BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

May 25, 2011

terima kasih la encik bas..

ingat nak cerita semalam pasal kisah dlm bas untuk pulang ke rumah
tapi akibat kekangan masa,,
terpaksa cerita hari ini
hahaha
macam la ada orang paksa aku cerita
padahal aku memang kepoh
semua benda nak cerita kat orang

first of all,,
thanxs la bas Shamisha ke kota bharu
bawak aku tawaf satu kedah dulu baru anta aku pulang ke rumah
orang punya excited nak balik rumah lepas bertapa kat universiti selama 107 hari,,
dia sibuk2 nak bawak orang tawf satu kedah
emo betol aku bila sampai lambat dari sepatutnya
patut la ramai je penumpang nak bakar bas tu

punya la tak sistematik bas ni
ramai je nombor seat penumpang bertindan sampai ada perempuan emo2 nak bakar bas tu sebab seat dia bertindih kot
ke ada masalah lain tah dengan bas ni
takut aku..kot ye pun dia nak bakar,,
bakar lain kali la kak..saya nak balik jumpa family ni(ni ayat aku dalam hati jela waktu tu)
cakap pasal seat,,sekali lagi aku rasa nak emo
aku mintak single seat tapi dapat seat yang kena duduk sebelah orang lain tu
penipu betol la makcik jual tiket tu
benci I taw..

tak cukup dengan tu,,
pakcik bas memang mintak maki la bukak radio kuat2
dengar cerita speaker tu atas kepala aku je
bukak slow2dah la
dah tau malam,,xkn reti2 lagi orang nak tidoq
walaupun perjalanan aku hanya separuh dari destinasi sebenar,,aku still mahukan keselesaan ye tak?
yela,,bas tu ke kota bharu tapi aku turun kat gerik
bayar harga sama je dengan orang balik KB
patut aku dapat double keselesaan ape
hahaha

bila turun kat gerik,,pakcik bas emo2 sebab penumpang xboleh turun sebab banyak sangat beg yang menghalang laluan
aku la antara yang bawak banyak beg tu
tapi dia bukan marah aku..dia marah orang lain
ala,,aku dh bayar lebih dari orang lain
setakat 5beg kecik tu nak emo2 jugak ke?
orang lain walaupun bawak 2 beg tapi satu2 beg dengar cerita sebesar lori..
hahaha

whatever la ko bas
janji aku selamat sampai
so,,
dengarlah duniaaaaaaaaaaaaa
i'm home!
foe second day actually
hahahaha

May 23, 2011

selamat tinggal UUM

ok,,ini post terakhir sebelum cuti semester untuk aku bermula
setelah lama tak update kan
konon2 busy exam
padahal duk sibuk berparty je bila ada gap for next exam

setelah berhempas pulah 6papers,,
td pukul 5ptg,,
berakhir sudah segala penderitaan


walaupun penceritaan kali ini tunggang gterbalik,,
harap anda semua faham
sebenarnya aku ada 15minit lagi ni sebelum bertolak pulang
duduk kalut2 mengemas pun still gedik2 nak update blog tuk kali terakhir dari bumi UUM
yela..lepas ni kan cuti lama
saja la tulis entry dari bumi sintok sebelum balik
rindu2 kat sintok kang,,
boleh la baca post ni..
buwekkkk..

cukup la ni..
nanti aku balik umah kita boleh mengarang panjang-panjang
lama tak buat karangan ni,,
ayat aku pun dah jadi macam pendatang asing
ok,,bye2 semua

kalau rajin,,datang la lawat blog ni lagi esok ke lusa
kalau aku tak busy kat rumah..ada la new post
kalau takde new post tu,,jgn la duk kecewa
just keep visiting my blog je
hehehe..

May 10, 2011

lama sudah

ye
sangat lama tak jenguk blog
busy
kalau dulu tak busy tapi takde idea
sekarang busy pun takde idea jugak nak menulis

lepas ni pun tak tahu berapa lama lagi menyepi
hari tu busy dengan program pegi cameron
pastu stadi week
sekarang tengah final exam plak
baru je 2 paper lepas..
ada 4 lagi
wuwuwu

habis exam,
balik rumah,
ada kenduri kawen,
pastu pegi praktikal sebulan
lepas tu?
lepas tu la kot baru boleh bernyawa dengan waras(?)
dengan aman untuk update blog dengan lebih berhemah(?)

arghhh,,semakin hari semakin teruk penggunaan bahasa melayu aku
BM pun teruk,,
BI lagi la teruk
kena tulis pakai bahasa apa la aku nih
tak faham betul dengan diri sendiri T_T


May 2, 2011

bye cameron highlands

program motivasi perkasa JERIS sudahhabis
so,,bye2 cameron
kesejukan kamu menjadi kenangan kami semua..

so,,welcome study week..
sobsss