tiap-tiap kali ramadhan aku sama je
puasa, teraweh
tapi teraweh tak pernah cukup pun
kalau boleh skip teraweh,aku skip
hahaha
tapi tahun ni
tiba-tiba ada kawan aku hari jumaat hari tu tanya aku dah start baca quran ke
dah juzuk ke berapa
aku pun rasa eh eh
awat tanya juzuk berapa plak
belum ramadhan lagi
hahaha
selalu kan orang ada aim nak habiskan 30juzuk utk sebulan ramadhan ni
satu hari satu juzuk katanya
tapi kawan aku ni katanya nak khatam tiga kali untuk ramadhan kali ni
maknanya 10hari khatam sekali la gamaknya
so,aku bajet dia kan baca lebih kurang 3 juzuk sehari
tapi katanya dia aim satu waktu solat,satu juzuk kau
omaigoddd
bukan ada 30 juzuk je ke
apehal nak baca 5 juzuk sehari
terus aku rasa konfius dengan jumlah juzuk
hahaha bangang
udah la katanya dia start sehari awal baca quran
sehari sebelum ramdhan
hmmm..aku?
tarak fikir ape pun,duk tunggu hari ahad untuk puasa jela
hahaha
tiba-tiba rasa macam ada satu semangat meresap dalam jiwa
takkan aku nak sia-siakan ramadhan tahun ni
umur pun dah masuk 24
tapi lepas dia cakap tu,aku tetap tak buat apa-apa
hinggalah magrib malam tadi dia tnya aku lagi dah baca quran belum
errrr..aku baca al mulk n al waqiah je
tak start pun baca ikut juzuk lagi
bila aku cakap macam tu,takpe katanya,slow-slow
err,,padahal takde niat pun nak baca ikut juzuk
hahaha
sebab cara dia cakap tak memaksa aku
aku macam malu la jugak kalau hari-hari dia tnya aku dah juzuk ke berapa
adussss...
lagipun dia pun bukan jenis alim-alim
so,aku rasa macam satu momentum timpa diri aku
rasa macam nak buat perubahan juga
dia lagi naughty dari aku tapi ada wawasan nak khatam quran bulan ramadhan ni
siap nak khatam 3 kali tuuuuu
aku?
takde wawasan pun,duk fikir nak matching tudung macam mana untuk raya nanti je
hahaha
tarak guna punya olang
selalu waktu teraweh,
aku cukup suka kalau ayah aku p masjid,
sebab aku tak payah teraweh
hahahaha
tapi lepas dapat sinar pasal baca quran ni,
terus rasa tak senang duduk bila ayah kata nk p teraweh kat masjid
apakah semua ini?sepatutnya aku gembira seperti selalu
terus rasa gelisah memikirkan tak dapat teraweh di hr permulaan ramdhan
maka,aku buat keputusan untuk teraweh sendiri
tapi bila teraweh sendiri,duk konfius nak baca surah apa
maigoddd,,lagi satu problem
so,lepas ni kena buat list surah apa yg nak dibaca untuk teraweh sendiri
pastu konfius pulak ayat-ayat muqaddam tu
maklum la setiap kali solat baca surah sama je
aku bagitau maslah aku ni pada seorang kawan lagi
pasal aku tak berapa ingat dah ayat-ayat muqaddam sebab asyik baca surah sama je waktu solat
dan di penghujung conversation,
dia ingatkan aku untuk hafal satu surah setiap kali sebelum tido
Ya Allah kenapa la aku tak terfikir
satu malam satu surah,bukan susah
tapi aku kan macam tamak,
alah ape ada hal kalau tambah lagi satu surah
tapi bila hafal,rasa konfius
so,aku tetapkan untuk ikut kata-kata kawan aku untuk hafal satu surah je satu malam
aku hafal sekali dengan maksud dia
aku bukan bermaksud nak bangga diri atau nak gebang apa yang aku buat
tapi sebagaimana 2 orang kawan aku ni memberi inspirasi kepada aku untuk membuat perubahan ke atas ramadhan aku tahun ini,
aku harap korang pun boleh lakukan sesuatu terhadap ramadhan korang
selama ni ramadhan aku hanya pasal buka puasa nak makan apa, nak bangun sahur ke tidak, raya nanti nak pakai apa,nak mintak duit raya berapa dari emak
itu sahaja
macam hidup ni takkan berakhir
takde bekalan untuk akhirat
setakat teraweh jela
itu pun teraweh yang tak berapa nak penuh
InsyaAllah,
tahun ni aku aim untuk baca quran 2juzuk sehari
mudah-mudahan dapat khatam sekali pun jadi
dan nak hafal satu surah satu malam beserta maksudnya
semoga hati ini cekal dan konsisten
Aminnn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment