BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 5, 2015

2015

Tahun baru iaitu tahun 2015 dimulakan dengan suram
Seolah-olah tiada makna dan tiada tujuan
Tak ada semangat baru pun
Terlalu letih dengan tahun 2014 sampaikan dah takda rasa untuk merasa tahun baru
Padahal tahun lepas beria tak sabar nak tggu tahun 2015
Sebab dah tak sanggup hadapi kesukaran tahun 2014 yang sungguh mencabar

Tapi disebalik kehidupan penuh liku dan duri pada tahun 2014
Ada perkara besar dan indah turut berlaku dalam hidup aku
No pain no gain kata orang

Setelah diduga dengan kesihatan tak menentu di awal tahun,akhirnya di pertengahan tahun dikurnia kasih sayang yang melimpah ruah
Kasih sayang dari strangers
Bukan 1 bukan 2 tapi banyakkkk
Thank you strangers semua

Di saat aku rasa takdir itu kejam
Dengan kasih sayang semua orang,aku mampu menghadapi semua pancaroba yang tak pernah terlintas pun di akal fikiran aku boleh terjadi pada aku
Benarlah kata pepatah,pengalaman mendewasakan kita
Oleh kerana ditimpa pelbagai dugaan,bila dugaan itu dapat dihadapi,aku rasa takde apa yg aku tak boleh hadapi
Datanglah masalah sebesar gajah dan rimau sekarang,aku tak heran
Chambering ni benar2 merubah aku menjadi seorang yang lebih matang
Rasa jauh beza sifat diumur 23 dan 24

Dulu semedang rasa muda dan bersifat keanak-anakan
Di pengakhiran 24 tahun aku rasa benar2 matang
Sampaikan aku tanpa waswas bagi nasihat pada orang umur 34 tahun..haha

Sebenarnya aku ada hutang cerita pasal 2 sijil lagi kan
Nanti aku rajin,aku cerita
Dan aku akan cerita kronologi sehingga aku mampu pakai jubah loyer
tak semudah pakai jubah konvo universiti
Benar- benar mencabar mental aku

Aku rasa aku hilang diri sebenar aku
Aku lebih suka menyepi dan menyendiri
Semakin kurang bercakap
Mudah naik darah
Lebih ignorant
Selalu sakutakan hati orang
Sebab aku rasa hati dan jiwa aku dh habis digunakan utk chambering

Kepada insan2 yg terluka terutamanya kekasih- kekasih2 hatiku,ampunkan aku
Ketahuilah setiap kali baran ini dilepaskan,hati ini tak pernah tenang malah penuh kekesalan
Walau mulut jahat ini berat sekali untuk mengungkap kata maaf kerana sebuah ego,hati ini sentiasa menangis menyesali.

No comments: