BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 27, 2011

macam kenduri


tarik nafas semua..
jangan risauu
entry ni tak panjang pun
dah lama aku tak merajin buh banyak gambar
tapi entry ni banyak gambar
jangan risau okey
aku sebagai penganggur kan banyak masa
untuk tuggu upload gambar dekat blog ni
so,,
enjoy yourself with those pictures.

orang kampung yang bersemangat waja


orang kampung yang pi saja2 untuk menyembang..hahaha


saja2 pi piknik tempat kejadian pun ada


bebudak pun nak tumpang glamer


wanita2 yang memang suka bertungkus-lumus

tau tak ape yang aku cuba sampaikan?
hahaha

sebenarnya gambar2 di atas adalah sesi menghias khemah rumah sukan
esok ada hari sukan dekat skolah depan umah aku
bising la esok
pagi tadi pun duk berlatik lagu kebangsaan segala
siap berlatih perarakan masuk la apa
memang "menghiburkan" pagi aku betol

hiasan untuk rumah biru


rumah hijau macam khemah pengantin


rumah merah yang konon meriah


rumah kuning..bukan bersih 2.0


well prepared for tomorrow

esok,,terpaksa la aku pi tengok
adik2 aku main kot
tapi aku malu lah nk pi sorg2
nanti cikgu2 ngorat plak..hahahha
bajet hot

mencari UUM

bila aku check traffik aku
aku dapati ramai orang datang ke page aku sebab search pasal DPP-DPP di UUM
mesti budak2 yang baru dapat tawaran masuk uum la tu yang search
mesti diorang kecewa bila sampai ke blog aku
maklumat yang depa nak takde pun dalam blog aku ni
hahaha

tapi,,
bagi pencari2 maklumat berkenaan uum ni,,
don't hesitate to ask la
kalau aku tau,,
aku jawab..
tak pun
kalau nak tahu sangat maklumat pasal uum,,
boleh la like page ni kat Facebook
ini adalah page khas buat bakal mahasisa dan mahasiswi uum
jangan segan2 nak like ok..

Jul 26, 2011

hebat sangat ke keje dekat bank?

asal pergi bank je
aku rasa nak emo
satu,,
sebab kena menunggu lama tahap gaban
satu2 bank taknak pulak satu jam menunggu baru dapat berurusan
semalam aku pi dua bank
pergi pukul 9,
dekat pukul 12 baru sampai rumah balik
lambat dowh..
rasa nak mengamuk2 je kat situ

dah la lambat,,
suka menyembang sesama sendiri pulak tu
dah nampak orang ramai,,buat la kerja cepat sikit
makin orang ramai,,
makin dia nak menyembang plak

yang paling tak tahan,,
kurang ajar
semalam akak aku pergi bank jugak
pastu teller tu marah sebab akak aku amik duit pakai buku
dia marah la
akak aku ada kat bank tapi nak keluarkan pakai buku
hellooooo,,
dengar cerita bank ko tu boleh keluarkan RM 1500 je sehari
pakai kad
orang nak keluarkan beribu-ribu-ribuuu..sebab tu la pakai buku

lagipun,,
yang si teller tu kecoh pehal
suka hati kteorg la nak keluarkan pakai buku ke pakai kad ke
duit kteorg kot
kalau tu duit dia,,
lain cerita la nak mengamuk ke hape an..

apa,,diorg ingat,,
semua yang pergi keluarkan duit kat bank tu orang kampong yang tak tahu ape2 ke?
suka2 hati je nak marah sana sini
lapor kat suratkhabar baru tahu..
huh!

Jul 25, 2011

jangan prejudis

prejudis dengan buruk sangka tu sama kan?
ke lain?

situasi 1

bila kita balik kampung
tiba2 ada la sanak saudara yang jauh ataupun kawan2 grandparents kita datang
tak pun jirang dalam kampung tu datang
then,,mereka nampak kita
mesti la makcik2 or nenek2 tu tanya
"tak sekolah ke"
soalan biasa
jawab pun jawapan biasa
"eh,,tak la..dah habis sekolah lame dah"
makcik tu pun cuba mengorek rahsia lagi
"tak keje ke?"
kita dengan malas pun
"tak,,duduk kat umh je"
makcik tu masih tak mengalah,"bila nak kawen?"
gulp..
"lambat lagi makcik..blaja dekat U pun tak habis lagi"
makcik kepochi,"oooo..belajar dekat u..ingat duk tunggu orang pinang"

perghhh
muka aku takde ciri2 pelajar universiti ke?
sangat tak educated ke muka aku makcik oi
ke muka aku ni muka perempuan bodoh belajar and gatai nak kawen?
tak boleh blah la stigma orang kampung
bengang jugak aku kadang2


situasi 2

hari tu aku ada pi tahlil
pastu ada sorang makcik tu dia datang agak lewat and duduk dekat2 dengan aku
waktu ustazah tu bagi tazkirah,,
dia duk taip2 mesej dekat iphone dia
aku syak dia tengah bergosip dengan rakan2 dia
yela,,style makcik tu pn style datin2 yang kuat berpersatuan

bila baca yassin tu,,
dia still duk tekan2 iphone dia tu
aku pun jenguk2 la
makcik ni hantar mesej kat sape la
dari tadi tak berhenti menoleh iphone dia
dalam hati sempat jugak aku mengutuk makcik tu walaupun tengah baca yasin
hahaha
monolog dalaman aku berbunyi macam ni
"tak kan main mesej dengan suami kot makcik ni..udah2 le tu..baca la yassin dulu..mengalahkan orang muda la makcik ni..macam orang tengah bercinta..padahal anak ada kat sebelah je"
lama jugak aku perhatikan makcik tu
tak lama lepas tu
disebabkan curiosity aku yang tinggi,,
aku berusaha nk tengok jugak apa yang makcik tu buat dengan fon dia

rupa-rupanya,,
makcik tu baca yasin dalam fon dia
perghhh
malu sial aku..
tu la,,suka benor berprasangka pada orang
padan muka aku
hahaha

situasi 3

sebulan setengah yang lepas
aku pergi la cari kasut untuk prektikal
nak kasut hitam bertumit tinggi lebih 2 inci
maka aku p la parkson kota bharu dengan erma munirah dan nik imana
banyak kali kami round
tengok bonia la,
sembonia,santa barbara segala
tapi takde yang berkenan sebab semua design macam kasut cikgu
kteorgg dah emo
kata dunia ni penuh diskriminasi la ape la
untung la jadi cikgu sebab senang nak cari kasut and bla..bla..bla..

bonia punya kasut cantik tapi macam nak menari salsa la plak
tak berkenan,,
so,,
pi KB mall plak
kat KB mall,,
masuk la vincci segala
semua nya brand2 kelas la kan
tapi tak berkenan jugak
bukan setakat aku yang tak berkenan
tapi si erma munirah yang jadi peneman pun turut tak berkenan dengan segala design tu
dah puas pusing,,
tiba-kami nampak kedai kasut BATA
"nak masuk ke?",aku tanya ema sambil gelak2 sebab macam tak percaya nak masuk bata
last masuk bata time beli kasut sekolah waktu darjah 6 kot
ema ajak masuk sebagai cukupkan syarat cari
kalau takde,,takde la

sekali,,
bila masuk,,
kami terpandang kasut yang cantih
perghhh
tadi gelak2 cam tak percaya masuk bata
last2,,beli kasut kat bata gak
tak sangka la bata dah ada design yang cantik2 and trendy
dulu design bata macam untuk orang tua je
sekarang dah fashionable wa cakap lu..

hahaha
punya la prejudis pada bata
end up beli kasut bata jugak..

konklusi,,
jangan mudah jump to conclusion
cuba la husnuzzon sentiasa
ni tak habis2 dengan pemikiran jahat
hahaha
ni peringatan untuk diri sendiri la.

Jul 24, 2011

emak oh emak

lepas habis prektikal sebulan
aku balik la rumah
tapi sekejap je
3 hari macam tu je
sebab nak buat hardcover punya pasal
kat gerik ni takde tempat buat hardcover..susah betol
terpaksa la aku terkocoh-kocoh ke taipig balik

lepas 8hari bertapa di taiping
pulanglah aku ke rumah

pastu mak aku,,
asal bersembang je tanya pasal pakwe
hadoiii

situasi 1

mak:laki yang kau nak hari tu,,dia tak nak ke kat ko?
aku :entah..tak amik pedulik dah dekat dia
mak:cakap kat dia,,kalau dia nak,,cakap la nak..kalau takmau,boleh la kau cari yang lain
aku :tah le ma

situasi 2

mak:bukan ko kata bos kau nak kat ko ke hari tu?
aku :bila masa plak?
mak:ada hari tu
aku:xde la..mana ada..pandai2 je la ma ni

dan situasi2 seterusnya lebih kurang macam tu la conversationnya
mak aku selalu ingat anak dia cantik macam rozita che wan
or lisa surihani gamaknya

apa-apa pun
mak aku memang macam kawan kalau cerita pasal pakwe2 nih
kadang dia yang over
semua laki hensem yang dia jumpa,
dia nak suruh aku ngorat
hahaha

mak tak sabar nak terima menantu ke mak oi?


Jul 23, 2011

her school

aku tak tahu la sama ada aku memang berperangai pelik
atau orang lain je tak serupa dengan aku
ni nak cerita hal akademik la sikit
siapa2 yang alergik atau tak boleh tahan kalau cerita pasal akademik2 ni
dilarang baca la entry ini
dibimbangi anda kan pengsan serta merta
hahaha

macam ni ceritanya
kalau musim nak exam la kan
bila nak study,,
kawan aku kata aku berperangai pelik
haipp,,jangan fikir bukan-bukan dulu
depa kata kau pelik sebab bila nak stadi mesti aku mandi macam nak pi dating
pastu siap pakai losyen and perfume segala
padahal kalau keluar,,
takde la aku beria wangi2 camtu pun
hahaha

selesa wei kalau cantik2 and wangi2 bila nak study
semangat je nak baca buku..
tak percaya?
try ah...

ok,,dah alang2 masuk pasal stadi2 ni kan
aku ada la gambar terkepam
ada kena mengena dengan sekolah
tak tau nak buat ape dengan gambar tu,,
aku tunjuk la kat sini
cam rugi plak tak tayang kat sape2 gambar ni
cantik kot pemandangannya

banyak celoteh plak aku ye
korang tengok la sendiri cantik ke tak



cantik?
maaf,,
itu bukan sekolahnya
sila scroll down

tajuk pun her school kan
so,,itu tuan punya sekolah
i mean skolah tempat dia belajar dulu
bukan dia owner sekolah tu

nak berkenalan? p search loyarlawa


ini tukang interframe..takde kena mengena dengan sekolah tu


loyar lawa and our driver,umi..hehehe


perghh,,buruknya muka aku bila dekat2
so,,tengok la bukit larut yang indah kat belakang tu
jangan tengok muka kami


cantik kan bukit larut tu..nampak pun sejukk je



okeh,,
tamat sudah..
pi balik nuh budak2
nanti mak hangpa carik
hahaha
babai semua!

Jul 21, 2011

the old days

dari dulu aku memang tak suka
nak mengkalsifikasikan seseorang sebai best fren or sewaktu dengannya
sebab aku rasa nanti ada yang akan kecik hati
seolah2 kita letakkan kawan2 kita dalam kelas berbeza
konon2 aku nak treat semua kawan2 sama

but for the first time in my life
I nak tayang my best fren eva dekat sini
dulu I ada cerita about her but dulu tu terpaksa
dia yang paksa buat entry khas untuk dia
sekarang I buat seikhlas hati

ok,,
dengan rendah hati,,
I persembahkan my BFF from form 4


Farahin ;)

I rasa dia memang layak untuk dapat title BFF dari I
walaupun kami terpisah sejurus lepas SPM
dia tetap dekat di hati I
never lost contact dengan I
walaupun dah ada pakwe
walaupun dia pun sibuk belajar

last sunday,
she came from Manjung
to hang out with me at taiping
hehehe

we went to many places

Bukit Merah Laketown Resort


Bukit Larut(Maxwell Hill) tapi I insist nama bukit ni patut jadi Mixwell baru la kena dengan translation ke BM iaitu larut..hehehe


muzium kegemaran Farahin


cikgu suraiya

tengah syok2 jalan di Taiping Sentral,
tiba2 terserempak dengan mak homeroom waktu skolah dulu
sempat la salam2,borak-borak
paling tak menahan cikgu tanya
"kamu dah ada pakwe?"
dah la aim aku
perghhh
terkedu den...


datang taman tasek untuk makan aiskrim

akhir kata,
terima kaseh bebanyak buat farahin razak
kerana sudi berjumpa dengan aku
laen kali datang la lagi
kat bawah ada hadiah buat ko Fain
sebab ko sudi jumpa aku walaupun baru balik dari Johor

tadaaaa,,,

gambar buruk aku untuk ko..
kat sini je ada..
jangan publish merata tau nyah
hahaha

Jul 20, 2011

berdating

lokasi di rahsiakan

setelah membanting tulang empat kerat
untuk menyiapkan report prektikal
kami keluar la dating
untuk meraikan kejayaan menghasilkan dua buah report
dalam masa 2minggu
disebabkan aku berfoya2 dulu
tempoh untuk siapkan report tak sampai 2 minggu pun
penat gilosss

kami yang dimaksudkan bukanlah insan2 di atas sahaja
tapi
lihatlah di bawah
hehehe
saya dating dengan depa
bukan dengan orang di atas


muka-muka tak bermaya kerana report

kami konon dating untuk melepaskan segala beban report didada
skali ada kawan call waktu kami tengah makan
cakap pasal report dia kena reject sebab color hardcover
perghhhh
nasib baik aku dah melantak
kalau tak,,
memang tak lalu makan la dengar berita macam tu

nak kena buat balik hardcover?
memang cari nahas la kalau kena re-do
mahal kot hardcover tu
RM 50 sebijikk
dah la kena buat 2bijik
tak ke RM 100 melayang duit aku
tu pun sebab dia bagi diskaun
kalau tak melayang RM 110 aku
pffttt

kepada junior yang akan buat hardcover di masa akan datang
berikut adalan senarai harga hardcover mengikut kawasan

seremban- RM19
kota bharu-RM 20
kuala terengganu-RM 23
changlun-RM 35 tapi kalau nak cepatt RM40
Ipoh-RM 30

nampak gayanya aku punya la paling mahal
buat kat taiping
tapi nak buat macam mana,tu je yang ada

harap-harap la report aku tu okay!

Jul 19, 2011

lelaki handsome itu

setelah berhempas pulas selama 2minggu
akhirnya siap juga report prektikal hamba
dengan berbekalkan cover berharga seratus ringgit serta bertinta emas,
hamba harap hamba dapat gred A untuk prektikal ini

bukan senang nak hantar report ni
penuh dugaan dan rintangan
bukan stakat masa,wang ringgit dan tenaga yang dikorabankan
tapi juga air mata
hahaha
tapi bukan air mata aku la
air mata kawan yang tumpah
hampir2 kami tumpas di tangan report
nasib baik tak tersungkur pasrah je

report oh report
dari taiping kami merentasi pulau pinang
untuk menghantar report kami dengan selamatnya
oleh kerana report tu sangat berharga,
tak dapatlah hamba tunjukkan wajah encik report dua bersaudara itu
hahaha

sudah2 la cerita pasal report
buat hati hamba tak gembira je

mari kita cerita pasal laki hensem
hahaha
terubat sikit hati yang terluka
hihihi
ok,
tadi den mengharungi detik yang sangat panjang untuk menunggu ketibaan bas
bagi membolehkan den pulang ke pangkuan keluarga
2jam hoi!
letih aku tunggu
naseb baik la ramai jejaka hensem
boleh jugak isi masa lapang guwa

aku musykil la hari ni hari apa
tiba2 je alor setar dipenuhi laki2 hensem
semua stok2 wajah ahli syurga
mana datang tah diorang semua tu
kejutan budaya la jugak aku kejap..
hahaha

jangan disangka air yang tenang tiada buaya
begitu juga dengan lelaki hensem
jangan disangka hensem tiada awek
erk?
of kos la laki hensem ada awek
itu aku faham la
yang aku tak faham,
kenapa pasangan sekarang suka berlagak ala2 suami isteri yang sah
makwe cium tangan pakwe sebeblum berpisah,macam bini mithali
tak kurang jugak pakwe cium tangan makwe lepas makwe cium tangan dia
yeksss sangat

tapi aku ada satu cerita pasal laki hensem dalam meribrown
dia bukan keje kat situlah
dia pelanggan
hensem oiiii
lama gila dia duk baca suratkhabar dalam meribrown
tau la nak aircond,
tapi tak payah la sampai mengeja baca paper tu kan
hahaha

lepas tu,,laki hensem keluar dari meribrown
aku perasan macam dia duduk belakang kerusi aku
lama jugak la aku control ayu
tapi bila aku pandang belakang,,
cesss,,laki tua rupanya
mana pergi laki hensem tadi?
sobbssss

ehh,,itu laki hensem tadi!
cehh,,naik bas sama dengan aku ke?
buat penat je aku tercari-cari

Jul 16, 2011

ianya adalah first time

setelah 21 tahun satu bulan dan enam hari aku dilahirkan..
hari ini adalah first time aku menjejakkan kaki di perpustakaan awam
fisrt time ok
firssttttttt time!
itu pun sebab dayah yang menogok aku denagn umpan
yang konon nya di library taiping ni ramai laki hensem pada hari sabtu
hahaha

bila tiba je di library,,
boleh tahan ramai budak2 kat sini
menyebabkan aku dan dayah saling tertanya2
buat ape budak ramai2 kat sini?
rajin bebenor datang library hari2 cuti nih
maka,,
saling berbingcanglah kami berdua tentang reason yang konon nya reasonable yang mapu kami fikirkan kenapa bebudak ni dengan senang hati nya datang



ni bukti ramai budak


betapa banyak masa lapangnya kami kan?
sempat datang library untuk fikirkan reason setiap apa yang berlaku di sekeliling kami
semalam aku cari formula untuk kalahkan orang time main congkak
hari ini sibukkan diri fikirkan reason kenapa budak2 ramai datang library walaupun hari cuti yang sepatutnya dihabiskan dirumah....hahaha
kira nya budak2 ni rajin la ek
kata kan mereka cuma datang untuk melepak,,
kiranya depa ni rajin la datang melepak kat library
kalau aku la kan,,
baik lepak kat umah..
nak kata depa nak datang online,,
takde plak depa bawak laptop or sebarang gajet yang memungkinkan mereka online
lagipun,,
aku rasa insan yang datang untuk online hanya aku dan dayah je
hahaha
online free kot..
datang hari2 pun takpe
huah3..

Jul 9, 2011

aku bukan ustazah pilihan yang kamu cari

seperti semua tahu,
aku bukanlah insan yang senang menuturkan kata2 pujian pada orang
kalau aku puji pun,,
aku puji dalam hati je
aku bukan jenis ringan mulut untuk puji2 orang
kalau aku puji,
maknanya benda memang sangat perlu dipuji
aku tak dapat tahan untuk puji
memang ikhlas la tu aku puji

cerita pasal puji memuji sesama manusia ni la kan..
kawan aku kata,,
puji2 orang ni tak elok sebab ianya akan menimbulkan riak kawan kita
oleh itu,,puji diibaratkan menyembelih rakan sendiri
tapi
ada jugak kawan aku kata
puji itu elok untuk manusia
ini kerana setiap hari manusia memerlukan 3 pujian untuk gembira
so?
buat la pilihan tepat
huhuhu

aku cukup tak boleh terima la bila orang puji aku cantik ke baik ke
boleh masuk ustazah pilihan segala
sebab i know that i'm not that kind or gorgeous sampai boleh masuk ustazah pilihan
ilmu aku pun masih samar2
baik dari segi ilmu duniawi mahupun ukhrawi
tudung pun tak berapa panjang,,
memang tak la nak ustazah2 pilihan segala
so,,please don't expect more than my ability..
hahaha

Jul 8, 2011

senior,kami malu

secara rasmi nya kami dah habis prektikal di mahkamah
banyak perkara yang sempat kami belajar di sana
well,,taiping is the best!
orang-orang kat sana semua baik2
kalau sesiapa nak cari jodoh,,cari la orang taiping
memang baik wei

tapi kalau korang p cari kat penjara taiping tu,,
memang aku tak jamin la kebaikan orang2 tu
hahaha

selama sebulan duduk kat sana,,
sempat la kami tengak 2kali long call
iaitu pertabalan student menjadi lawyer
senang cerita,,
pengurniaan lesen untuk jadi loyer lah

kebetulan long call kali kedua itu melibatkan budak uum
tapi apa yang tak sedapnya ialah..
mereka kurang menghormati staf2 di mahkamah waktu zaman mereka prektikal kot
then,,ramai la yang duk bercerita buruk2 pasal depa
walaupun kami tak kenal that senior,,
tapi mereka membawa brand sama seperti kami iaitu uum

oleh itu,,kami mohon la para senior mahupun junior,,
supaya hormatilah semua orang walau dimana berada
kami maluuuuuuu!
orang kata budak uum tak beradab
sumpah kami malu..

korang rugi apa kalau hormat orang lain?
jatuh ke maruah korang kalau hormat orang?
hakim pun hormat staf2 lain
tapi kenapa kita tak mau hormat?
siapa kita kalau nak dibandingkan hakim?
siapa kita?
prektikal student je kot
tak payah nak berlagak or sombong or angkuh
kemana sanagt la angkuh tu bawak kita kan
kalau kita hormat orang,BAK KATA PEPATAH,
sepuluh kali orang hormat kita..
hahaha..
ni bos kami la kata..