BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 23, 2011

benda paling penat bukan belajar

dekat mana-mana institusi pengajian
tak kira sekolah,kolej mahupun universiti
selalu je student bising-bising
penat gila belajar
nak kena buat assignment la apa la

tapi percaya la
belajar bukan paling penat
menore getah lagi penat
tolong la percaya
aku dah rasa tadi
tangan pun busuk
dua tiga hari baru hilang busuk dekat tangan
hahaha

sumah penat
aku memang salute lah dekat penoreh2 getah
terutamanya atuk and nenek aku
yang verumur lebih 60 tahun
aku pun tak mampu nak challenge mereka..
fuhhh..
letih dan busuk dowhhh

Aug 20, 2011

wahai ali

fuhh,,
susah betul nak online bila balik kampung
busy memang satu hal
lagi satu hal,,
tempat-tempat tertentu je dapat line berukband
hampes betul

wahai ali yg suka komen aku punya blog,,
ni jawapan aku kepada soalan2 kau
1.pesal aku p johor time form 3
jawapannya ialah,,
aku belajar kat sane la hoi
2.berapa haribulan kita balik u
jawapan:suka hati ko la nak balik bila2
tapi kita start kelas 11hb

ok,,
kelantan sekarang panas gila
memang rentung la muka si kaki jalan macam aku nih
oleh itu,,
takde gambar raya tahun ni
hahaha

Aug 14, 2011

I will survive!

bila aku cakap aku naik bas sorang-sorang
ramai yang tanya
"eh,,xpe ke?tak takut ke?kesiannn naik bas sorang2"
well,,bagi aku
seorang gadis yang independent,,
itu perkara biasa
nak kesian apa plak

lagipun,,setakat perak ke kedah
kedah ke penang
perak ke kelantan,,
bukan la jauh mana
lagi-lagi dalam usia aku 20 tahun ni

bukan nak cakap besar ke apa
tapi Allah kan selalu ada
percaya lah dengan janji-janji Allah
mohon la keselamatan daripadaNya
kalau nak berlaku kecelakaan,,
waktu dengan kawan-kawan ramai-ramai
or dengan family pun
akan jadi jugak

well,,
aku dah biasa kot travel jauh-jauh sorang
dulu lagi la
aku form 3
baru berumur 15 tahun
aku naik bas sorang-sorang jugak
dari johor ke kelantan pulak tu
alhamdulillah,,
selamat sampai dengan izin Allah

then,,
tak perlulah gelabah tak tentu pasal kalau kena travel sorang2
berdoa pada Allah banyak2
insyaAllah,,
selamat..=)

Aug 13, 2011

perut adalah destinasi terakhir

korang tahu tak
segala jenis lemak akan di salurkan ke seluruh badan?
tak tahu?
sekarang aku bagitahu
sebelum umur 25,,
kalau ko makan banyak
badan ko akan menggemuk equally ke bahagian seperti
peha,lengan dan keseluruhan tubuh

tapi
selepas umur 25,,
sistem penghantaran lemak ni dah slow
dan segala lelemak akan berkumpul di perut

that's why ramai lelaki buncit lepas kawen
sebab diorang kawen bila umur 20-an
hahahaha

aku cuma nak betolkan stigma orang
orang kan selalu kata laki buncit sebab kawen
kononnya bila kawen makan banyak
sebab isteri masak
padahal kalau tak kawen pun,,
buncit jugak lepas umur 25 kalau tak reti jaga pemakanan,,
tak exercise

cuma lelaki yang berkahwin lebih buncit sebab segala kerja pun bini yang buat
angkat pingan kotor lepas makan pun bini buat
macam mana tak buncit ye dok?

LIKE

kalau dekat fb tu
memang ramai la peng"like" tegar
semua status orang pun dia nak like kan
yang paling tak tahan,,
buat status sendiri
pastu sendiri like
tak faham la aku dengan orang macam tu
obses terhadap diri sendiri ke ape
hahaha

kalau dulu,,
aku cuma like status yang aku rasa sangat best
aku tak like status orang sebarangan
sekarang ni pun
aku still macam tu
huah3

mungkin like tu boleh beru kebahagian pada seseorang kan
so,,
aku cuba la berubah untuk senang like status orang
aku cuba okeh..