BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 28, 2014

Two more to go

Seperti yang diuar-uarkan,
Aku kena kumpul 4 sijil sepanjang pupillage period a.k.a chambering
Setakat ni dah ada dua
Dua-dua ni tough punya sijil

First,yang training programme
Kena p kl every weekend untuk 3 minggu berturut
Duit tak payah cerita mengalir macam air hujan musim tengkujuh
Udah le kena dengar lecture dr awal pagi sampai lewat petang,
Kena exam pulak
Kena exam 4 kali tapi dapat sijil satu je,
Bengang pulak aku

Yang kedua adalah sijil ethics course
Ni paling precious
Course yang ajar aku erti kegagalan
Bila ambil kali kedua baru lulus hoi
Senang cerita repeat la
Tapi bila ko pergi repeat,bukan soalan sama
Lagi susah oi
Nasib baik lulus
Tak lalu dah nak dengar lecture untuk 6 chapter yg berbeza untuk kali ketig
Cukup la 2 kali dengar benda sama
Yang paling mencabar,soalan ada 5 part
Satu part mewakili satu chapter,ada beberapa soalan dan anak-anaknya
Setiap soalan ko wajib lulus
Contohnya solan 1 ada 2 soalan.soalan 1,15 markah dan markah lulus dia 9..ko wajib dapat 10 markah.kalau ko dapat 9 markah ko dikira fail.bila soalan 1 tu ko fail,maknanya the whole paper ko fail
Perghhh,,bengang betul

Oleh itu,dipersembahkan dua sijil itu
Another 2 certificates,masih ondaway..
Nantikan

Aug 20, 2014

amboi

aku baru check traffic blog aku
amboiii,,bukan main mendadak naik graf pembaca aku untuk entry lepas
boleh tahan hot jugak kawan aku tu

sebut jodoh je terus ramai datang
hahaha
tapi takde sorang pun pm aku
nak buat iklan kat group zaman skolah la pulak
kawan-kawan asyik bising takde boyfren sedangkan kawan lain dah ada yang beranak

yang nak kawen usah cerita la
berderet-deret invitation
bukan setakat kawan perempuan nak kawen awal,
batchmates lelaki pun taknak kalah
umur 24 pun dah memasing kalut nak kawen
tapi takpe la,ada kerja yang stable dan duit berkepuk-kepuk
tarak hal la setakat kawen

itu belum yang cerita depa dah kawen,
dah ada anak
dan dalam usaha nak beli rumah
perghhh,,sungguh telan i liur bila tengok semua tu
tapi apekan daya,
kita ni chambering pun tak habis lagi
sobsss

Aug 16, 2014

calon jodoh terbuka untuk anda

Minggu lepas aku tak balik grik sebab sorang budak ni
Setelah 5 tahun kenal di alam maya,akhirnya budak ni sudi jumpa akak yang tak seberapa ni
Tapi adik-adik jangan risau,akak bukan berkenalan di alam maya membabi buta seperti janda2 kaya sekarang sampai kena tipu ratus-ratus ribu sepertimana yang dilaporkan akhbar tempatan tiap-tiap hari
Dia kawan kepada kawan akak, akak tak pernah jumpa dia sebab memang  berhubung dengan dia di alam maya je
Eh akak ni,tadi tajuk calon jodoh pehal sekarang melalut sejarah hidup dia plak
Tabah anak-anak sekalian,ini baru intro
Budak yang akak sebut di atas la calon jodoh yang akak nak kenalkan
Masih single and available
Umur 24
Siapa berminat boleh pm akak for the best price
Hahaha
Wassap pun boleh
Nak komen kat sini pun boleh,jgn risau,komen kat blog akak ni lps akak approve baru boleh jadi tatapan umum.kalau tak,akak je yang blh baca

abaikan muka akak yang tak pakai eyeliner tu
tu la wajah kawan akak
Muka je macam gengster
Tapi akak boleh guarantee dia baik dan kelakar
Tapi gambar yang akak sertakan tu gambar pertama dalam hidup beliau,beliau senyum
Hahaha
Nak tengok muka full?
Boleh pm akak
Tak aci la akak tunjuk and cerita semua. Nnt tak special dah la bakal gilrfren dia,semua cerita dah jadi tatapan umum
Kalau berminat,boleh teruskan membaca,
Kalau tak minat,boleh la kalau nk stop baca
Tapi kalau korang minat kat akak,wajib teruskan membaca
Hahaha
Tapi kalau korang minat yang lebih muda,boleh volunteer untuk jadi adik ipar dia
Adik dia muda stahun je
Dah keje,dah ada kereta.
Hahaha
Gambar adik dia?
Ewahhh,jangan nak melebih..
Sat lagi korang compare kawan akak dengan adik dia
Kesian kawan akak
Dah la niat sebenar akak nak promote kawan akak yg tall,dark and handsome ni
Hahaha
Apa-apa pun,akak nak berterima kasih pada kawan akak ni
Kerana selalu ada waktu susah senang akak
Walaupun mulut akak boleh tahan jahat
Dia tabah je mendengar cerita akak saban hari
Walaupun begitu,untuk bakal jodoh beliau,jangan la jeles dengan akak
Akak cuma kawan je dengan beliau,so,jangan teragak-agak nak pm akak
Hahaha
Dan,
Buat bakal jodoh akak,
Jangan jeles dengan budak ni sebab banyak jasa dia pada i
Terimalah kawan baik i ni seadanya
Hahaha
I love you!


Aug 13, 2014

Lambatnya

Bila kita tanggu,
Semua benda pun jadi lambat
Disebabkan ofisboy cuti,
Den yg di hierarchy yg paling bawah kat ofis ni,
Kena la take over keje ofis boy untuk p stamping documents di lembaga hasil
Bapak bosan menunggu turn
Dah le satu kaunter
Maigodd..nak gerak dari satu nombor ke satu nombor punya la lama
Yang lebih menarik,ofisboy cuti kaweb
Seminggu tu hoi..tssk tsskk

Chambering ni pun satu hal
Tah zaman bila nak habis
Orang 9 bulan,aku stahun lebih
Mengalahkan chambering di sabah sarawak

Eh,kita tak sabar nak tunggu bulan 9
Hahahaha
Cepat la bulan 9 ;)

Aug 11, 2014

Raya di rantauan

Minggu ni tak balik gerik
Sebab nak beraya
Beraya kat tepeng boleh kira as raya di perantauan tak?
Hahaha

Hari sabtu geng2 tepeng ajak jumpa
Terutamanya umi la
Sejak2 dia duk ipoh, lama dah tak jmpe dia
Last jumpa bulan 5 kot
Dah dia rindu sangat nak jumpa kteorg,terpaksa la g jumpa..haha
Yang tak tahan siap demand nak tengok wayang
Ok,layankan aje la si dendang perantau ni
Maka,kami pun tengok la Guardians of the galaxy..
Nasib baik best jugak
Kalau tak, aku ketuk kepala umi
Disebabkan kami sampai awal,g lepak Chatime dulu sambil tunggu dayah sampai

Lepas tengok wayang,perut dah kriuk kriuk,
P la makan kat old town sebab tak tau dah nak g makan mana
Siap makan,tros gerak balik sebab dah janji dengan maklang nak g kuala kangsar

Sebelum g kuala,p raya rumah jiran sebelah dulu,ada buat open house
aku baru siap makan old town kot,perut xleh masuk dah
Maka,minum air sirap jela

Lepas asar terus pecut g kuala
Tapi cikgu tu la yg drive,aku jadi mandur kat tepi
Lalu highway,kejap jela sampai
Sampai je kuala,makngah sekeluarga jamu bihun goreng,murtabak,jagung rebus dan macam2 lagi
Rasa nak bungkus bawak balik,sedap gila kot
Rumah caterer kot,haruslah semua sedap
Malam baru balik,tapi time balik turn aku la plak bawak kete
Hmmm,kenyang,drive.maka drive slow2 la

Esoknya,pkul 6.30 pagi dah bangun mandi
Nak g pasar beli barang nk masak sebab kawan nak datang raya
Lepas 5 tahun berkawan baru bertentang mata
Hahaha
Thank you la budak for coming
Lupa bagi duit raya kat ko

Aug 7, 2014

Lulus jua akhirnya

Ramadhan yang lalu aku kan ada pergi exam ethics and professional course
Repeat sebenarnya
First time ambil di Penang, fail
Second time amik kat KL, alhamdulillah lulus

Sebelum ni concept bar council kalau ang fail je,dia kan hantar fax notify ang fail
Kalau ang lulus,dia buat diam je

So,kali ni aku harap aku tak dapat fax yg tulis 'we regret to inform'
Sekali,bar council call
Perghhh,,gila cuak bila dia kata you ada amik exam on july kan
Dengan gagap2 aku mengiyakan
Then dia cakap, you already passed, is it possible for you to come to bar council to collect your certificate
Dengan keadaan terpinga2 aku tanya balik,kiranya i lulus?
Dasar bengap..hahaha..patut amik exam 2 kali baru lulus..

Bila orang bar council kata yes,
Mula la senyum sampai ke telinga
Punya la suka,rasa nak joget-joget
Sampai lupa nk cakap alhamdulillah

Aku punya gembira mengalahkan orang nak call to the Bar..
Yela,dengan kesusahan nak lulus,kita lebih menghargai kejayaan itu
Walaupun dah 3 hari tau result,gembiranya masih terasa hingga ke hari ni
Hahaha
Over? Biaqq ahhh
Aku yg menghadapi keperitan pergi exam,
Bagi la can aku bergembira sebab exam ni adalah exam terakhir sepanjang zaman pupillage herherher

Training program dah lulus, pengecualian peperiksaan bahasa melayu dah keluar sijil, ethics course ni tunggu ketibaan sijil ja

So,sekarang kita tunggu tempoh pupillage ni tamat ja
Legaaaa!

Aug 3, 2014

Calon muda

Musim- musim raya tatkala umur 20-an ni,topik utama perbincangan bukan lagi mengenai duit raya
Tapi topik kawen
kalau jantung anda tak kuat,
Anda duk diam-diam dalam rumah
Usah expose diri pada masyarakat andai tak bersedia menerima letupan soalan berbisa seperti bila nak kawen,nak makcik carikan calon ke dan sewaktu dengannya
Tapi kalau diri tu gatai jugak nak beraya, kena pekakkan telinga dan sabar banyak- banyak
Kalau tak sabar,boleh perang dengan soalan provokasi masyarakat
Masyarakat lebih runsing pasal jodoh ko melebihi diri ko sendiri
Kita tak kecoh,depa tolong kepoh lebih
Runsing tau tak tengok kerunsingan depa yang over tu
Siap ada yang offer adik dia ye
Muda daripada aku plak tu
Hahaha
Aku bukan che ta la
Nanti kang tak boleh panggil abang pulak kalau kawen dengan laki muda
So,nak kena panggil baby ke?hahaha
Esok2 ada anak kang,anak konpius mak panggil anak ke panggi bapak bila jerit2 panggil baby
Haishhhh..no no no
Tapi kalau dah jodoh akak,akak terima aje..kahkahkah

btw,ini pesanan khas akak buat yang tersayang
u,bila i nak dapat angpow macam ni? wink wink ;)