BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Apr 3, 2011

jangan mengumpat lecturer dekat tangga

orang kata,,
cakap siang pandang-pandang,
cakap malam err...bisik-bisik?(tak tahu the exact peribahasa..sobss)
well..well..well
nak mengumpat pun kena tahu rules and regulations nya
jangan ko bantai je mengumpat kat mana-mana yang ko suka
mengerti?

perihal mengumpat yang ingin aku keutarakan dalam entry kali ini ialah
jangan mengumpat kat tangga
hal ini kerana,,
anda berkemungkinan besar akan terpeleot ketika meniti anak tangga itu akibat terlalu syok mengumpat dan tak sedar pun tersilap langkah
patutnya ada dua anak tangga lagi nak menjejak bumi
tapi ko terleka
ko ingatkan ko tinggal satu anak tangga je lagi nak cecah bumi
maka,,
ko dengan konfidennya melangkah,
lalu jatuh terpeleot sehingga hampir menyebabkan bahu dan kaki terseliuh
nasib baik tak jatuh berguling-guling menyembah bumi dan mencium simen
pasti ko akan malu seluruh tempoh pengajian ko di UUM ini jika perkara itu sememangnya menjadi realiti

aku sebagai insan yang berpengalaman,
menyeru anda semua agar berhati-hati ketika melangkah sambil mengumpat itu
tetapi
lebih baik jika anda semua berhenti dari aktiviti mengumpat yang marabahaya lagi lagha itu
itu pun kalau hidup nak selamat dan tak mau jatuh tersembam kat tangga la
hahaha

p/s:IQTIYANI BASHIR ada kasut baru kaler seHIJAU warna daun tua yang ulat beluncas pun tak lalu makan dan berlagak mempamerkan kepada kami kerna dia beli di thailand dengan harga 200bath..jahat sungguh beliau..

1 comment:

Mr.Thinker said...

Ni kisah benar yg terjadi kt diri ko kn Miss.Lawyer? ROFL. XD