sekarang ni penjawat awam semua duk menggelupur
tak tahu nak buat ape dengan duit yang banyak
dengar citer duit gaji bulan lepas tak sentuh lagi,
duit bulan ni beserta bonus masuk pulakk
peghhh
memang heaven la kan jd orang kerja dgn government ni kan
harap-harap,dengan bonus yg diberikan,
perkhidmatan pun bertambah berkualiti la kan
*aku tau itu harapan yg takkan jd realiti
apa-apa pun,
reeki yang melimpah ruah tu,
jangan la di salah guna
kaya bulan ni
botak bulan depan
mesej ini pun turut ditujukan kepada kawan-kawan seuniversiti dan seangkatan dengannya
sempena dengan bakal ketibaan semester baru
semester baru bermakna duit ptptn baru,duit pinjaman baru dan duit biasiswa baru
bila dapat duit sedebuk,
harap jangan gelap mata
calculate dan guna dengan berhemah
jangan sampai pertengahan semester dah start makan pasir dan berhutang sana-sini
sangat tidak adil bagi rakan2 anda apabila terpaksa membela anda seperti biawak hidup akibat keborosan diri sendiri
kawan punya la berjimat nak bagi duit cukup sampai hujung sem,
kita senang2 nak pinjam
pinjam pulang balik takpe
ini,bila dah pinjam,buat tak reti nak bayar
sampai kawan kena hantar memo
lagi parah bila putuskan persahabatan semata-mata takmau bayar hutang
adilkah begitu?.
jumpa di akhirat!
hahaha
takut tak?
kalau takut,sila cuba untuk tidak berhutang
cukup2 lah dengan hutang ptptn yg kita ada
takkan seumur hidup nak bergelumang dengan hutang kan?
pandai pinjam,sila pandai bayar
kalau takut lupa,buat reminder dekat fon canggih masing2
si pemberi hutang kompem2 malu nak mintak
padahal si peminjam yang patut malu sebab tak bayar
terbalik kan dunia sekarang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment