceritaan tanpa gambar

meh dekat-dekat
aku nak start cerita yang penuh ilmiah dah ni
26 november 2014 cukup la tempoh 9 bulan aku chambering(ikut kiraan Bar Council)
setelah comfirmkan dengan pelbagai pihak berkuasa,
maka aku boleh tarik lafas lega untuk pergi filing di KL
tapi korang jangan nak tarik nafas lega
drama baru nak bermula

dah confirm aku boleh pergi filing documents which is final documents (consist of borang 6,7 dan 8)
tapiiii
sijil yang perlu dilampir dalam final documents iaitu sijil COMPLETION OF LEGAL AID SERVICE kawan aku tak pos lagi pada aku
omg!!!!!!!
nak g KL hari isnin,hari khamis pun sijil tak sampai lagi
sabtu ahad mana posmen keje T_T
setelah drama itu ini, dipendekkan cerita, dapat la sijil tu hari jumaat
fuhhh,boleh la teruskan plan nak sampai KL hari isnin

ahad malam aku naik bas dari gerik,
masuk dalam bas,takde seat kosong!
perghhh,,pehal plak ni
dugaan betol
setelah pung pang pung pang dengan driver bas, dapat la seat kosong
pastu sms kawan yang janji nak amik aku kat hentian duta
dia boleh cakap dia demam,tak tau boleh amik aku ke tak pagi esok.nanti dah sampai wassap dia balik
tahap ni aku dah pasrah dah
lantak la apa nak jadi pun,aku mesti sampai court duta pagi isnin
4 pagi aku sampai hentian duta
wassap kawan aku,wassap tak blue tick pun
lantak la.pukul  5pagi aku masuk toilet tukar baju,pakai formal dengan kasut bertutup
payah siot ..5.30 pagi baru siap tukar baju
aku tercongok la kat hentian tu tunggu subuh
bila subuh p surau,solat and mekap sket hahaha tak mandi tapi mekap
lantakkk,perantau kan
dah cukup susah nak tukar baju dalam toilet tu,takkan aku nak susahkan diri lagi untuk mandi.

court buka pukul 8,so, aku tggu jela pkul 8 untuk naik teksi kalau kawan aku tak datang
pukul 6.30 kawan aku wassap dia baru bangun.klau sempat dia amik aku
pukul 7.0 dia call dia ondaway.dia mntk aku tunggu tepi jalan,dia takmo masuk hentian duta sebab jem
whatever la.aku tunggu la tepi jalan
dia hon,aku pun berlari-larian menuju ke kereta beliau sambil galas beg yang macam ada nak batu tu
sebab kawan aku berhenti tepi jalan,aku kena la lari.bahaya pulak dia parking lama2 tepi jalan
masuk je dalam kereta satu drama plak nak letak beg galas yang berat tu laju-laju
kawan aku pun tolong la amik beg aku
"beratnya Jau beg,bawak apa.hahaha"
hahaha..bawak apa lagi,documents untuk filing bersama pakaian aku la.dokumen pun dah berapa kilo

bila nak habis cerita ko ni
alah,,panjang lagi cerita aku ni
ni pun aku nak skip part dalam kereta, lalu istana negara,dari parking nak ke sampai ke kaunter filing yang kena lalu berjuta pintu court
part breakfast pun aku skip
lepas breakfast,aku menuju ke RKKK untuk proses sijil penampalan
RKKK buka 8.30 la pulak
aku pun decide untuk tunggu dpn RKKK sampai 8.30 sebab ada kerusi tapi kawan aku macam kesian kat aku,dia pun ajak naik ke bilik ofis dia balik
ingat nak tinggal je beg yg berat tu dalam ofis dia tapi sebab dia nak tinggal pintu bilik dia tanpa dikunci untuk mudahkan aku amik beg aku,rasa aku ni membebankan dia la plak
aku pun decide utk bawak jela beg aku,kang jadi apa2 kat bilik dia,mati aku

sekarang bermula la proses filing aku dengan galas beg yang berat.hahaha
dah siap isi sijil penampalan kat RKKK, aku pun turun tingkat bawah untuk filing sijil penampalan
isi praecipe, bayar biro perkhimatan,scan,ambik invoice, pergi bayar kat opposite side,patah balik, ambik balik dokumen dan naik balik ke RKKK..fuhhhh hilang sgala mak nenek lemak aku
sementara dokumen nak di extract, aku naik la van pergi masjid jamek untuk bayar disciplinary fund RM200  di wisma maran
lepas tu jalan kaki patah balik pergi bar council untuk bayar instrument rm30
lepas tu jalan kaki lagi lalu wisma maran untuk pergi check-in hotel
lepas tunggu van lagi skali untuk pergi court duta balik untuk extract sijil penampalan dan filing borang2 lain
tunggu punya tunggu,tak extract2 pun
aku pun wassap kawan aku kata aku dah sampai court balik
atas pertolongan dia aku rasa,tetiba dokumen tu dah boleh extract.hahaha
pastu buat ayat sedih kat dia tanya mana nk print dokumen yg dh blh extract tu
kebetulan dia ada kat bilik dia,dia pun suruh aku naik.dia tolong print kan..hahaha
dah siap print sijil penampalan,
turun kaunter kat bawah untuk sumpah
lepas sumpah, pergi opposite side utk scan
pastu patah balik ke tempat sumpah untuk bayar
pastu patah balik ke tempat scan utk amik dokumen
pastu naik ke RKKK balik
tapi RKKK tutup.kena tunggu 2.00 petang pulak.hmmmm

disebabkan tak larat sangat,
aku naik ke floor ofis kawan aku,
aku duduk kat kerusi kat sana
kat tingkat bawah pun ada kerusi tapi orang lalu lalang,pening aku
duk tingkat ofis kawan aku tu,takde orang lalu lalang
boleh la nak melepaskan lelah dengan tenang
wassap kawan aku,dia ada keje lagi
dia suruh aku g makan dulu
eiii,segan aku nak g makan sorang2
aku duduk jela kat situ
letihhh wei,rasa macam nak mati
pukul 1.00 tengah hari,time aku dah melepek kat kerusi tu,tetiba aku dengar suara kata "jau,jom!"
macam baru tersedar dari mimpi,aku toleh dan nampak kawan aku
macam orang kena pukau,aku sengih dan jalan ke arah kawan aku dengan lemahnya
hahaha dramatik gila
kteorg pun menuju la ke kantin court buat kali kedua
penat,tak lalu pun nak makan
sebab kawan aku insist,aku pun telan la makanan tu dalam keterpaksaan.
resultnya,makanan tu tak habis.dah la tak sedap.hahaha

setelah RKKK buka,aku hantar segala mak nenek document pada RKKK dan blah
nak balik hotel,kena tunggu van
disebabkan kepala aku dah tak berapa betol,
waktu nak masuk dalam van tu aku tak tunduk
so,aku langgar pintu van bahagian atas
perghhh,,sakit gila
macam baru tersedar masuk ke alam realiti
rasa nak menangis pun ada jugak
sakit la gilaaaaa
malu pun satu hal
drebar an tu pun bebel apa tah kat aku tapi aku tak dengar,berpinar-pinar mata aku setelah aku hantuk kepala aku kat van tu secara membabi buta

dah la,nanti plak aku sambung,tak larat ah nak taip
nanti aku sambung perjalanan nak g beli tiket untuk balik plak
hari pertama kat KL pun tak habis lagi weh
cuba ko bayangkan betapa panjangnya cerita aku untuk sampai ke hari longcall
hahahah selamat membaca uollss..

No comments: