BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Nov 27, 2010

masihkah ada sinar?

tajuk macam klasik gila je kan
geli den goli..
hahahaha

exam yang akan mendatang ni sesungguhnya menguji kesabaran dan kewibawaan aku sebagai seorang pelajar la

30 haribulan punya
-very the banyak kau
-tak tau nak baca macam mana
-dah la benda yang tak boleh di imagine
-fakta sangat

2 haribulan
-dengar cerita notes lecterer bagi tak sama dengan silibus
-banyak gilak!!!

4 haribulan plak
-ha,,ini akaun namanya
-kalkulator??? lama kot tak sentuh
-sepanjang hidup aku ni first time aku belajar benda alah ni
-dah la selalu masuk kelas akaun macam masuk panggung
-tengok lecturer mengajar macam tengok cerita 2 alam..sambil makan kacang tak tahannnn..

6 haribulan
-boleh commit crime aku dengan subject ni
-segala nama penjahat kena hafal kan
-very the busy body jadi budak law
-kena ambil tahu semua cerita orang

p/s:dah 2 hari aku buang masa tanpa hala tuju..masihkah ada sinar LULUS untuk aku?
macam lah carry mark tu tinggi bebenor..tak stadi..dasar tak sedar diri...benci kau Jauhariatul Amira!

Nov 26, 2010

pengajaran hari ni pulak

ko bajet ko cikgu ke hari-hari nak pagi pengajaran?
5 hari aku periksa cukup 5 pengajaran untuk ditulis dalam karangan BM SPM anda
dapat la 10 markah..

kakaka
mengarut la dulu sikit-sikit
bosan ah asyik serius je
aku dah cukup tertekan dengan keseriusan menjawab exam
jangan ko tambah dengn berblog secara serius
adoiii,,masuk tahap membebel la plak

ok..ak
pengajaran hari ini ialah
nak membina keluarga tidak semudah ko tersalah kelas waktu pergi exam
ehem,.
tadi paper family law
sangat menarik subjek ni
maklum la,,bab PERKAHWINAN!
bab yang korang teruja gila waktu form 5 dulu
ustaz tak ajar pun lagi bab tu,,ko dah khatam 2 3 kali dengan kawan-kawan

tapi lain pulak cerita dengan family law aku hari
sesungguhnya aku sungguh tak bersemangat belajar bab family ini
sangat la banyak aktanya
walaupun banyak akta,,
masih jugak orang taknak ikut
contohnya dalam bab poligami
ko hengat senang ke nak kawen lebih dari satu
dia punya proses sebenarnya takde la menggalakkkan sangat lelaki nak pasang cawangan lagi satu
tapi sebab prosedur yang banyak itulah orang kita banyak pilih untuk bayar fine je dari ikut prosedur..
dah..dah..
malas ar cerita detail sangat pasal akademik
nanti korang mula la kata alergik la,senak perut la
maklumlaaa,,benda berilmiah kan
hahahhaha

p/s:nama kes tu sepatutnya Ismail v. Aris Fadillah & Anor tapi aku tulis kes Faridah & Anor..kalau ko jadi lecturer,,ko nak bagi markah tak?hahahaha

Nov 24, 2010

nah,,ni pengajaran yang aku dapat hari ini

kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan
tak gitu?
beria semalam aku buat list untuk benda yang perlu dibawa ke dewan exam
tapi hari ni,,
lain plak ceritanya
memang takde barang yang tertinggal
tapi....
aku salah masuk kelas untuk EXAM!!!
hahahha
konfiden je aku pergi jawab exam kat kelas sebelah
aku kena exam kat BK4 tapi dengan konfiden aku masuk BK3

kalau akak pengawas tu tak amik IC,kad matrik and slip exam aku
sampai sekarang aku tak tau aku salah kelas rupanya
huah..huah..huah..
takde kesedaran diri langsung

berdebar aku bila akak pengawas tu ambil benda-benda tu semua
"aku salah bawak IC ke..ic orang laen ke aku letak tadi?"
macam-macam la monolog dalaman aku
mengganggu aku nak jawab exam je ah

lama lepas tu,,
akak tu datang
"awak patut BK4"
aku pun dengan konfiden,"ni bukan BK4 ke?"
akak tu sambil cekik batang leher aku jawab,"BK4 kat sebelah la,,apalah awak ni..eiiiii"
dicekik-cekik nya aku
kuang asam punya akak
dah la aku tengah berusaha ingat balik nama kes

p/s:sila jangan salah kelas! walaupun nombor meja sama,belum tentu ko berada di tempat yang betul! hahahahaha

Nov 23, 2010

hari ni ke enam haribulan?

hahahahha
nampak sangat aku nak cover ketagihan beronline
buat-buat tak ingat tarikh
kan aku janji nak jumpa anda semua enam haribulan nati lepas exam
tapi
sekarang ni satu exam pun belum start lagi
dan aku sudah gedik-gedik tak tahan nak menyonteng
cehh,,rajin aku menyonteng kat muka blog ni ye

esok kang,,
aku malas nak menyonteng atas kertas jawapan exam
memang cari penyakit betol la
nyampah la dengan diri sendiri

setelah 3minggu tidak menapak ke dalam kampus
rasa macam berdebar plak untuk pergi exam
wuuuuuuu

nak buat list la sebelum g exam
-bawa slip yang ada dalam purse tuuu
-kad matrik dan IC
-pen banyak-banyak batang takut nanti takde dakwat takde la kalut sangat
-sweater berserta stokin
-spare plaster dalam pencil box(kegunaan dirahsiakan)
-dan juga duit agar balik exam boleh terus perhi melantakkkk..

ada pape lagi tak?

nanti la aku fikir

p/s:benda-benda wajib macam solat dan doa serta baca quran jangan dilupakan wahai kawan-kawan=)

ermm,,aku taknak janji dah ah nak bertemu kembali berapa haribulan
nanti aku mungkir lagi
jadi orang munafik la plak kan..huhuhuhu

ALL DA BEST YE RAKAN-RAKAN!!!

Nov 21, 2010

sebab tak stadi dekat umah

rasanya dalam masa terdekat ni tiada lg new entry
hal ini kerana aku tak stadi pun waktu balik rumah 2mggu hari tu
sekarang kena la pulun
isk3

lagipun jadual exam sangat padat
24
26
30
2
4
6

sangat tidak bagi peluang untuk aku bernafas
babai semua
bertemu semula lepas enam haribulan
insyaaAllah

Nov 19, 2010

menantu idaman mak saya

seronok betul musim perayaan
bila pergi pekan nak beli barang,
bila pergi pasar malam
sungguh banyak muka2 yang tak pernah tengok
hensem-hensem plak tu...auuuwww
tapi..
kulihat mukanya sungguh hensem
bila sampai dekat..
alamak,,
dukung baby la plak
ces,,suami orang rupanya
hancur harapan..
hihihihi

tadi..
kami tengok badminton
malaysia lawan thailand
Datuk Lee Chong Wei lawan BoonsakPonsana
fuyooo,,
hensem gila pemain thai ni
mak aku yang cakap
aku pun mengakuinya
tak caya?
meh sini tengok

satu

dua

tiga


ha,,
hensem tak?
hensem tak?
"mak aku siap cakap macam ni lagi
hensem nya budak nih
mesti orang thai bahagian atas-atas ni(org thai bandar la)
ko kawen la dengan dia"
amboiii mak aku
tinggi angan-angan!
macam la si Boonsak ni nak kat aku ye
mak aku siap bagi cadangan suruh Boonsak ni masuk Islam
ewah..ewahh..ewahhh mak aku...
over sangat tau

macam ni la rupa menantu idaman mak aku
maaf la ma,,
anakmu ini tidak mampu realisasikan impian ma
hahahaha
bajet anak hot la kan nak suruh dapat menantu muka macam ni


p/s:Boonsak,,ko tolongla jangan hampakan harapan mak aku..hahahaha

terima kasih pada encik google dan facebook di atas imej boonsak ponsana yg hensem ini

sebelum tuuu,,
meh tengok biodata Boonsak Ponsana
gila onses aku dengan mamat ni sampai stalk biografi dia lagi
bukan calang-calang pemain badminton
cerdik dia nih
tak caya?
meh tengok education dia

Name: Boonsak PONSANA
In Thai: บุญศักดิ์ พลสนะ
In Chinese: 文萨 波萨那
Gender: Male
Date of Birth: 22 FEB 1982
Horoscope: Pisces
Place of Birth: Bangkok, Thailand
Height: 1.78 m / 5'10"
Weight: 64 kg / 141 lbs
Nickname: Man
Language Spoken: Thai/Chinese/English
Family Members: Mother, 2 elder sisters and 1 younger sister(Salakjit Ponsana). Boonsak's father passed away when he was 16.

Education Level: Law Graduate from Sripatum University(Bangkok, Thailand)<--- ehemmm..kita sama kos la..macam sehati sejiwa plak..huahuahua!

aku ada BABI..ko ada?

tajuk tak nak kalah kan
macam nak bagitahu semua orang bahawasanya aku penternak babi yang berjaya
nauzubillah la weh...

siapa-siapa suka mencarut suka sebut nama babi
boleh aku bela korang kat rumah aku
buat kawan dengan babi sebenar

banyak betul babi kat belakang rumah aku ni
terutamanya lepas raya haji nih
apa motif babi ni berjalan-jalan dan bersiar-siar belakang rumah aku?
nak kami korbankan ko ke babi oi?
maaf la..
anda bukan halal untuk dibuat korban
hahahahaha

nah,,
tataplah muka-muka babii yang beraksi manja dipagi hari




ada pagar tapi babi boleh masuk jugak




kami halau-halau,jerit-jerit..dia buat tak endah je wei..gila kerek punya babi



ko hengat ko comel?



ini bukan rusa mahupun kijang
hahaha



can you see the tail n their BIGGGG nose?

p/s:lepas baca,,sila samak mata anda..hahahah

Nov 18, 2010

time ni lah..

banyak gila masa lapang
tapi takde idea pun nak menulis blog
beraya bukan main sakan
tapi macam takde benda menarik untuk cerita pada semua

time-time macam ni memang la otak aku lampi
nak cari satu tajuk untuk entry pun susah
apatah lagi nak post satu entry

tapi,,,
bila aku nak stadi,,
lagi-lagi bila exam sangat dekat,,
mula la macam-macam benda aku nak tulis kan
memang dasar perangai..

nak stadi,,malas
tak stadi,,
nanti duk nangis tak boleh jawab exam
nak kawen pun,,takde orang nak
hmmm..apa nak jadi la aku nih

p/s:jangan jadi pemalas macam aku..nak fikir pun malas..makan je yang aku rajin!

Nov 14, 2010

Cinta Dimata Anda

BannerFans.com

Nama Penuh

Cik Salad dilimpahi mayonis yang enak dicicah dengan duri kaktus

Pandangan?komen terhadap Cool FM

cool fm sangat sejuk bila cuaca di bukit kachi berubah dengan mendadak ke paras sehingga negative darjah celcius tapi sangat tidak cool bila the ownernya mengalami kegelisahan jiwa

lagi satu,,cik salad yang cun ni rasa pemilik cool fm sungguh sengal bila suruh saya buat entry ini..hehehehe


Definisi cinta

cinta merupakan satu pakej yang lengkap untuk kita semua menjalani kehidupan sebagai manusia kerana dengan cinta,kita dapat mendalami apa itu rasa sakit,rasa bahagia,rasa derita,rasa gembira dan macam-macam rasa lagi yang ada kat dunia ni termasuklah ikan 3 rasa yang sering si cinta hati belanja masa dating terutamanya lepas duit ptptn dan jpa masuk...=)


kawan untuk di tag

semua yang baca entry ini dan sudi nak buat..
tiada paksaan sepertimana cinta..
anda suka,,sila teruskan,,
kalau tak suka,,tiada guna paksa diri untuk suka
sesungguhnya kebahagiaan akan dipenuhi rintangan sekiranya doperoleh secara paksaan
tak gitu?
hak3

btw,,tq kimi sbb sudi bagi award jiwang miwang pada si mundur dalam arena cinta ini..

kena tukar-tukar

semalam,,
dalam pejalanan pulang ke rumah
hujan menyimbah bumi
kebetulan aku naik motor dengan mak aku

ketika mahu belok di simpang,,
aku tanya mak aku
"apesal ma tak ikut jalan staraight je..kan banyak kereta ni kita nak belok..hujan ni..basah laaa"
soal aku yang kehairanan dengan keputusan mak aku yang lebih rela tunggu kereta yang berderet-deret sebelum melintas..
kan lebih elok kalau mak aku jalan je straight
tak payah tunggu-tunggu nak melintas

kemudian mak aku jawab
"ala,boring la lalu jalan sama..tadi waktu keluar,dah lalu jalan tu..kita tukar-rukar la jalan..takkan pergi dan balik lalu jalan sama je..Lagipun,,mana tahu orang jahat duk tunggu kita kat jalan tu.."
maksud mak aku,,
kita jangan sampai orang tahu kebiasaan kita
yela,kalau orang dah perasan mak aku asyik lalu jalan yang sama,
orang boleh plan masa untuk buat benda yang tak baik pada kita
paham tak?

sebagai contoh,,
korang tahu aku akan minum air coke hari-hari pada pukul 1.30 petang
lepas letak air atas meja,,
menjadi satu kebiasaan aku untuk pergi toilet dulu
so,,korang dah tahu habit aku tu
katakan la korang berdendam kat aku
korang nak bunuh aku tapi secara senyap
korang boleh je bubuh racun kat dalam coke aku waktu aku tinggal pergi toilet
ha,,
tu la maksud mak aku
jangan sampai orang tahu rutin kita...

p/s:kalau pakwe,boleh tukar-tukar tak?alaaa,,sebagai langkah berjaga-jaga je..hakhakhak

Nov 12, 2010

perlu lah kannnnn

alahaiii abang TM

hari tu,,
aku pergi kat TM
nak bayar bil streamyx..
tapi sebelum tu,
aku tanya la abang tu
pesal aku punya bil telefon tu kira dua kali
dah bagi bil telefon
tapi dalam bil streamyx pun kira lagi sekali

lepas tu,
beliau explain la kenapa
aku pun,"ooooo...."
itu jela yang mampu aku respon
tapi..
yang tak tahannya..
aku tanya pasal bil aku dikira dua kali je
tapi dia punya rajin,,
sampai explain dekat aku
caj paggilan tu apa..
oi cik abang..
aku takde la bengap sangat sampai dia explain macam ni
"ha,caj paggilan ni adalah caj yang dikenakan bila cik telefon"
harus la kan dia explai sampai macam tu skali
eh,,tolong la paham..
muka aku ni nampak sangat ke mundur dari segi IT ni?
hhahahaha
lawak la abang tu
nasib baik ko hensem
nak maki pun tak jadi ;)

aduhai akak tempe oiii

semalam
mak aku suruh beli tempe..
aku pun terkedek-kedek la pergi kan
dengan bangga nya ,"akak, nak tempe satu!"
akak tersebut membalas,"satu je?"
aku:"a'a..satu je"..
dalam hati dah menyumpah-nyumpah..pekak ke hape?ke saja nak perli aku sebab beli satu?
lantak ko la kak
mahal la ko punya tempe
singgit lima kupang tseketul
dulu aku duduk kat johor,,
50sen je satu..
ahahhahaha

ala,,benda kat atas tu bukan point utama
sini kita cerita the real point
lepas tu,
akak tu berkata,"masak esok tau.Jangan bubuh dalam peti"
aku pun"ha?"
beliau pun ulang balik ayat tadi
tapi aku tak puas hati
aku pun tanya balik,"memang kena masak esok ke?"
dia pun angguk
aku tanya lagi"masak hari lain tak boleh?"
dia geleng yang memberi maksud tidak boleh
aku pun berlalu dengan rasa pelik yang masih terbuku di fikiran

Then,,aku tanya mak aku pesal plak kena masak esok
mak aku cakap"dia baru buat kot..tak jadi tempe lagi la ni"
aku dengan rasa hairan pun berkata,"tak masak lagi?nanti kita goreng,masak la"
aku pun duk bersoal-jawab dengan mak aku agak lama sebab aku tak paham
yela,,pehal plak kena masak esok
suka hati aku la nak masak bila-bila pun
rupa-rupanya,
sepatutnya akak tu kena bagitahu aku ayat macam ni
"dik,esok baru adik boleh start masak tempe ni..hari ni tak boleh lagi"
baru la aku paham tanpa ragu
akak tu pun..
ish..ish..ish
hihihihihi..

jiran yang baik

malas nak ulas pasal jiran
cuma saya nak bagitau saya ada jiran yang baik
kehkehkeh

p/s:terima kasih jiran sebab tolong mak saya!=)

Nov 11, 2010

kuSANGKAkan ikan rupa-rupanya...

semalam papa baru pulang dari pulau
tak perlu kot stakat ini cerita pasal pulau ni
laen kali kita buat entry lain untuk pulau itu..(padahal kecik hati sebab tak dapat pergi)

kepulangan beliau diiringi dengan keropok lekor
bising-bising la adik-adik laki aku duk berebut makan
berebut siapa paling banyak dapat makan
lepas tu,,adik aku Aiman si gemok datang ke dapur
suruh aku dan mak aku tengok ape dalam keropok lekor dia
mak aku pun korek-korek la keropok tu
haaa...
ambik ko!
seekor lalat wa cakap luuu
SEEKOR!
memang siap lengkap dengan sepasang kaki,sepasang mata dan lengkap dengan sayap
pakej seekor lalat la

eiii yew,,kembang tekak den nengok nya
sebelum tu aku pun makan
aku nampak jugak benda warna hitam dalam keropok tu
tapi aku ingatkan ikan
so,,aku makan jela
maklum la,,
benda hitam dalam keropok lekor aku tak selengkap macam adik aku punya
keropok tu seolah-olah
senang cte,tak boleh panggil keropok lekor dah
kena panggil lalat bersalut tepung ikan
eiii...serabai punya keropok!

akibat dari itu,,
semua family aku duk rasa loya dan kegeli-geleman
semua pakat duk meludah
hahahaha
sehinggakan,,
sandwich yang aku buat pun adik-adik aku tak makan
dyorang masih geli dan terbayang-bayang lalat tu
ko bayangkan,,
sedangkan sandwich itu telah dimasak oleh kakak yang jarang-jarang mencemar duli untuk menjadi kuli buat sandwich untuk mereka ini masak sehabis sedap pada malam itu,mereka tetap takde desire nak makan
padahal,,dyorang la pelahapnya bila den masak..selalunya lah
kesian plak aku tengok muka adik aku pucat tahan loya
dan kesian jugak pada aku sebab sandwich aku buat tak habis...T_____T

p/s:hati-hati bila anda makan..tengok betuul-betul dulu baru masuk mulut..

Nov 10, 2010

rokok penawar sembelit?

ada seorang PEREMPUAN,
dia pekerja restoran dekat dengan kedai mak aku
restoran tu ada menyediakan rumah untuk pekerja berehat pada waktu rehat
tapi kami semua tahu rumah tersebut selalu di salah gunakan
penyewa-penyewa rumah tersebut yang sebelum-sebelum ini pun selalu menyalahgunakan rumah tersebut
mereka menggunakan rumah tersebut untuk melakukan perkara-perkara sumbang
erk,,pehal ayat aku macam karangan darjah 6 ni
takde ayat plak aku nak mengarang kali ni
ada cerita tapi tak reti nak karang
maaf ye semua..
harap anda cuba jugak untuk paham

meh,aku sambungng cerita..

satu hari,
pak cik A,yang juga mempunyai kedai makan
didatangi perempuan tersebut
perempuan tu mintak nak beli 2 batang rokok
memang kedai pak cik A ada jual rokok
pakcik A yang ramah tamah itu pun bertanya pada si perempuan
"eh,,hisap rokok jugak?"
perempuan tu pun menjawab,"a'a.saya tak boleh buang air besar la kalau tak hisap rokok."
ceh,,apa ke bangang punya alasan
kalau ko nak menipu,,
pikir la ayat dulu sebelum pergi beli
kan dah free-free kantoi ko beli rokok untuk laki yang tengah langgan ko

tak pernah lagi aku dengar kalau sembelit kena hisap rokok
ke aku yang tak sedar penemuan saintifik terbaru ini?

p/s:aku rasa cerita ni tak menarik tapi nak jugak cerita..jangan kata aku bangang..hahahaha

Nov 9, 2010

kantoi lagi..

hari ni kali kedua kantoi
dengan cik fain
kantoi tak stadi
macam mana beliau tahu aku tak stadi?
mesti la sebab aku online
hahahaha
2 hari berturut-turut bertembung di YM
cis..cis..cis..
padahal hari-hari aku janji nak study
last-last tipu dan pujuk diri sendiri
tidak ketinggalan aku turut goda diri sendiri dengan berkata
"takpe,,esok aku stadi la"
padahal,,esok pun ulang ayat yang sama jugak
pastu duk mengeluh and kalut-kalut mengadu dengan sahabat handai kata aku takut
takut nak exam
cakap je takut tapi tak pernah ada inisiatif untuk capai buku dan baca
isk..isk..isk

bila study kan,,
kejap je satudy nya
lepas tu kantoi
ada ke patut aku baca buku setengah jam
tapi akibat dari study yang tak seberapa tu,,
aku tido 4jam kemudiannya
gila tragis
padahal kalau online seharian pun takpe
tak penah pulak mengantuk!
dasar syaitan banyak dalam diri
(ceh,,salahkan setan plak..)
"penuh dengan alasan la manusia ni", rungut setan dalam hati.

lagipun,,banyak dugaan la kat rumah
macam mana la aku nak mula study

baru je nak study,,adik bukak tv tengok cte bes la plak
hati pun berkata
"ala,,join kejap je"
kejap-kejap pun mesti la sampai habis cerita kan
yang tak tahan,tengok cerita hindustan
paham-paham ajelah brapa banyak masa aku buang..

lepas dah tengok cerita,,
adoi,,mengantuk la plak..
tido la dulu kejap..
nanti aku stadi la..

bila bangun tido,,
mak ada masak sedap
uii,,tak boleh tahan ni
kena makan,,nanti menyesal

siap je makan,,
berkobar-kobar aku nak study
skali mak kata
"kata nak pergi beli barang,papa nak g pekan tu,,kalau nak ikut,g sembahyang cepat!"
hmmmm
sampai ke petang baru balik umah kalau keluar dengan baapak aku

bila malam..lagi la macam-macam
nak makan,
nak tengok berita,
nak tengok cerita,
nak online
nak baca novel
cukup pakej untuk aku habiskan waktu malam aku

begitu lah rutin untuk hari seterusnya
so,,dengan dugaan-dugaan ini
aku memang perlu kumpul semangat yang banyak baru boleh stadi kat rumah
kadang-kadang kalau dah cukup bersemangat,
siap sedia dengan buku segala
siap berkurung dalam bilik,
jauhkan diri dalam laptop
dah baca doa belaja dah pun
tiba-tiba,,
tuk..tuk..tukk..
"buat ape tuuuu?",mak aku bersuara sambil menjengah kedalam bilik seraya duduk atas katil aku..
lepas tu,bapak aku plak datang
"duk bercerita mende nih?"
tidak cukup dengan itu,
datang la 3ketul adik laki aku
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

begitulah berakhirnya hari-hari saya dirumah
harap maklum
kawan-kawan jangan sibuk duk gatai mulut nak tanya
"dah habis stadi ke jau?"
aku sepak jugak kang
hahahaha

Nov 8, 2010

nak..nak..nak!!!

ha,,
aku rasa nak buat lagu ni sebagai lagu background blog aku ar
bosan dah dengar lagu ana raffali nih
hihihiihi

lama dah aku duk skodeng si gratisan music
tapi takde pun lagi lagu ni
dah request tapi tak menjelma-jelma jugak

cuba korang dengar,,
best tak?
aku cop nak letak lagu ni dulu
korang jangan curik!
alif,lam,lam,ha..
siapa curik dosaaa..
hakhakhak




meriahnya pesbuk bila...

korang perasan tak,
bila result exam nak keluar,
bila kena register course,
meriah gila fb..
pagi-pagi lagi home kita dihujani status-status baru
aku sangat suka time2 macam ni
yela,,sebab semua orang online pada waktu yang sama
kalau berbalas-balas komen,,memang rancak ar time ni
very the seronok kauuuu..

di sini aku ada save status-status pada hari kejadian dimana exam di UUM di tunda
tapi yang ni kurang meriah sikit sebab
tak semua orang tahu pasal postpone pada waktu yang sama
ada yang tahu awal
ada yang ketinggalan kereta api sket..
hahahaha
mari kita saksikan pelbagai emosi dari warga UUM..






























p/s:

post ini hanya untuk suka-suka sahaja
diharap rakan-rakan yang terlibat tidak terasa hati
kalau ada diantara anda yang tidak suka status anda yang didedahkan diatas,,
sila bagitahu
aku akan buang secepat mungkin..=)

Nov 7, 2010

tahukah anda?

untuk mengurangkan bengkak di hati sebab bengang dengan encik blogspot
gara-gara lembab gila nak berjaya upload gambar,
aku pun cuba la untuk menaip entry yang tak perlukan gambar

tajuk "tahukah anda"
macam tajuk untuk info kesihatan kan?
tapi sebenarnya bukan
takkan tiba-tiba aku nak cerita pasal haemorrhage plak
dan
aku bukan nya nak buat soalan macam
tahukah anda nama bunga rasmi negeri Melaka adalah bunga kesidang?
tak pun,,
tahukah anda nama sebenar Erma Fartima adalah Sayang Nor Fatimah Rahmat?
tidak..tidak...
mana la aku ada cerita segempak itu
nak propa2 kat korang

aku cuma nak tanya korang,,
korang tahu tak
acacia(sebutannya ialah akasia) sebenarnya adalah sejenis pokok yang renek?
begonia pula adalah sejenis pokok bunga kertas?
manakala ipomea pula sejenis kangkung?
selain itu,,ixora adala bunga jejarum?
dan vanda alah sejenis spesies orkid?

korang tahu tak benda-benda yang aku sebut di atas tu?
tak tahu?
hahahaha
tapi aku tahu
sebab...
tu nama kelas dekat sekolah aku dulu

selalu sekolah mesti nak letak nama kelas ikut alphabet kan
alfa,beta,delta,gamma,epsilon la
amanah,baik,cantik,darurat la
tapi sekolah aku tidak
sungguh kreatif kan sekolah aku ni
aku berani bet takde sekolah lain letak nama kelas macam sekolah aku
ke sekolah ko ada?
hahahaha

p/s:terima kasih la pengetua sebab letak nama yang gila berilmiah macam ni...

hanya kerana kamu

sebenarnya aku ada perap beberapa entry MACAM best
ingat nak post hari ni
tapi tak tau apa masalah blogspot ini
lembap tahap cipan lak dia hari ni
maklum laa,,barang free
memang suka buat hal sesuka hati dia

tapi takpe cik blog,,
saya sebagai empunya blog tidak marah kepada encik blogspot
malah saya berterima kasih dengan encik
biarpun percuma,,
ianya amat berguna kepada insan yang banyak benda nak menulis tapi takde duit nak daftarkan ini blog jadi dot com(domain)

sebenarnya,,
internet dirumah saya sangat tidak bermakna bagi saya
tanpa ini blog
kalau saya online,,
saya tak tau nak buat apa
main pesbuk pun macam dah boring
so,,saya cuma gagahkan diri untuk online hanya kerana blog

blog ini sangat buat saya excited sampai terlompat macam beruk kena belacan
ia selalu merubah mood saya
saya sungguh kembang-kempis hidung bila tengok ada ramai orang yang visit blog ini wlaupun tak ramai follower
dengan ini,,
ketahuilah anda
ANDA yang sering melawat blog saya adalah orang yang sering menceriakan hidup saya
terima kasih pada anda semua
luv u all!

p/s:saya sangat sayang blog saya..begitu juga dengan KAMU-KAMU yang baca blog saya...muahhhhhhhhh(sudilah terima kasih saya ini)..hehehehe

Nov 6, 2010

Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan

macam tajuk karangan zaman-zaman sekolah dulu tak?
hahahaha

1: Macam naik perahu

semua rakan-rakan balik
mula-mula aku rileks lagi
sekali,,floormate semua nak balik malam
hati aku terus resah

call mak dan ayah sambil nangis-nangis buat statement hiperbola sikit
kata SEMUA kawan balik
terus ayah ikhtiarkan suruh sedara kami hantar aku ke stesen bas di Alor Star
hihihihi
taktik menjadi!

dalam perjalanan,
semua jalan tutup
jalan shortcut ke highway ke semua tutup
air penuh lagi atas highway
ada satu jalan je yang dibuka

sampai dekat kepala batas,
kereta serendah kereta wira masih boleh lalu
lagipun time tu baru pukul 6,siang lagi
boleh nampak lagi jalan belah mana yang dalam atau tak

sampai dekat selekoh,kereta rendah tak berani lalu
air agak dalam
tapi sedara aku cuba jugak
alhamdulillah,,berjaya jugakkami mengharungi banjir itu
walaupun jem agak lama sampaikan anak dia merengek-rengek kebosanan
maklumlaaa,,budak kecik

kemudian,,dugaan kedua pula datang..
air kali ini lagi dalam
ya Allah takutnya aku
bila kereta bergerak dalam air,,
boleh rasa gelombang air itu menghempas pintu
aku tengok kereta wira kat depan yang sedang u-turn,,lampu kereta yang depan tengelam dalam air
apa maknanya?
tapi sedara aku tetap nak redah jugak
aku risau je kereta mati
yang ni sangat dalam..
bila kereta nak belok ke kanan,,
ko rasa macam duduk dalam perahu yang teroleng-oleng
aku nk bernafas pun takut
berkat keberanian si drebar,,
alhamdulillah lagi sekali..
kami berjaya mengharung air itu

ya Allah,,
depan stadium,,
ini tempat paling rendah
kalau dapat lepas tempat ni,,
bermakna,,misi kami ingin ke stesen bas,,berjaya!
dub..dab..dub..dab
berdebar sial akuuu..
kami mengharung air perlahan-lahan
ko tahu aku tahan nafas sepanjang harung air tu
aku takut bila aku bernafas,,kereta mati
hahahaha
akhirnya,yeay!
kami berjaya!
tapi aku risau la kereta dia rosak
T_T

alor star tiada bekalan air
nasib baik kereta dia ada setong air
boleh jugak buat ambil wudhu'
tapi aku tak sempat hulur duit pada yang menghantar
aku rasa bersalah..T_____T
dan-dan time aku nak buka zip purse,,time tu la zip nya nak stuck
aku tarik-tarik tapi tak boleh
lepas keluarga yang menghantar pulang,,
aku tengok apa la yang menyebabkan purse aku tak boleh buka
rupanya,,
duit lekat kat zip
stuck la
cessss..

ku tunggu..tungguuuu
lambat nya nak pukul 10
tapi gue sudah mau terkucil ni
aku mesej kawan yang bernama najmi adila
"mi,,aku nak terkecim wes tapi xdop air'
beliau menyarankan aku beli air mineral
hahahaha
nasib baik beliau beri cadangan itu
aku pun beli la sebotol air mineral besar punya
pergi je kat bilik air,,
dia memang ada sediakan air tapi warna air tu macam air kumbahan yang belum dirawat je
kalau dia bagi air banjir pun aku rasa lagi ok
eii yerk
nasib baik aku ada mineral water
hihihihi




menunggu dengan gigih!




saya tunggu benda alah ini la





ehemmm,,ada orang senasib dengan aku..hehehehe



dengki ah dengan mereka
naik bas dulu dari aku


2: Anugerah Allah

dalam bas,
saya nak duduk single seat
tapi dah penuh
terpaksa la duduk yg ada pair tuh
depan saya ada sepasang kapel
tingkap sebelah sana ada seorang laki
jadi,,saya pilih untuk duduk di tepi tingkap sebelah sini
saya berharap laki yang duduk sebelah saya
hihihihi
tup..tup
adoi,,perempuan la pulak
hancur harapan

saya senyum jela pada perempuan itu
dan terus pandang ke luar tingkap
yelah,,kecewa tiada pemandangan indah dalam bas
hahahaha
saya tengok sebelah kanan,
wow!
cantiknya pemandangan,
banyak nya air
nampak pantulan lampu dalam air
saya pandang ke kiri
wow! wow! wow!
saya nampak ciptaan Allah yang lagi indah!
waaaahhhhh,,ada mamat hensem arrrrr!!!!!
indah..indah..sungguh indah pemandangan..
semat gilak
kemas,,gaya duduk pun dah macho
pheeewittttt!
nyesal aku tak duduk dekat dengan dia
kenapalah aku pilih duduk sebelah tingkap
kan dah menyesal!
dia pun duk terkebil-kebil macam aku
kalau tak ,boleh nyembang kan
tapi takpe la
kalau duduk dekat2,macam mana nak skodeng beliau..hehehehe
aku try nak ambil gambar
nak share dengan anda
tapi dalam bas kan gelap
so,,saya sorang sajalah nampak nya berpeluang menikmati keindahan ciptaan Allah tersebut
kahkahkah!

p/s;sedap wei dapat makan nasik dekat rumah

Nov 4, 2010

jangan baik sangat

baik biar berpada-pada,jahat jangan sekali
selalu dengar kan peribahasa ni waktu sekolah dulu
maklum la,,kena buat karangan kan

bila cikgu tanya
"apa maksud peribahasa ini?"
semua pakat buat kuang ajar kata tanpa bersalah
"maksud dia,tak boleh terlampau baik cikgu,lepas tu kalau buat jahat,jangan buat sekali,kena buat BANYAK kali!"
konfiden je ko kan
hahahaha

cakap pasal baik ni kan,,
mesti terbayang kawan baik
tadi terdengar dekat Hot fm
tajuk hot chat hari ini adalah
"dulu kawan baik,kini musuh utama"
hmmm,,inilah bahana kalau baik sangat dengan orang

dulu aku berpegang pada "trust no one"
yelah,,
angkara dari kata-kata "tikam dari belakang",
aku sangat takut untuk percaya pada orang

lama-kelamaan aku mula berani percaya pada orang
sampai satu saat,,
aku terus lupa pada pegangan "jangan percaya sangat dengan orang"
aku sangat percaya dengan kawan aku
bagi aku,,dialah segalanya

tapi,,
ape perasan ko bila orang ko sangat percaya itu,
tiba2 betray pada ko?
aku rasa macam ada batu menghempap atas kepala aku
aku rasa nak pengsan!
kawan yang ko rasa dialah perangai macam bidadari
dia lah yang paling lembut,
paling gemalai,
paling sopan,
paling ayu,
tiba-tiba ungkit" jasa2" dia pada ko!
OMAIGODDDDDDDDDDD!

still tak percaya?
tak percaya kawan mampu membunuh kita?
kalau tak ada kawan macam tu atas dunia ni,
tak famous la words macam
"kawan makan kawan",
"harapkan pagar,pagar makan padi",
"ku sangka panas hingga ke petang rupanya banjir dalam bulan november sehingga mengganggu stadi wik dan merisaukan pelajar UUM"...HAHAHAHA

p/s:mungkin sebab kita rapat sangat yang menyebabkan perkara kecik dan remeh mampu buat kita bermusuh for whole life..hmmmm

Nov 2, 2010

Act of God


kita hanya merancang
Allah yang menentukan segalanya
sangat tepat peribahasa ini untuk kita gunakan pagi ini
pagi-pagi lagi nama UUM Sintok sudah hangat di Hot fm
Vice Canselor UUM telah isytiharkan majlis konvo untuk hari terakhir ditangguhkan





penyebab?


jalan untuk ke UUM ditutup akibat banjir



hasil hujan 3hari berturut-turut

tiap-tiap tahun pun pada waktu-waktu macam ni memang selalu banjir
tahun lepas exam ditangguhkan sebab banjir jugak
aku rasa sistem perparitan di Changlun tu tak bagus la
hujan lebat tiba-tiba untuk beberapa jam pun jalan kat situ boleh banjir
inikan pulak hujan berhari-hari tanpa henti
terpaksa jalan ditutup...

UUM pun,,
dah tau musim ni musim tengkujuh kat sini,,
tolong la awalkan event besar-besar macam konvo ni
memang la kita tak tahu masa depan
tapi kita dah boleh agak kan
kalau dah tiap-tiap tahun banjir bila menjelangnya bulan november,,
sendiri mau ingat la kan..

kesian pada orang nak berkonvo
patut jadi hari bersejarah
tapi jadi hari untuk menyumpah seranah plak
ish3

papepun,,bawak2 bersabar ye semua
aku pun tak tahu ada makanan dijual ke tak hari ni...
hmmm

p/s:jangan gatai2 nak g tengok air yang membanjiri sungai..kalau lemas,,tak pasal je..tengok je air dalam cawan tuh..sama je..air jugak!

Nov 1, 2010

Jangan sampai kami jadi CANIBAL!

dah dua hari berturut-turut hujan tak berhenti
jalan yang menghubungkan dunia luar dengan UUM telah dinaiki air
kini,,kami sudah terputus hubungan dengan dunia luar

budak2 yang balik berstadi wik di rumah,,tak boleh balik uum
kami di uum tak boleh pergi kemana-mana

apa yang lebih merisaukan,,
makcik2 tukang masak tak dapat datang bukak kedai
pakcik roti tak dapat bawak bekalan roti ke sini
takkan nak suruh kami pergi berburu kot?
nak buru apa?
monyet?
monyet pun tak keluar dari sarang hujan2 macam ni oiiii...

memang best hujan
sejukkk...
sedap tidurrrr...

tapi,,,
tolong lah,,
nak exam kot
jangan sampai kena postpone exam sudah
tak senggup aku

tak kisah la orang tak dapat datang berkonvo,,
orang berkonvo tak dapat bergambar
tidak ku kisah itu semua
yang merisaukan adalah,,
PERUT kami!!
apa kami mau telan?
takkan nak tadah air hujan je kot
boleh kena malaria macam ni...
eh silap..TAUN

tidak keringkah air dalam awan tu?
aku pulak rasa letih bagi pihak awan
asyik memerah air sahaja

hujan itu rahmat
ya..kita harus percaya
oleh itu,,
mari la kita semua menadah tangan untuk berdoa
mana tahu boleh dapat dean list sem ni
ye tak?
hahahaha

p/s:jangan samapi aku masuk berita diselamatkan oleh helikopter bomba untuk keluar dari bumi kachi ini....