BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 23, 2014

Ketam pondan

Ramai sangat duk promote pasal ketam lembut ni kat akak,so,semalam sempena cuti deepavali,akak tak balik rumah,akak pergi la kuala gula untuk menikmati ketam lembut yang dah masuk JJCM ni

Mungkin sebab ketam itu sifatnya lembut,
Tu orang letak nama fancy dia as ketam pondan
Hahhaha..kalo orang jantan lembut,boleh la panggil pondan,ini ketam pun digelarnya pondan
Ada orang kata ketam ni bersalin kulit,sebab tu kulitnya lembut
Ada jugak yang kata,ketam ni anak ketam,kulit takdan keras lagi hahaha
Tapi paklang and maklang kata,ketam ni memang spesies cengkerannya lembut
Entah le,teman pun tak tau mana kisah benarnya
Yang pasti memang ketam ni lembut semua anggotanya

Ko boleh ngap semua anggota ketam ni even pejam mata sekali pun
Tak payah comot dan belemuih bergusti dengan ketam untuk keluarkan isi dari setiap ceruk cengkerangnya
So,untuk pasangan bercinta memang elok la pergi
Si perempuan tak payah nak control ayu untuk melahap ketam
Keayuan mu tetap akan terpelihara sewaktu makan
Ko boleh selamba makan kulit dan kaki ketam begitu sahaja

Tapi jaminan itu hanya terpakai kepada ketam lembut sahaja
Kalau ko order ketam nipah,nasib ko la kena godek-godek cari isi dalam kulit tu
Kalau ko alergik tak boleh makan ketam,ada je seafood lain
Tapi dimulut akak ni,siakap tiga rasa dia tak sedap
Sebab kuah tiga rasa tu tak kick,mak akak buat lagi nyumsss

Tapi kalau siapa mabuk laut atau tak tahan duduk kat tempat teroleng-oleng,
Tak payah la pergi
Sebab ianya restoren terapung,ko akan pening sket bila restoren tu goyang2 dipukul ombak
Akak pun tetiba jadi pendiam kat dalam restoren tu sebab akak fenin
Hahaha

Oleh itu,gambar ada skeping je
Tu pun budak waitress tu sudi tolong ambil walaupun dia busy gila
Akak pun tak tergamak nak suruh dia snap banyak2 sebab mata dia melilau tengok bos dia

Tapikan,akak tak berkenan dengan layanan depa
Sebab budak2 muda yang amik order,diaorang tinggi2 suara
Nak marah jugak aku pun
Tapi cheq sabaq je sebab cheq fenin
Hahaha

Sekian,review akak untuk ketam lembut kuala gula di restoran terapung JS Muara

Oct 20, 2014

Carutan

Aku rasa sejak aku chambering lebih kurang setahun ni,
Mulut aku asyik nak menuturkan kata-kata carutan
Nak buat macam mana,customer datang perangai cam harem sekor-sekor
Yang bagus pun ada jugak tapi jarang-jarang
Yang baik tu,sejuk hati kita tak terkira la kan
Tapi yang perangai haram jadah tu mula aku nak mencarut bagai

Belum dengan orang bank,orang pejabat tanah dan orang pejabat pusaka yang boleh bikin darah guwa naik
Kang aku kena darah tinggi takdan tua
Hadoiii

Pening la dengan orang yang konon terpelajar dan ada pangkat ni
Tau nak maki kita je
Ingat aku tak reti nak maki ang?
Kata kita tak reti buat keje la,lembab la
Memang la lembab dah kita ikut procedure,
Ang guna kroni ang,pintas ikut depan,memang la cepat
Ba wau da wau ha btoi

Baik cakap dengan orang kampung yang tak berpelajaran tapi beradap
Dari cakap dengan orang cerdik tapi takde adab
Tapi kadang2 ada jugak orang bengap tapi nak maki kita
Haishhh
Senang citer,yang takde adab ni memang mintak maki ah

So,tak kira hebat mana pun ang,
Kalau perangai hampeh,
Orang tak respect pun
Orang doa ang krna langgar dek lori adala

Oct 19, 2014

Konfius

Disebabkan akak bosan si kembar tu takde,
Sambil menyandar kekenyakan kat kerusi  di depan tv,
Akak pun scroll habis social media
Facebook,twitter,instagram,9gag
Whatsapp pun takde new notification
Selalu kencang jugak group2 wassap tu duk sembang,
Walaupun akak tak mrnyampuk,akak baca dalam diam
Ada jugak la benda utk dibaca time bosan ni

Pehal minggu ni senyap je group2 tersebut entah
Duk buat maruku nak sambut deepavali ke apa
Setahu akak,budak batch akak tak kira zaman skolah rendah ke,menengah ke zaman universiti ke,budak2 india tak ramai pun
Ada la sorang dua je
Hahaha
Musykil pulak akak dengan kesenyapan group2 skolah akak ni

Cakap pasal sekolah,
Disebabkan akak ni selalu pindah randah,
Akak confuse la antara rakan2 akak tu
Maklum la,skolah rendah akak ada 2 sekolah,
Sekolah menengah 3 sekolah,
Universiti pun 2 universiti
Contohnya nama nana,kawan skolah rendah ada nama nana,classmate waktu uitm nama nana,bestfren zaman uum pun nama nana
So,agak teragak2 nk menyembang lebih2 dalam group
Kang tersilap plak

Udah la akak ada masalah nk retrieve panggilan depa waktu zaman belajar dulu,
Depa boleh pulak ajak menyembang pasal budak kelas sebelah, pasal senior
Adoi,memaksa otak akak bekerja lebih betol
Lagi haru bila tak letak nama betol depa dan gambar letak gambar kartun
Hmmm,lagi la akak waswas siapakah gerangan yang sedang berkata-kata itu
Pastu sentap bila kita tak say hi or whateva
Pening kepala akak tau

Tapi akak lagi prefer group perempuan sahaja
Tak minat sket kalo campur dengan laki
Bukan sebab akak tak suka laki,tapi orang laki ni kuat mengarut dan kuat mengorat
Akak geli sket bila laki jual minyak ni
Hahaha

K bye.

Oct 18, 2014

Tidak perlu peduli

Kadang- kadang kita tak perlu ambil peduli semua hal
Kalau kita terlebih peduli,kita yang akan sakit
Sakit hati tu satu hal
Jatuh sakit kerana terlalu fikirkan benda yang tak perlu tu satu hal lagi

Percayalah,kurangnya amik peduli
Akan lebih membahagiakan jiwa kita
Orang perempuan ni tend to overthinking
Padahal hal kecik je,bila dibesar2 kan mula la dada berombak nak marah and  affect your mood and attitude towards innocent people
Ewahhh,,akak skipping london pulak

Akak belajar perasaan kurang peduli ni dari kawan2 laki
Depa tak suka bawa hal hari ni ke hari esok
Orang perempaun je gaduh hari ni,sampai tahun depan pun ingat lagi
Siap 20 tahun kemudian pun boleh ungkit lagi

Bila dah besar ni,akak rasa daya ingatan yang lemah lagi bagus
Kuat daya ingatan ni buat kita rasa nak berdendam je
Yela,manusia atas muka bumi ni suka berjanji dan suka lupa janji mereka an hour lepas dia tabur janji tu
Kita sebagai orang yg kuat daya ingatan akan ingat janji tu sampai mati
Pastu kecewa bila orang tak tunaikan
Padahal sendiri tahu janji manusia ni tak boleh pakai
Hanya janji Allah yang pasti
*tetiber hahaha

Jadi,kaum hawa terutamanya
Tolong la jangan emosi sangat bila ditabur dengan janji manis
Wat lek wat peace sudeyyhhh
Nanti kecewa dikemudian hari,sendiri tanggung
Jangan nak meroyan tak pasal
InsyaAllah kalau kaum hawa sekalian dengar nasihat akak ni,hidup pasti akan lebih tenteram
Dan juga jiwa akan lebih pemaaf
Hahaha
Ini pengalaman sendiri ke kak?
Hahaha..akak cuma berfikiran rasional je.akak baru hidup 24tahun,tak banyak pengalaman hidup pun lagi

Indirectly,akak nak pesan,siapa yg duk berjanji dengan akak tu,beware!
Hahaha

Oct 10, 2014

Ikan

Oleh kerana lapar sangat,
Aku call mak aku bagi tau aku nak singgah pasar malam dulu sebelum balik rumah
Sekali mak aku pesan suruh beli ayam and ikan pelaling
'Ikan pelaling tu macam mana?' terjerit kecil aku dalam telefon tu
Mak aku pun jawab' yang mama selalu beli tu la..'
Ha sudah,bukan mak aku slalu beli macam- macam ikan ke

Ciss,buat runsing je
Sampai pasar malam,
Aku cari ikan yang harga rm8 sekilo sebab mak aku kata ikan pelaling tu 8 ringgit sekilo
Nak tanya, malu
Sebab sebelum ni mak aku penah suruh aku beli ikan selayang waktu kat kelantan
Sampai kedai,aku tanya org kedai tu ' kak,ikan selayang ada?'
Akak tu kata,ada,kat depan tu
Aku pergi ke bahagian yang akak tu tunjuk tapi aku tak tahu mana satu ikan selayang,semua ikan nampak sama je
Aku pun tanya lagi,'kak,yang mana satu ikan selayang?'
Pastu ada la suara orang laki berkata-kata,'jenis ikan pun tak kenal,macam mana jadi perempuan tah'
Perghhh,aku sepak jugak jantan ni
Sibuk je,aku bukan tanya dia pun

Disebabkan taknak peristiwa lampau berulang,
Aku pun buat kental cari sendiri ikan berharga rm8
Tapi,errr,semua harga rm 10 je..takde pun yang harga 8 ringgit
So,terpaksa la aku tanya
First gerai aku tnya ikan pelaling ada tak instead of tanya mana satu ikan pelaling
Takde la nampak macam tak tahu sangat
Hahaha
Malangnya tiada
Kat gerai no.2 aku tanya soalan sama,ikan pelaling ada tak
Jawapannya,ada
Ha sudah,ada ikan pelaling tapi tak tahu mana satu
Terpaksa tebalkan muka tanya mana satu ikan pelaling
Aku tak pandang dah orang kiri kanan aku
Malu kot
Nasib baik orang jual ikan tu buat muka biasa je waktu bagi jawapan yg mana satu ikan pelaling
Kalo tak,aku rela tak beli dari menghadapi cemuhan masyarakat sebab aku tak kenal spesies ikan
Hahaha
Lebih kurang sama kot semua ikan- ikan tu
Konfius ah yang mana ikan selar,yang mana ikan kembung
Ikan merah je aku tau beza..haha

Oct 8, 2014

Purse

Ada staff ofis aku cakap
"Eishhh,saya tak boleh la pakai beg duit sampai lunyai,koyak rabak"
Hahaha
Dia tuju kat aku ke?
Sebab bila aku tgk purse aku,mmg ada koyak kat bucu
Warna pun dah tah apa2
Kotor plak tu sebab purse aku jenis kain
Senang citer nazak la

Tapi aku sayang nak tukar purse ni sebab compartment dia best dan banyak
Senang nak letak pelbagai jenis kad
Terutamanya kad stesyen minyak..haha

Aku beli purse tu kat online blogshop
Memang berbaloi la
Takde la mahal sangat tapi tahan lama gila
Dah la custom made
Masalahnya kedai tu dah tak buat purse baru dah
Yela,owner dia dah kawen and baru je branak
Tak buat purse dah kot

Lepas owner dia kawen hari tu
Aku tengok dia macam buat comeback
Ada gaya macam nak buat purse balik,siap buat page sendiri
Aku pun gigih like sebab taknak terlepas purse baru dia
Tapi sampai sekarang,dah beranak,takde khabar berita pun
Haahaha
Geram je aku,rasa nak inbox je owner suruh kembali buat purse.haha

Tempat letak kad ada 16 slot
Belakang tmpat kad tu ada compartment utk letak duit
Tempat letak duit syiling pun luas
Yang paling best,kita boleh letak duit kertas tanpa perlu lipat
Kalau purse lain,muat2 je ruang letak duit kertas,susah nak bubuh duit time kalut dengan cantiknya
Msti kena lipat2 duit..tak suka aku
Hahaha

Oct 6, 2014

Menyingkap erti hari raya qurban/korban

Tahun ni raya haji nya sangat penuh dan memenatkan
Tapi best sebab banyak kaki tangan untuk buat keje
Maklum la,makcik aku anak dia dah besar sikit,dah takde newborn raya ni
So,boleh la dia hulur bantuan kat dapur
Lagi membantu bila mak mertua makcik aku raya umah nenek aku jugak
Mak mertua makcik aku sumpah rajin gila
So,aku dengan mak aku takdela penat sangat

Bila balik kampong hari sabtu,mertua makcik aku tengah prepare nasi dagang
Omg! Sedap gilos ok nasi dagang dia
Bila malam,makcik aku and husband dia masak labu sira
Ini pon sodap okeyhh

Esoknya hari raya,
Lepas balik solat raya,
Aku bawak si kembar dan emaknya utk g tengok atuk aku sembelih lembu kat padang
Untuk akikah si kembar dan ank makcik aku nama damia
Tapi pergi kejap je,tak larat nak dukung si kembar
Lagipun makcik aku mabuk sebab dengar atuk aku luka waktu sembelih

Korang ada tengok berita pasal perahu terbalik dekat sungai golok yang mengorbankan 3 nyawa?
Akak aku kena buat liputan utk kes tu
So,seharian la dia kat tempat kejadian,siap request hantarkan makanan kat tempat kejadian sebab lapar
Parents aku pun pergi la hantar nasi dagang
Yela,anak kann..parents mana yg boleh dengar anak mengadu lapar
Anak cakap je lapo,terus bergegas hantar makanan

Bila mak aku g hantar nasi kat akak aku,maka, aku la kena masak utk perut-perut yang sedang lapar kat rumah
Disebabkan orang lain ada anak kecik yang asyik nangis,aku jela insan yang senang takde komitmen
Maka, kena masak
Nasib baik adik laki aku tolong
Kalau tak nangis dah kat situ
Dengan nak potong daging bagai,dah la kena masak utk lbh kurang 15 org makan oi
Berpeluh ketiak iolls prepare semua tu

Belum siap masak,mak aku call kata bomba dekat tempat liputan akak aku mintak kteorg prepare makanan untuk 40 orang
Omaigodddd!
Sebelum mak aku sampai,mak aku suruh tanak dulu berak 5kg..mana reti hoi
Mak aku kata bomba2 tu mintak tolong sebab memang takde orang jual makanan,rayaa kann
Diorang memang tak makan dari pagi
And waktu tu dah pukul 2 lebih!
Memang beergelora la perut masing2
Kesian pulak kat diorg,korbankan hari raya untuk selamatkan mangsa yang terkorban dalam kejadian bot terbalik tu
Mak aku kata anggap jela sedekah
Hmmm

Waktu tengah sibuk2 masak macam lipas kudung tu maklong aku sampai
So,mintak tolong dia buat singgang daging
Aku buat daging goreng
Ok,kurang sket keje aku
Tapi
Perghhh,sakit lutut guwa evrn goreng daging je..hahaha
Lepas tu,sebab letih sangat aku cakap kat mak aku bagi air masak jela
Tak larat nak buat air manis
Lagipun,mana ada orang jual ais hari2 raya ni
Tapi bapak aku tak setuju
So,buat air teh o panas satu tong
Rasa macam nak putus tangan prepare semua tu
Siap dengan tembikai lagi as pencuci mulut

Siap semua,p hantar kat tempat kejadian
Macam buat katering dah kteorg ni
Hahaha
Memang betul2 banyak pengorbanan yang korang boleh jumpa dalam cerita ni
Cuma,gambar hari raya korban je korang takkan jumpa dalam entry ni..haha