BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 11, 2012

air

hari tu aku kata banyak cerita yang tak cerita lagi
tapi air?
mana ada cerita air dalam list hari tu
yess
memang la takde
sebab isu air ni baru timnul
errr
takdela baru sebenarnya
dari khamis lalu lagi sebenarnya

seperti semua sedia maklum
felda bersia memang glamour sekarang
tak cukup masuk paper berita harian,,
masuk juga dalam berita TV3
kenapa?
kalau ada orang tanya lagi macam ni
memang pengsan kena penampo aku
maklumlaaa,,
tangan aku dah sangat tough sejak mengangkat air secara istiqamah
sekali gua tampo
nescaya kamu terus pengsan tanpa was-was
hahaha

ingatkan air takde kejap je
skali ada mulut orang kampung kata empangan pecah
cehh,,
desas-desus sangat
padahal loji rawatan air tertimbus dengan tanah runtuh
propa lebih la orang kampung nih

propa tak propa,
seminggu lebih jugak baru akan pulih
memang la aku cuti seminggu ni untuk angkut air je kan
ke tingkat 2 pulak tu
sobsob

btw,,tq la SYABAS
datang jauh2 dari selangor untuk hantar air buat warga gerik
=)

disebabkan rumah air ramai penghuni,
kena la cari banyak air
tak boleh harap syabas je
pergi amik air bukit dekat ganda,
usung air dari tangki sekolah

memang pengalaman yang tak dapat dilupakan
kalau aku skolah lagi,,
inilah peristiwa yang akan aku pilih untuk buat karangan

No comments: