BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mar 7, 2014

kekangan masa

sebenarnya banyak je cerita
tapi sebab banyak sangat,tak tahu nak cerita yang mana satu
kita cerita setakat yang ingat je la ek

1) isu hanez suraya

perghh,,nak jugak masuk isu artis kan
kat ofis aku,kalo sebut nama hanez suraya,setiap orang akan meletop
pung pang pung pang duk mengutuk
termasuklah bos aku
bos aku laki okeyhhh
bila staff cakap "yes,memang hanez tu cantik tapi tak semestinya boleh amik laki orang"
tros bos aku balas, "hanez tu cantik?tarakkk ahhh"
tak boleh blah la bos aku join gosip2 artis dengan muka samseng dia tu

2) mencari barang

aku tak faham dengan kedua-dua bos aku
baik encik F mahupun Encik S
hari tu En. F masuk je ofis panggil aku tanya "mana sepek saya?"
heloooo,,spek awok kot,tanya kita pulak
tengah hari sikit, beliau panggil lagi
"mira, cuba kamu cari 'puncher' saya sat"
padahal benda alah tu depan mata dia

kemudian,tadi En. S gigih panggil aku
kemudian dia tanya "kamu ada nampak tak stapler saya?"
aku pun berbasa-basi "stapler  En. S kaler ape?"
biru katanya
bila aku keluar dari ofis beliau,
stapler tu ada atas meja akak kerani
bila aku bermurah hati p hantar stapler tu,
boleh pula En. S berkata "mana kamu jumpa?"
bila aku gtau perkara sebenar,dia seolah2 tuduh aku yang bawa ke sana
helooo,,aku tak penah pkai pun stapler biru dia tu
entah-entah dia tinggal kat situ,pastu lupa amik,pastu tuduh aku
malas nak layan

tak tahu lah sejak bila aku jadi penyimpan harta depa

3) gelaran baru

sekarang ni akak-akak ofis aku panggil aku tokey 16N
hal ini kerana,semua 16N (melepaskan gadaian/Discharge of Charge) kat ofis tu aku yang buat

tadi memang sibuk gila kat ofis
aku turun amik document kat tingkat bawah
tiba-tiba En. S interkom cari I
i pun berlari-larian panjat tangga
ingatkan apa yang urgent sangat
sekali dia suruh replace page baru kat document
manja beno
tu pun nak suruh I yang buat
pulun panggil aku
dengan muka tak bersalah beliau berkata "mira tolong replace page 3 ni eh,u kan pakar replace dokumen"
hek elehhhh
pakar replacement? macam itu pun boleh?

4) taruk pun boleh jadi isu

aku tak perasan pulak aku sorang je kat ofis tu guna word taruk
patut la setiap kali aku cakap taruk kat En. S dia pandang aku semacam je
sampailah tadi limit of curiosity dia berada di kemuncaknya kot
dia pun bertanya " mana kamu belajar guna perkataan taruk?"
terpinga-pinga i tau
dengan beraninya aku balas soalan dengan soalan
i kan memang spesies rebel dengan bos
"kenapa?orang sini guna ape tak guna taruk?"
En. S kata orang Perak guna perkataan letak,depa tak guna taruk
oooooooo...itu jela respon aku selalunya bila En. S bagi tau aku apa-apa pun

ahhh,,letih ah citer pasal ofis
kalau ikutkan,banyak je perkara2 di luar jangkaan aku berlaku setiap kali ada conversation aku dengan para bos
tapi kalau citer semua kat sini,
hangpa bosan plak

ke nak cerita pasal orang p tengok konsert erra,awie & ziana zain?
hahahaha

ke nak puji-puji awok yang kat Perlis tu?
hahahahaha

sekian dulu untuk kali ini

No comments: