BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 29, 2012

misteri surat layang

benda ni berlaku waktu sekolah menengah
tak pasti form 1 atau form 2
yang pasti bukan form 3 sebab waktu kejadian,kelas aku masih di paras bawah
kalau form 3,kelas kat tingkat 3
why?
kata nak PMR
haruslah ada privacy kan untuk menjana pelajar yg success
tapi tak silap aku form 2
so, 22 tolak 14...
maknanya sudah 8tahun berlalu

8tahun yang lalu,
aku bersekolah di sekolah berasrama penuh di Selatan tanah air (macam novel la pulak)
nama sekolah dirahsiakan
hahaha
di suatu petang di hari minggu,
aku pergi ke kelas untuk ambil buku yang tertinggal..homework cikgu garang..
kalau tak,jangan harap aku nak jejak kaki  ke bangunan akademik pada hari-hari minggu

sampai je kat kelas,
aku nampak ada baaaaanyak buku dalam tong sampah
aku cam tu buku aku sebab buku log tu ada nama sekolah ayah aku
sebab ayah aku yang belikan
terkejut aku,lantas tak tahu nak buat apa
kebetulan ada classmate yang tengah study,TQ namanya
dia yang dengar jeritan kecil aku yg terkejut itu terus menerpa ke arah aku *apahal ayat aku novel gila ni*
"TQ,tengok ni,ni buku aku.siapa yang jahat buang buku aku ni?",kata aku sambil terpercik rasa marah
"la,ni buku jau ke,TQ tgk dah tadi.ingatkan siapa yang buang buku"
sobsss
aku pun melangkah ke meja aku nak tengok ada lagi tak sisa-sisa buku yang tinggal

sampai di meja,
ada sekeping kertas bersama duster(pemadam whiteboard)
aku dah nak emo-emo siapa yang letak duster atas meja aku
yang paling tak tahan,dia cop2 duster tu atas meja aku sampai penuh
ko tau jela kalau dh buat padam whiteboard,mestila habuknya adalah dakwat marker
kurang ajar betul siapa yang buat
sedih hati ini
ok,takpe
mari kita tengok apa benda dalam kertas
perghh,,kata-kata amaran dan cacian
sah,ianya adalah surat layang
apa lagi,
menitis air mata aku sebab confirm pembuangan buku aku bukan kegiatan budak nakal tapi memang satu balas dendam atau sabotaj

Lalu,TQ ajak aku pergi rumah ketua warden
waktu cerita dekat ustat tu(ketua warden),pasal kejadian tu,
aku steady je
bila ustat tanya siapa yang buat,
aku tunjuk surat layang sambil nangis
hilang segala rasa malu

malam tu,ustat panggil semua batchmates berkumpul di tapak perhimpunan
malangnya,ustat tersalah tahan kelas untuk di soal siasat
boleh plak ustat tahan kelas sebelah
memang la takde orang nak mengaku
aku syak classmates je
tapi tak tahu la kalu batchmates or senior yang buat kan
aku bukan glamor pun,so,aku syak classmates
tak lama selepas soal siasat kelas yang salah,
ustat datang kelas aku dan tanya siapa yang buat sambil tunjuk surat layang tu
aku tak ingat content surat tu sebab dah bagi ustat kan

sampai hari ini aku tak tahu siapa yang buat
orang tu tak rasa bersalah ke buat macam tu?
ke dia dah lupa pasal ni?
kalau ye pun ada benda tak puas hati
cakap kat aku
kalau aku salah,aku mintak maaf
aku pun tahu aku nakal dan jahat zaman sekolah
normal la kalau ada yang tak puas hati

ustat syak budak laki yang buat
katakanlah budak laki kelas aku yang buat,
ada 17 or 18 orang suspects
semua pamerkan riak muka tak berdosa waktu ustaz datang tanya kat kelas
memang pandai orang tu berlakon kalau dia memang classmate aku
kerana tak pamerkan riak cemas langsung
tapi,kalau orang yang buat itu adalah classmate perempuan
mesti aku hidup dalam danger dulu tanpa aku sedar
yelah,termasuk aku,cuma ada 9 orang pelajar perempuan je
scary pulak bila fikir balik

ooo,
baru aku ingat,kisah ni waktu aku form 1
bila aku form 3,aku macam kagum ustat tu ingat nama aku
tapi aku heran macam mana dia tau nama aku
punyalah kamceng aku ngn ustat tu time form 3 dan form 4
bila aku dah pindah,
baru aku ingat aku pernah nagis depan ustat
perghhh,, tebal 20 inci pulak muka I sekarang T__T

kalau orang tersebut baca ni,
tak kiralah korang dah berjaya belajar oversea ke apa,
ingatlah,
dosa yang di buat kepada manusia
harus diminta ampun dengan manusia tersebut jugak
aku bukan berdendam,
aku cuma nak tahu ape ke hal ko buat semua itu
kalau aku sangat merobek perasaan kau,
aku sungguh-sungguh mintak ampun dari kau =)
maafkan aku diatas ketidakmatangan fikiran pada umur 13 tahun itu

1 comment:

loyartekak said...

apa main point surat layang tu weh?? ang tolak cinta dy kot tue dy angin tuhhh