BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 17, 2014

berkebun

 ko tengok,matahari tak muncul lagi aku,mak,ayah dan adik aku dah sampai kebun
ko bayangkan 6.3 pagi di waktu musim sejuk macam sekarang aku mandi untuk p kebun
kebun tu kena naik 4WD baru boleh sampai..
itu pun setengah jam perjalanan

 as you can see,kat belakang tu bukan setakat semak,
tapi hutan terus
itulah yang perlu ditebas
maklum la dah bertahun kebun ni terbiar

ayah aku bersemangat waja nak buat kebun,
kami kena la p tolong
terutamanya aku la kan
setiap hari isnin,mintak duit poket nak g chambering
kalau tak tolong,
macam segan nak amik duit kan
tiaptiap mggu kot bapak aku bagi duit poket
macam tak kenang jasa la plak tak g tolong

adik aku tolong punsebab nak upah punya pasal
duit upah tu dia nak cukupkan duit tabung haji dia
untuk register pergi haji kan need certain amount
dia punya duit ada kurang
so,kena la amik upah buat kebun dengan bapak aku
hahaha
 itu gambar bapak aku tengah nak tebang 3batang pokok yang sebesar dua pemeluk or tiga pemeluk aku
guwa sudah letih,nak jalan dekat-dekat untuk amik gambor pun dah malas
dan yang paling best,dekat situ ada lebah buat sarang
esok boleh amik madu lebah.yeay!

 on the way nak pergi kebun sekarang ada orang bina sekolah tahfiz
dengar cerita dalam RM200k untuk buat tahfiz ni
ko tengok pagar pun dah terpegun

 pagar dia ada 2 okey
yang warna coklat kat gmbr atas satu
and lagi satu yang batu nih
grand tak grand ko skolah tahfiz ni
pagar pun dah lawa gila
dia punya atap bangunan buat dengan daun nipah
cantik gila
bangunan tu atas bukit,tak nampak la bila aku amik gambr dari bawah bukit
ni pun aku dah curicuri panjat bukit dekat dengan pagar dia
tu pun cuak je
takut sat lagi kena marah
pandai-pandai amik gmbr skolah org yang tak siap lagi

so,sape-sape nak anta anak p skolah tahfiz yang cantik ni,boleh la start menabung
tapi serius bagus untuk budakbudak hafal quran
jauh dalam hutan,atas bukit
udara nyaman gila
dan pasti budak tak boleh lari dari skolah
sebab kalau nak jalan kaki ke main road,memang pitam dulu

No comments: