BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Feb 13, 2014

berkebun episod 4:babi

disebabkan masalah kesihatan guwa
dan kesibukan di ofis,cerita ni agak delay
hari ni guwa sempat menaip pun sebab guwa xdak suara
takdak suara,tak yah answer call,,
kurang la kerja guwa

sabtu lepas pergi kebun lagi
aktiiti macam biasa la
sebenarnya guwa demam dari hari jumaat
ikutkan hati malas nak pergi kebun
tapi disebabkan jantan-jantan dalam rumah malas
ditambah pula dengan emak buat ayat kesian
guwa pun ikut la

tapi guwa berkebun 2jam jela
tak larat ohhh
pukul 11 macam tu guwa p main kat sungai sementara nak tggu lunch dengan parents di tepi sungai tu
picnic la kiranya

ingatkan lepas makan,dah nak balik
sekali parents aku sambung buat keje
aku dengan adikadik pun menuju la kat kereta
tak larat ah nak berlama-lamaan time demam-demam ni

maka,aku pun duduk la dekat dengan kereta
duduk atas tanah beralaskan sekeping daun kering
time rasa nak terlelap tu dengar adik aku jerit "wei,babi weh"
sambil dia berlari laju
aku yang baru nak terlelap terpinga-pinga terus lari tanpa menoleh ke belakang pun
lari sekuat hati mengalahkan usain bolt
mau usain bolt tak kalah,,aku lari berkaki ayam okeyh
sebelah sandal kat tangan,sebelah lagi atas jalan
takdan nak sauk
 cepat-cepat masuk dalam kereta dan tutup pintu laju-laju

pastu adik laki aku dengan kereknya berkata"alah,anak babi je pongg,,tu pun takut ke"
alah,,selalu kan babi dia berjalan beramai-ramai
cuak la kot-kot ada semua mak bapak dan atuk nenek dia
lagipun tak pandang belakang,mana tau anak babi ke mak babi

bila gitau mak,mak tanya kenapa tak tangkap
boleh buat bbq
eiyewww,,tah pape

pape pun,
kali ni paling lambat balik
pukul 2 lbih baru balik ok
dugaan btoi
dengan mesin menebang stuck kat pokok yang kcik sikit je dari aku
sejam baru boleh keluarkan mesin tu

No comments: