BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 6, 2015

Hopeless

Kadang- kadang dalam hidup kita ni
Ada hari yang kita rasa frust menonggeng
Rasa macam nak mati je
Rasa macam dunia ni kejam
Semua benda yang tak elok jadi pada kita je
Lepas satu malapetaka,malapetaka lain pulak datang

Itu nama dia dugaan
Kita tahu Allah takkan duga hambaNya melebihi kemampuan hamba itu
Tapi time kita frust,dada rasa nak pecah
Otak kita takmau cuba berfungsi pun utk beritahu apa rasional disevalik dugaan tu
Diri rasa tak tentu arah
Nak duduk tak kena,nak bangun tak kena
Makan pun tak lalu
Lalat lalu pun rasa nak maki

Kita tahu nak buat apa
Hati rasa kosong
Lawak jenaka kawan2 pun tak memberi kesan
Waktu seperti ini,elok la kita solat dengan penuh kusyuk
Bukan la maksudnya waktu lain boleh semayang patuk-patuk ayam
Tapi kembali la kepada Yang Maha banyakkan solat hajat,solat tahajjud,solat dhuha,baca quran

Penawar penyakit lemah jiwa ni adalah alquran dan ibadah2 lain
Kita akan dapat rasa kesejukan didalam hati
Hati lebih tenang dan damai
Penuh dengan pengisian jiwa
Dan kita akan nampak apa tujuan kita hidup

Perasaan hopeless ni bersifat sementara
Jangan terlalu terbawa- bawa
Yakinlah Allah itu sebaik- baik perancang
Dia tahu yang terbaik buat kita
Disetiap dugaan itu pasti terselit kemanisan hidup yang Allah kurniakan
Percayalah Allah akan beri ganjaran yg indah selepas kita dapat menghadapi dugaan yang Dia beri

Jangan salahkan takdir
Cuba cari salah kita dan perbaik yang mana yang kurang
Waktu Allah bagi nikmat,kita tak rasa Allah tu baik
Sekali Dia bagi dugaan,kita mula nak mengeluarkan kata2 kesat macam orang yang tak pernah beriman

Benarlah kata pepatah,ikut rasa hati,mati
Disaat kau rasa tiada siapa yang faham kau,tiada siapa yang boleh bantu ko
Pulang la kepada Yang Maha Berkuasa
Dia ada jalan untuk setiap kebuntuan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

No comments: