BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 25, 2012

moral vs akhlak

macam mana kita nak bezakan moral and akhlak?
macam ni
ini ustazah saya ajar zaman sekolah dulu
kalau orang bukan Islam,,
mereka mengamalkan moral not akhlak
orang Islam bertuah kerana berakhlak lebih mulia dari bermoral

moral macam ni
kalau pakai bikini pergi shopping complex adalah tidak bermoral
tapi kalau pakai bikini ianya tidak dikira sebagai tidak bermoral

manakala berakhlak pula begini
tak kira dimana2 pun
pakai bikini adalah tidak berakhlak
maksud saya semua tempat yang ada insan bukan muhrim

akhlak itu indah bukan?
so,,kalau awak tu orang dah kata tak bermoral,,berakhlah pasti jauh lagi kan?
sesungguhnya jangan la malu untuk menutup aurat dan menunaikan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya

saya teringat juga dulu ustazah saya pkai jubah
dalam jubah tu dia pakai sepasang baju kurung,kain dalam dan seluar
kami semua tanya ustazah," ustazah,tak panas ke pakai banyak lapis?"
ustazah jawab,"takla,,saya dah biasa"
nasib baik ustazah tak jawab,"neraka lagi panas"...hahaha
tengok,,macam tu la berhemah cara bercakap

kami tanya lagi,
"kalau ustazah pergi oversea, orang tak pandang pelik ke?"
ustazah kata," memang diorang pelik,tapi nak buat macam mana,Islam itu sendiri datang dalam keadaan pelik"
waktu tu aku cuma angguk-angguk
buat2 faham walaupun pada hakikatnya tak faham
tapi tadi aku jumpa satu hadis ni
baru la aku faham ape yang ustazah nak cakap
dan inilah yang aku nak cakap pada kawan2 yang anggap tak sembahyang bila keluar berjoli itu adalah kebiasaan
yang kononnya tak sempat nak solat sebab tunggu teksi
Islam itu mudah,
boleh sembahyang dimana-mana
kenapa?
taknak sembahyang dimana-mana selain surau dan masjid?
takut orang pandang pelik?
look here

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)

No comments: