BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 16, 2014

berbaju kurung dengan konfiden

kalau engkau,
tak rasa pelik ke  bila tengok ada perempuan pakai baju kurung lagi pada pukul 8malam?
dah le pakai baju kurung,
p beli barang dapur,
p kedai ringgit 2ringgit yang baru buka
p pasar malam siap singgah gerai jual cili,gerai buah,gerai jual daging,gerai jual sayur kampung dan tidak lupa gerai pau kacang gebu

lepas tu boleh lagi berlari-lari lintas jalan p beli ubat gigi dekat pasaraya lain
and lari-lari lintas jalan empat lane lagi sekali
aku rasa pengguna jalan raya pun gelak
udah le berlari pada pukul 9malam,pakai baju kurung pula

aku bukan le malu sebab pakai baju kurung
tapi aku takut berbau
aku pakai baju kurung tu dari pagi kot
tapi aku buat bodoh je orang pandang2
hahaha
dah le baju tak agak2 dia punya colourful
pink campur mustard campur biru laut
siap dengan tudung kaler purple air keladi
hahahaha

yang paling tak tahan,
cina dekat kfc muka terkejut tengok aku lalu
macam ada alien baru turun

mesti masyarakat gerik hari ni tak boleh nak justify sebab ada insan pakai baju kurung sekitar 8-9 malam
satu set dengan selipar jepun merah plak tu
disaster betoi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

walaupun hari ini hari guru,
staff tempat aku kerja kalut duk tolong cari jodoh untuk aku
musykil pula aku hari ni hari guru ke hari pencarian jodoh
ada yang cakap jangan memilih sgt,umur bukan makin muda
ada yang suggest anak sedara sendiri
anak yang suggest anak dia yang baru form 4
errr,,i bukan che ta k
hahahah

tapi kalau nak bagi i jodoh cikgu,
i terima je
senang aku nak buat government loan untuk beli rumah
gadaian pun free
huahuahua

sebenarnya orang macam kami ni,bukan memilih
orang ramai tak payah nak takut sangat nak masuk meminang
kami bukan naga
lagipun,orang macam kami ni stok pasrah
ang datang masuk pinang,kami terima seadanya
masalahnya,bukan setakat meminang
nak mai masuk dekat pun tak sudi
salah kami lagi kah?

No comments: