bila tiba hari jumaat,
banyak tweet dan status para wanita memuji-muji kehenseman lelaki pakai baju melayu
yang tak hensem pun nampak hensem katanya bila pakai baju melayu
tadi,aku berada di masjid sepanjang orang menunaikan solat jumaat
tunggu ayah
apabila khutbah pertama bermula,
masih ramai yang berada di luar masjid dan juga di kedai makan
begitu juga bila khutbah kedua
pabila muaazzin azan untuk mula solat,
masih ada yang berkeliaran di luar masjid tidak kira budak,remaja,orang dewasa malahan orang tua yang lengkap berkopiah
apabila orang mula sembahyang,
baru kelihatan yang tua-tua beransur masuk
yang muda-muda masih di bawah pokok,bersembang
aku ingat diorang nak masuk bila tok imam start baca surah
malangnya,
sampai ke sudah,muda-mudi duk melepak bawah pokok
lebih menyedihkan,
kesemua yang duduk bawah pokok tu lengkap pakai baju melayu dan songkok@kopiah
bukan seorang dua tapi lebih sepuluh orang satu team
ada la dalam 4 team aku tengok yang tanpa segan silu duduk atas motor masing di bawah pokok rendang
tahu nak berteduh dari panas dunia
tapi tak tahu nak lindung diri dari panas neraka
takkan la ko harap mak ko tunggu ko semayang jumaat
ikut ko,tgk ko semayang betul ke tidak
belum sempat tok imam berdoa,masing-masing sudah cabut pergi
astagfirullah
tak habis-habis hati ini ketakutan
jika kini sebanyak itu anak muda yang tidak mempedulikan sembahyang jumaat,
bagaimana dengan masa depan?
bagaimana dengan ibadah-ibadah lain?
berbaju melayu bukan tiket ke syurga
sudah sampai ke masjid,apa yang menghalang untuk masuk ke dalam dan menunaikan solat wajib itu?
lelaki-lelaki itulah yang akan jadi bapa kepada nak pada masa hadapan
kalau sudah begitu bapanya,
bagaimana pula anak pada masa hadapan?
wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment