BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 30, 2011

konsert sana konsert sini

macam busy je kan lately
memang tak berupdate teros blog aku nih

selasa malam yang lalu
kami beramai2 redah hujan untuk tengok konsert RABBANI
ehemmm
insaf ke?
hahaha
gila best konsert rabbani
walaupun aku bukan peminat nasyid yang tegar
seriously,,rabbani memang best
tengok rabbani,macam tengok MAHARAJA LAWAK
ko hengat orang nasyid tak reti berlawak?
cool man diorang semua tuhhh!
dah le muka pun suci je an

malam rabu pulak aku join perbarisan
untuk perasmian konvo
memang best ah
bukan penat pun
siap bole face to face dengan Dato' Mukhriz Mahathir lagi
tapi aku tak salam la dengan dia
yela,,time nk hulur tangan tu,
sempat pulak fikir
dosa nih kalau salam..
hahaha

lepas tu,,
ada persembahan dari kumpulan HUJAN
nasib baik tak hujan malam tu
gila ramai pakat kerumun
aku pun termasuk la dalam golongan tu
tapi tak lama la
aku rasa lemas
last2 tengok HUJAN kat skrin besar je..
hensem dowh NOH
hahaha

sape2 rasa nak tengok BUNKFACE ke plak
jemput la datang ke pesta konvo uum=)

Sep 20, 2011

ehem

what a good day
hahaha

sempena hari yang gembira ini
mari kita sama2 ucapkan alhamdulillah

well,,
lama tak update bila balik universiti kan
bukannya busy tapi malas
hahaha

banyak aje agenda seharian
ke hulu la
ke hilir la
tapi kadang2 takde buat ape pun
tapi masa rasa singkat je
adakah 24 jam kini semakin pendek?

perghh
tak relevan la pemikiran aku
ape2 pun
selamat berkonvo along!
hehehe

Sep 18, 2011

Sep 15, 2011

hai semua

walaupun dah hampir seminggu balik universiti
hari ni baru berkesempatan nak update blog an
maklum laaa
cuti 3 bulan
hari2 duk bercerita sana sini dengan kawan2 kan

cerita kumpul 3 bulan kot
makan masa jugak nak share dengang rakan2 sekalian
rasa sebak dada kalau tak p bercerita ngn kawan
hahaha
sampai ada yang sakit tekak sebab banyak benor cakap

lagipun,,
tak de mood la nak update blog
duit2 takde ni
mempengaruhi emosi tau tak..

Sep 9, 2011

hari ape?

mak: takde ulam la hari ni nak buat mkn lunch nanti

aku: p la beli kedai abg chik

mak: kedai abg chik tengah hari karang baru bukak..orang dah balik skolah waktu tu

aku: a'a la..hari ni kan hari jumaat..orang ingat hari ni hari khamis

mak: semalam dah khamis,berapa hari kau nak hari khamis?

aku: hahaha..esok la ni orang kena balik u?waaaaaa!

berdebar plak nak balik uum..

Sep 8, 2011

ini kisahku-medan keinsafan

sesungguhnya kisah2 yang dipaparkan memang menginsafkan
memang bengkak2 mata aku nak khatamkan cerita ni

setakat ni aku baru tengok 4 episod tanpa henti
ep.1-catriona ross
ep 2-sham kamikaze
ep 3-wardina safiyyah
ep 4-amer munawer ruffedge

walaupun kisah2 tu tak merubah aku jadi seinsaf mereka
kurang2 kisah-kisah itu menyekat aku dari buat lebih kejahatan

makanan kerohanian seperti Ini kisahku dan imam muda
memang benar2 menyekat niat2 jahat aku

Ya Allah Ya Tuhanku,,
ko peliharalah hati hambaMU yang kerdil ini..

Sep 7, 2011

senang dah kalau nak daftar jadi pengundi

ha,
walaupun umur aku memang dah cukup dan layak lah daftar sebagai pemilih
dengan kata mudah,,memang dah boleh sangat p daftar jadi pengundi
tapi
aku tak pergi daftar2 lagi

mungkin kerajaan sedar ramai remaja2 pemalas macam aku di Malaysia ni
maka,,
sekarang kita boleh daftar pemilih di internet
p je dekat laman web SPR
and then download Borang A
isi2 and p hantar la

tapi kalau korang malas jugak,,
tunggu jelah wakil SPR datang universiti korang
time tu boleh jugak daftar
kalau SPR p la u korang tu

tapi siapa2 yang tak cukup umur 21 tahun tu,,
tak payah la gatai2 nak p daftar
tak layak lagi
tapi kalau saja2 nak lawat laman web SPR tu takpe la
persediaan tuk masa depan orang kata

tapi kan,,aku cari borang A online tu tak jumpa pun
hahahaha

Sep 6, 2011

jalan pintas

semua orang suka berharap dapat benda best2 tanpa usaha
nak duit banyak tapi taknak la dengan bekerja
nak kurus tapi taknak plak jogging
nak kurus tapi taknak kurangkan makan
cantik nak tapi jaga makan tak nak
nak sihat tapi tak mau pantang2 bab makan

ramai kot yang macam tu
aku memang tak berkecuali la
hari2 membebel
tak kira waktu mesej dengan kawan
takpun buat status dekat facebook
pasal dah gemok
tapi taknak pulak berusaha untuk kuruskan badan
tau merungut je an
dan2 time merungut pun duk suap makanan dalam mulut lagi
dalam merungut2 tu pun,,sempat lagi tambah nasik dalam pinggan

oleh itu,,
isu gemok memang ramai yag suka perbesarkan
without any intention untuk kurus pun
just mention gemok untuk jadikan isu waktu menyembang
tak lebih dari tu kot..
hahahaha

cinta

hahaha
cakap pasal cinta la plak
sebut cinta pun aku dah rasa geli geleman
macam ada katak dalam perut

siapa2 yang ada perancangan nak kawen boleh la start bercinta kot
tapi kalau berangan nak kawen umo 27
tapi sekarang umor 21
tak payah nak bergedik nak bercinta la

kang putuih di tengah jalan,,
meraung-raung plak macam tak cukup tanah
tapi kalau kita ni jenis senang melupakan sesuatu
macam padam je tulisan yang ditulis dengan pensel,,
bercinta jela banyak2
nak tukar2 pakwe setiap sem pun takpe

tapi kalau yang jenis setia pada yang satu gila2
dan tak berani menghadapi kekecewaan macam aku
baik berkawan jela ramai2
tak payah duk sibuk nak berchenta
bila putuih sibuk nak nangis bagai nak gila
lagi teruk bila pointer pun jatuh merudum
ianya sia2 lah kawan

belajar dari tadika kot
takkan nak biarkan cita2 untuk rasa duit gaji sendiri ditelan oleh cinta?

memang kita tak boleh tahan hati dari terima cinta
yelah,,segenap ruang kot ada cinta
tapi,,amik jela cinta yang tak memudaratkan
bagi cinta yang memudaratkan,,
letak tepi dulu
dahulukan yang penting
yang tak penting tu,,
uruskan bila dah berjaya,
bila dah dapat balas jasa ibu bapa

perghh,,panjang pulak membebel hari ni
ni bukan nak attack sape2
cuma peringatan untuk diri sendiri

arghhh,,lambat la nak habis belajo!

ular menyusuri akar takkan hilang bisanya

aku bangun pagi2
pastu jahit baju sikit2
tiba2 teringat peribahasa ni
perghhhh
dulu tak boleh jawab kot soalan yang ada peribahasa ni
memang tak boleh teka la maksud dia

selalu memang hentam je bab2 peribahasa ni an
skali amik kau
ape ke benda ular dan bisa2 ni
nak hentam macam mana kan

bila dah jawab exam baru jumpa dalam suratkhabar peribahasa ni
rupa-rupanya peribahasa ini bermaksud
orang yang berpangkat or berdarjat,
kalau bergaul dengan orang biasa,,
takkan hilang darjat dia
soo,,tak payah nak takut sangat bila bergaul dengan orang yang tak sedarjat an

tiba2 hari ni cerita hal2 akademik an
maklumlaaa,,
bahang nak kembali belajar dah mula terasa an
warming up ah dulu..
hahahaha
konon semangat la nak belajo an

Sep 5, 2011

jasamu di kenang

buat pengunjung2 blog ini
adakah anda perasan kini tiada lagi double post di blog saya?
kalau harapkan aku untuk betolkan masalah tu,,
setahun lagi pun belum tentu betol

orang yang bersusah payah untuk betolkan masalah itu ialah mohd aizuriza
tu pun aku yang paksa dia betolkan
sebab sebelum ni pun aku bagi kepercayaan pada dia je untuk godek2 blog aku
so,,dia jela yang tau ape yang dia sentuh sebelum ni sampai jadi double post

lagipun,,ramai dah rakan taulan lain yang cuba tolong betolkan
tapi tak berjaya
maklumlaaa,,
semuanya tau belajar law je
lemah la sket bab2 IT nih
terutamanya aku
tau taip je,,
godek2 benda lain memang tak tau la

template baru ni pun,,
first time aku tukar sendiri
ini pun dengan ajaran kak bell
selalu mintak orang tukar kan
sebab tu dah berkulat template tu pun
aku tak tukar2..
hahaha

tapi aku tak kreatif pun,,
so,,kalo korang rasa serabut dengan background blog ni
harap maaf la ye
takpun,,
korang boleh la offer diri korang untuk tukarkan background blog ni
korang kan baik
kan..kan?

terima kasih jugak pada dayah and yani
yang menggesa saya tukar background
walaupun malas,,
terpaksa aku gagahkan jua diri untuk tukar
sebab aku sendiri pun dah muak tengok blog sendiri
ngeh3

eh you ollss,, I tak mintak maaf lagi sempena aidilfitri nih
di kesempatan ini,
saya ingin mohon maaf atas segala salah silap
buat siapa2 yang terasa dengan entry2 saya
saya mohon maaf
anda jangan la sensitif sangat
mungkin bukan anda kan
terutamanya ALI
ko takyah nak tacing2 sangat dengan entry aku
aku bukan mengata ko okeh..
hahaha

Sep 4, 2011

taktik atau trend?

mulai hari ni
para pelajar sudah mula mendaftar ke IPTA
tak kira lepasan matrikulasi,STPM mahupun diploma

apa yang dapat aku lihat ialah
sekarang ni
kalau ko ada akak dekat UUM,,
nescaya ko akan dapat UUM macam adik aku
jiran2 aku pun sama
kalau ada akak dekat UPM,,adik pun dapat UPM
kalau ada abang dekat UPM,adik pun dapat UPM
eh,,
awat banyak sangat UPM nih
tapi dengan syarat universiti yang sama dengan akak dan abang tu adik2 ada calonkan waktu isi UPU tu la kan

aku rasa memang pihak kerajaan sengaja bagi u sama dengan adik beradik
konon2 takde alasan untuk budak2 blah dari universiti atas alasan homesick
takpun kerajaan rasa adik akan lebih selamat kalau ada abg or akak di u yang sama
yela,,kalau ada orang ragging adik,,
serta merta akak or abang boleh menumpaskan pembuli dengan pengaruh yang ada setelah sekian lama bertapa di u tersebut
boleh la kurangkan statistik buli di universiti gamaknya

tak pun itu memang taktik universiti
yela,,kalau budak2 dalam dilema nak pergi u mana satu,,
kalau dia dapat offer dari pelbagai universiti mahupun kolej
mesti la budak tu akan pergi ke u yang ada akak and abg dia
setelah di dorong oleh hujah2 yang hebat maha mantap oleh ibu bapa,adik beradik, jiran tetangga dan tidak kurang juga orang kampung dan sahabat handai

ke ini hanya spekulasi yang aku je gatai nak timbulkan?
hahahaha

Sep 3, 2011

bukan aku sorang

aku ingat aku sorang je yang tak berapa excited beraya tahun ni
bila aku sembang2,,mesej2 dengan kawan2
tanya dah beli baju raya lah ape la yang ada kena mengena dengan raya
depa mesti kata tak beli apa2 lagi
dengan alasan takde semangat nak beraya

bila aku berjalan2 di blog orang pun
blogger pun malahirkann rasa yang sama
terutamanya pelajar IPTA
adakah ini gara2 universiti cuti lama sangat?

ye lah,,selalunya puasa dekat universiti
sebab tu excited je nak balik rumah beraya
tapi bila dah duduk berbulan2 duk kat umah
memang effect mood raya skali la
selalu aku aku pulun siapkan baju raya dalam 5 pasang
tapi tahun ni,,sepasang je siap
padahal cuti lama gila an

tahun depan pun puasa penuh sebulan dekat rumah
adakah raya tahun depan pun tak se"excited" tahun ni?
kalau tak best jugak raya tahun depan,,
nampak nya waktu raya aku kena la buat plan lain
p melancong negara ke negara orang ke time2 raya macam hanis zalikha buat an
hahahaha
plan taknak ala2 artis plak aku an
padahal duit habuk pun tarak..

well,,inilah manusia
memang suka berangan
kalau tak,
takde la kisah mat jenin
takdela penulis buku mat jenin kaya raya sekarang
ye dok?
hahaha
selamat berangan semua..

nak cerita raya jugak

tahun ni gambar raya tak banyak pun
sebabnya ialah
sibuk beraya
so,,tak sempat bergambar
err..itu excuse je
the main reason mestila sebab keadaan tubuh badan yang tidak slim seperti yang diharapkan
hahahaha

disebabkan condition badan yang tak berapa elok untuk dipaparkan,,
bila orang nak amik gambar,,
aku pun lari
walaupun hari2 pergi beraya lepas subuh
balik bila maghrib
memang marathon aku raya ha
4 hari berturut-turut
keluar rumah pagi pastu balik bila senja
memang beraya habis-habisan
cukup la buat bekal sementara tunggu next raya tahun depan

waktu p beraya rumah2 orang la kan
ada la beberapa benda menarik yang aku jumpa


nampak tak ketupat yang bahagian atas sekali tu?
besar an
ke tak nampak?
kalau tak nampak tengok gambar bawah ni


abaikan muka aku yang hodoh tu
aku dah siap p beraya dekat thailand segala baru la amik gambar ni
muka pun dah macam belacan
besar an ketupat belah kanan tu
first time kot aku jumpa ketupat besar macam tu
menurut orang2 tua
kalau dulu lagi besar
sebijik ketupat tu boleh muat 5kg beras pulut
ko bayang jela macam mana besarnya ketupat dulu
sekarang ni kecik dah sebab tukang buat tu dah meninggal
sekarang anak dia yang buat
so,,tak sebesar zaman mak dia buat la


ini pun aku rasa menarik jugak
bunga kaktus
cantik an
bukan kaktus berbunga hari2 macam pokok bunga lain
kalau bunga kaktus ni kembang,,
lagi cantik..
dulu aku ingat kaktus tak berbunga
tu yang jadi kagum lain macam jumpa bunga kaktus
hahaha

Sep 1, 2011

kenduri la lagi

perghhh
aku tak paham la pehal musim raya2 ni la orang nak buat kenduri kawen
tunggu la cuti sekolah lain kali
tau tak jem kalo musim raya
kita tak pegi kang,,
sibuk nak putus sedara la ape la kalo kita tak pergi an

lagi2 kenduri kat kelantan
dah tau kelantan ni memang jem gila2 musim2 raya
tolong la bersabar
buat jela kenduri time cuti lain kali

kalau kelantan ni ada lebuh raya ala2 KL
jalan 4 lane tak pe la jugak
ni semua jalan satu lane je untuk sehala


kerajaan negeri pun tak reti2 nk improve jalan raya di negeri sendiri
padahal dah tau rakyat dia ramai merantau cari rezeki di negeri orang
sebab di negeri sendiri takde peluang pekerjaan

punya la jem sampai aku sempat update blog sementara nak tunggu kereta gerak..

kata raya untuk erat silaturrahim
dengan budaya ziarah-menziarahi
kalau macam ni rupa jem nya..
bukan stakat xdapat menziarah,,
tapi dapat dosa berbakul-bakul plak sebab duduk menyumpah dalam kereta kan
harap2 ble aku dah ada cucu nanti keadaan di kelantan akan berubah la
kalau aku nk berharap kelantan berubah waktu kelahiran anak aku kang
jadi tekanan plak pada kerajann negeri kan
hahaha


ok la,,kalau tak jem dah
aku nak p daftar jadi pengundi la..