BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 21, 2012

seminggu

minggu lepas
pada waktu yang sama,
hari yang sama
aku tengah pulun mengemas barang-barang
kena angkut dari tingkat 4 ke tingkat 2
memang rasa macam nak mati
ko bayangkan
barang aku bila dikemas2 diletak setempat,
bersamaan dengan setengah bilik aku

ko bayangkan,
stor tu punya la kecik
nasib baik aku balik awal
selamat la barang aku untuk dihumban semuanya dalam stor
aku tak tau apa nasib org yang lambat habis exam tu
ahhhh
pandai2 la diorg p cari stor mana-mana

di saat aku menulis ni pun,
ramai lagi warga UUM yang tak habis exam
muahaha

esok pagi,,genaplah seminggu aku di rumah
pagi2 jumaat lagi aku dah bertolak
tumpang kawan nak balik terengganu,naimah

pukul 10 pagi aku dah sampai kat kedai mak aku
eh,,apesal mak aku tak bukak kedai ni?
dah pukul 10,,takkan lewat beno bukak kedai
call mak,mak kata dia tengah nak mesin kelapa
aduhaii,,dan2 la nak mesin kelapa segala

bila mak sampai,
aku tnya mak,"nak bukak kedai dulu ke,nk balik terus?"
mak,"balik lah"
aku,"taknak bukak kedai ke?"
mak,"hari ni kan jumaat,mana bukak kedai"
astapekkk
punya lah exam sampai tak ingat hari
bengong betoi

memang exam buat org jadi unsound mind
untunglah budak sekolah dah takde exam.
universiti takmau mansuh jugak ke examination?

No comments: