BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 16, 2010

tanpa gambar

hari-hari korang akan baca entry aku
yang penuh tulisan
tanpa gambar

why?

kamera den rosak
tak boleh charge
fon pun meragam
tak boleh nak transfer gambar ke komputer
so,,
rasa agak bengang
kedua-dua item masih muda
nak paggil setahun jagung pun tak layak
sebab umur mereka tak sampai setahun lagipun..

bagi rakan-rakan yang guna maxis
nanti aku akan bagi fon aku untuk akak aku hantar kedai
tengok ape yang rosak
so,,kalau ada pape hal
boleh la kontek nombor celcom
segala kesulitan amat dikesali T_T

nak kata apa lagi?

kita mulakan entry ini dengan teka-teki..
antara banyak-banyak penyakit,,
penyakit apa yang tiada ubat?

cepat..cepat
sila fikir
okay..okay..
bila cuti semua orang tak nak fikir
taknak biar otak buat kerja
takut nanti otak haus macam tayar botak..

nah,,
ini jawapan teka-teki
jawapannya ialah penyakit malas

sesungguhnya aku ada banyak benda untuk digosip bersama anda
tetapi MALAS..
nak kata pa lagi?
dah malas
tak boleh nak buat apa lagi la kan..

ok,,aku kan malas
so,memang entry ini pendek
malas nak taip
malas nak pikir ayat
malas nak check spelling error

p/s:hari tu aku ada wat entry emo-emo,,semua terkejt..don't worry people..aku bukan emo betul-betul pun..saja buat gempak..bosan dengan nada yang sama hari-hari bila buat entry..chill bebeh..aku tak reti pun nak marah betul-betul sejak dah berUMUR nih..chill bebehhh=)

Dec 13, 2010

pencapaian yang boleh dibanggakan disaat mengakhiri umur 20

hari dah tiga belas haribulan disember
lagi berapa hari je nak masuk tahun lain
iaitu tahun 2011
mari kita sama-sama tinggalkan tahun 2010
yang boleh aku sifatkan sebagai malang bagi diri aku

disebalik malang-malang yang sering menimpa aku sepangjang tahun 2010 ini,,
masih ada pencapaian yang boleh aku banggakan
dikala mengira detik berakhirnya tahun yang penuh pancaroba ini
apakah?apakah?
dapat dean list?
OMAIGODDDDD..
pasti la bukan
budak-budak UUM ada lagi yang tak habis exam
masakan aku dah dapat result
walaupun dah agak lama aku bertapa di rumah..

seperti yang aku gembar-gemburkan di atas
ada sesuatu yang bertuah menimpa aku hari ini
walaupun banyak kepercayaan yang mengatakan nombor 13 adalah malang
tapi bagi aku adalah tidak
sama jugak macam Anak Din Biola
ingat lagi anak din biola kita belaja untuk subjek BM dulu?
hahaha
sungguh kurafat percaya nombor dan sebagainya yang boleh bawak tuah atau malang dan rugi atau untung
buktinya,,,
hari ini,
13 haribulan 12,,
aku lulus ujian memandu
tapi,,
memandu motor la
bukannya kereta
hehehehe

walaupun umur 20 sudah menghampiri pengakhiran,,
aku tak malu nak mengaku baru dapat lesen..
kihkihkih...
den dapat lesen P dah dunia!!!!
hahahha
boleh den merempit secara halal..

sebenarnya,,itu pencapaian yang tak payah dihebohkan
bukan membanggakan sangat pun
umur nak masuk 21 baru dapat lesen
ces..ces..ces...
taPi,,
aku nak bangga gak
sebab dari tak pandai bawak motor,,
aku dah dapat LESEN!!!
sekali ambik je wei
tak pernah kena repeat pun
BANGGA,,,bangga..BANGGA!!!
kerek gila an
hahahaha

anda pula bagaimana?
hari-hari terakhir anda sebelum umur bertambah,,
apakah pencapaian yang anda boleh banggakan?
tak semestinya kena dapat pointer 3.92 macam hanis zalikha tu baru dikira pencapaian
tak semestinya jugak macam si Mark Zuckerberg yang berjaya buat facebook baru dikira berjaya yang boleh dibangga
kalau korang lelaki yang berjaya sidai kain untuk hari ini pun dikira berjaya
kalau selama ni korang tak pernah pun nak tolong mak korang sidai kain walaupun beliau sakit tenat..
itu pun sudah cukup untuk dapatkan sedikit penghargaan yang berbunyi,,
TAHNIAH!

Dec 12, 2010

berpantang,,,

aku stress ar
bila ada 2 org budak bersunat dalam rumah
bukan setakat diaorang je kena pantang
dengan aku skali kena berpantang

oleh itu,,
bagi jejaka-jejaka yang dah ada pengalaman bersunat
yang boleh dikira sebai senior dalam persana seni berkhatan,,
boleh tak kongsi pengetahuan anda dengan saya
apakah makanan-makanan yang boleh dimakan oleh budak yang sedang dalam pantang bersunat?
tolong laaa aku

aku pun nak makan sedap-sedap gak duduk kat umah
tapi mak aku tak bagi la makan
takut adik-adik aku mengamuk nak jugak
aku makan epal,,diorang pun nak makan epal
aku makan kerepek pisang,,diorang pun makan kerepek pisang
aku nak buat dadih,,
tapi terbantut hasrat sebab diorang
aku nak makan ayam masak merah,,
diorang suruh mak aku buat bila diorang sembuh

makan hati betol la akuuuuu..
ha,,
diorang boleh makan PUDING KASTARD JAGUNG tak?

p/s:siapa2 yang rajin,,boleh tak tolong list makanan2 yang diorang boleh makan..tuluuunggggg laaaa...=)

Dec 11, 2010

Si MERAH nazak

kesian MERAH
terbaring atas lantai
berpeluh-peluh sampai basah badan dia
menggelupur dia atas lantai
sedih tengok MERAH macam tu

pakcik kata mungkin MERAH termakan racun
cepat-cepat pakcik bagi minum air kelapa muda
sebab MERAH,,
baru aku tahu air kelapa boleh ubatkan racun dalam badan

mintak-mintak la si MERAH sembuh
kesian makcik kalau si MERAH tak sembuh
makcik sayang sangat kat MERAH
siapa la yang jahat racun si MERAH..
benci..benci..benci..

p/s:kalau MERAH mati,,aku takkan maafkan orang tu!hahahaha..poyo tak aku?padahal MERAH tu kucing jiran sebelah..aku plak nak emo lebih..suka sangat OVERRR!

Dec 10, 2010

tak payah berkias bila nak kata aku BURUK!

memang aku gelak-gelak
senyum-senyum
bila kau kata
"eh,,ubah la sikit penampilan ko"

hellloooo,,
aku bukan anak anjing ko la
nak dengar-dengar cakap kau!
bencilah bila orang sibuk-sibuk hal peribadi kita.

aku paling benci nak dengar arahan orang
padahal dalam hati memang dah ada niat nak buat satu perubahan
tapi bila ada orang tegur sebelum aku buat,
sumpah aku takkan buat sampai bila-bila!
ko nampak ego aku di situ?
yes,,memang aku ego tak bertempat,,
degil nak mamposss
pantang kena tegur
yeaahhhh
itu memang aku
so what???

tolong lahhhh
suka hati aku la nak buat apa dengan hidup aku
kalau takde orang nak kat aku pun,,
ape ko susah?
ada aku paksa ko kawen dengan aku?
just mind your own business la babe
shit sangat bila guna ayat,"aku tegur ko sebagai kawan"
bullshiittt sangat..

aku akan berubah bila aku rasa masanya sudah tiba
ko tak payah nak semakkan fikiran ko tentang hal aku
I never asked you to do so..
baik ko pusing belakang,,jalan terussss..
out of my life
so easy,,,
just do that steps
and never talk to me anymoreeee..
owrite bebeh?

p/s:jangan suka pijak tepi kain orang..terpijak sekali,aku boleh bagi respon "owh..it's ok dear"..terpijak kali kedua aku boleh kata,"ok,,nevermind"..pijak kali ketiga,"ish,,ape ni?"..pijak kali keempat dan seterusnya,, ko akan makan penyepak aku..got it?

aku mencintai kamu separuh dari umurkuuuuu..

ha,,
gempak gitu tajuk entry I kannn...


kalau di kira mengikut kiraan matematik yang logik,,
kalau aku mencintai orang separuh dari umur aku,,
maknanya aku dah sepuluh tahun la cintakan dia
maknanya,,aku cintakan dia bermula dari darjah 4
woooo,,
bapak gedik nya
oleh itu,,
aku rasa tajuk aku kali ini sangat exaggerated(eh,,cm slh je eja exagerated nih)
very the over kauuuuu

p/s:kalau sayang,,katakan saja,,jgn pendam..nanti akan jadi cinta yang tidak kesampaian..sungguh menyedihkan tahu...

Dec 8, 2010

kalau tak,,dah lama aku ambik medic dah

aiyooo
baru je balik sehari,,
dah kena jadi nurse plak kat umah ni
why?why?why?
ko paham-paham jela
musim budak-budak cuti sekolah ni
bersamaan dengan musin...
potong..
potong...potong..potong..
potong..
hahahha

dua-dua adik laki aku bersunat hari nih
ngeri siotttt

darah-darah bagai
fenin den..

yang si bongsu rilek jer
yang abangnya pulak yang nangis-nangis
ala,,adik aku yang gemukk tuu
dia la paling kuat nangis..
pening kitaorang satu rumah ni
mak aku pun jenis mabuk darah..
adik perempuan aku pun sama

so,,tugas untuk uruskan orang bersunat tu,,
bapak aku yang punya la
hahahaha
kelam kabut bapak aku bila dua-dua nak kencing
nasib baik ada abang aku and adik aku yang form 1
diaorang semua kan senior dalam arena berrkhatan ni
kena la jaga para junior
takkan nak suruh aku and adik perempuan aku plak uruskan
ye tak?

konklusinya,,
aku kena buat kerja-kerja surirumah
sebab mak aku kena layan si budak bersunat

p/s:harap-harap aku dapat suami yang tak mabuk darah..kalau tak,,siapa nak uruskan anak kami waktu bersunat?upah nurse peribadi?

tepat pada waktunya

enam haribulan,12 tengah hari = habis exam
juga menunjukkan tamat sudah semester tiga
penamat sesi pelajaran untuk tahun ini

enam haribulan,,waktu magrib = awal muharam
yang juga merupakan tahun baru menurut kalendar Islam
sangat hebat kan
bagi aku ini satu kebetulan yang hebat
seolah-olah memberikan banyak makna yang tersirat
seolah-olah memberi petunjuk untuk aku terus memikirkan satu fasa hidup yang baru
tahun baru,,azam kena baru
lupakan gundah gulana yang diharungi tahun sebelumnya

aku rasa macam hidup dalam drama
aku rasa sangat down lepas jawab paper exam last
bila baca je doa akhir tahun sebelum waktu maghrib,,
aku dapat rasakan satu semangat baru
rasa lebih bersemangat bila baca doa awal tahun dan surah yasin sempena tahun baru
dapat rasakan satu bisikan yang menyatakan
"sekarang tahun baru,lupakan semua yang berlalu,pandang kehadapan,dan mulakan hidup dengan sesuatu yang baru"

memang rasa lain sangat
sangat boleh rasa perbezaan antara perkataan tahun lepas dan tahun ini
walaupun pemisahnya hanyalah azan maghrib
tapi bagi aku,,
perbezaan tahun tu sangat berbeza la
macam dilahirkan jadi seorang yang baru
ish,,tak reti la nak describe perasaan nih

p/s:rasa macam baru balik dari tanah perang je bila tiba ke rumah dengan selamat pada awal tahun baru setelah berminggu-minggu bertungkus-lumus dan bergelimpangan dalam dunia peperiksaan...fuhhh

Dec 6, 2010

hari ni la sepatutnya

jeng..jeng..jeng..

exam sudah habis
mari kita bergonjengggg
oyeahhhhh...

hari ni kan enam haribulannn
tamat sudah penyeksaan jiwa dan raga

sesungguhnya exam meragut kehidupan sosial para pelajar
lama sudah rasa tidak berdepan dengan masyarakat yang ramai

baiklah,,
selamat tinggal sem 3
yang penuh disaster..
uhuk..uhukkk...

Dec 4, 2010

berpahala kerana akaun

sebab akaun,,
aircond dalam dewan tak rasa sejuk langsung
walaupun selalunya rasa macam duduk dekat antartik

dua jam setengah pun rasa macam setengah jam je bila jawab akaun
betapa tidak ku sedar masa berlalu

kerana akaun juga,,
aku banyak baca bismillah
sebab nak tikam jawapan
lecturer cakap ada 15minit lagi
tapi aku tak jawab dekat 30 soalan lagi
tu pun semua soalan yang kira-kira
nak tembak begitu saja macam tak sampai hati
tutup mata dan baca bismillah..dan tembak!
rasa macam yakin sikit
hahahaha

p/s:salahkan untuk aku berharap aku lulus paper akaun?ahahaha..criminal pulak menyusul 6haribulan ini...kita tengok la macam mana lepas jawab paper tu,,sama ada aku still soundness of mind ataupun commit murder ke lepas jawab paper tu...

Dec 1, 2010

mana Timah?

semalam rumate aku keluar
dia terserempak dengan akak sebelah bilik kami
akak tu tanya pada rumate aku
"mana Timah?"
rumate aku ingat dirinya ada maslah pendengaran
so dia tanya balik akak tu
"ha?Timah??..kak,,nama dia bukan timah tapi Jau"

hahahaha
Jauhariatul Amira dan Siti Fatimah
jauh beza kot nama tu
dengar cerita aku tak pernah bagitahu akak tu nama aku
macam mana dia boleh syak nama aku Timah?
muka aku nampak macam keTIMAHan sangat ke?
hahahaha
aku rasa nak guling-guling

timah..timah..
hahahaha
first time orang panggil aku timah
Joyah ke Bedah ke Manohara ke biasa dah
timah plak sekarang ni
tak kesah la kak
nak panggil Temah pun takpe

p/s:akak,,akak sngat kool bila panggil saya Timah..kat pintu bilik memang tertera nama aku tapi jap lagi aku nak pegi tambah biar jadi JAUHARIATUL AMIRA @ Siti Timah

kebaikan exam

aku bukan nak cerita perlunya exam diteruskan
dan bukan juga nak berdebat isu kenapa UPSR dah dimansuhkan
itu semua cerita lapuk dan klise sangat

bagi aku
musim exam ini sungguh bagus
untuk diri aku
dah tak subuh gajah dah sekarang ni
musim exam la baru nak bangun awal pagi kan
kalau mak aku tahu
mesti dia berharap aku exam sepanjang tahun
ye ah,,
semayang pukul 6.11 pun dah rasa lewat sekarang ni
ecehhhh...
poyo sangat kan
bukan ape,,bangga ar jugak dapat dengar azan subuh pagi-pagi dengan sepenuh hati
selalunya dengar sambil tersengguk-sengguk je
hahahaha

k, la..
ni pun curi-curi update je
esok den exam pagi
malam tadi pun dah exam
so,,den ada tak sampai sehari je ni untuk stadi

banyak cerita
tapi,,
lepas exam la na cheq habaq kat hangpa semua

p/s:jaga diri baik-baik ye rakan-rakanku semua..I always care about you~ ^____^