BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 31, 2010

siapakah yang sudi?




kebelakangan ini aku sangat jatuh hati
terhadap kasut flat
tapi hari tu beli kasut bling bling
kasut aweks aweks la kan

tiba-tiba aku macam teringin gila nak pakai kasut converse
hari tu lalu depan kedai kasut converse tapi tak masuk pun
sebab takde geng yang penggila converse

oleh itu,,siapa disini sangat mahir bab2 pilih kasut converse?
boleh la temankan aku pergi pilih kasut
plizzz,,plizz,,plizzz =(

rasa tak macho r keluar dengan kaum adam pakai kasut spesis awexs awexs ni
nak pergi kelas boleh la an?
buat pakai time raya ke seswai la
ye tak?
hahahaha

aku ada usya2 gak kasut dekat encik google
seswai tak korang rasa?
adoi,,aku ni emang tak reti nak buat keputusan sendiri

ni antara kasut yang aku berkenan ar


cool gak an nak wat jenjalan



i like la warna usang2 macam ni

pattern camni pun ok gak an



simple and cool



mesti mak aku bebel kalau beli warna macamni..tapi i likeee


hooo,,tak boleh,,tak boleh..very kejantanan sangat nih..


p/s:kalau aku pakai kasut kat bawah nie waktu dinner law tahun depan macam mana?hahahha



my study week turn into,,,,

apa yang anda jangka dari seorang student seperti saya pada musim study week?
balik rumah?
tidakkk,,saya tak balik rumah pun
duduk bertapa tunggu bukit kachi dengan alasan saya nak study
tapi bagaimana harus saya study jika,,
pukul 2petang,,suasana di kolej saya seperti ini,,,



2.30 petang macam lepas subuh







siap berkabus lagi

memang sangat menguji keimanan nak study dalam suasana macam ni
bangun pagi2,duduk bersila atas kerusi buka buku
bila nak buka je buku
ish,,sejuk la
kebetulan aku pakai seluar pendek lak tu
ermm,,masuk dalam selimut kejap ah
sejuk sangat la
sekejap punya sekejap,,pukul 12tengah hari baru aku bangun ko tahu!
waaa,,,ape nak jadi dengan study week aku ni?
itulah rintihan hati kecil saya

bukan niat saya nak pakai seluar pendek,,
tapi seluar panjang saya semua tak kering
hujan la katakan
hahahahha

p/s:padahal tiap2 sem pun stadi wik jadi stido wik kan?

Oct 30, 2010

sangat berbakat

ha,,
siapa tak suka tengok budak ni?
ko tak suka?
tak suka sudah
yang penting aku suka

gila berbakat insan cilik yang bernama Mia Sara Nasuha ini
pernah tengok iklan downy?
cerita AdaMaya?
ada la budak ni

sekarang aku duk tengok epilog syurga cinta
ala,,cerita yang tayang kat tv3 bulan puasa hari tu

kagum la dengan bakat budak nih
pandai gila dia mainkan ekspresi muka
dia lagi pandai berlakon dari si watak sampingan
siapa tah nama kawan baik dan tunang si cikgu siti tu
nyampah gila aku dengan 2 watak tu
tah pape..kaku je berlakon
pandai lagi si mia ni
ish3
disebabkan 2 watak tersebut,,
aku skip je part2 diorang
aku cuma tengok part yang mia berlakon
tak miss langsung scene mia ko tahu
hahahaha

p/s:antara pelapis pelakon terhebat kot..mari kita sama2 tengok dia membesar..cun tak bila besar..hahahhaa..kiut miut la budak ini..gerammmm

Oct 26, 2010

bila larut malam

bila larut malam...
suasana sepi..
ocehhh..nyanyi-nyanyi lak ye
macam la senang hati sangat
tak boleh jawab exam lusa baru la nagis
ye dak?
hahahahah

ni kan musim-musim exam
oleh itu,,tajuk ini ada kena mengena dengan exam la
musim-musim exam macam ni,,
apa yang anda rasa bila larut malam?

otak rasa tepu?
fikiran dah tak boleh fokus stadi?
ermmm,,
ada tak korang rasa lapar gila
dan rasa nak mengunyah
bukan lapar tapi nak mengunyah jajan,kacang dan sewaktu dengan nya?
ada tak timbul perasaan ni?

takde?
aku rasa korang tak normal lah
by the way,,
ada siapa2 jual jajan tak?
boleh la aku p merayau cari jajan kat bilik korang bila tetiba rasa nak makan jajan bila tengah stadi..
huhuhu

wei,,sedang aku mengarang entry ini,,
aku nampak satu kelibat bermain di tepi aku
ku sangka kucing
rupanya MONYET
terkezut den
nasib baik dia tak datang tumpang online kejap..
huhuhu
rasa macam hidup dalam zoo dah aku ni

p/s:time exam la saya sangat rajin update blog..mengapakah?

jangan sayang sangat

makanan adalah untuk dimakan
jangan sayang sangat makanan tu
sebab bila ko sayang nak makan,,
ulat akan lebih sayang untuk tolong makan
lebih tragis bila ulat tu duk berkasih sayang dalam makanan tu sampai sempat produce anak serta cucu

bila dah berulat
tolonglah jangan rasa sayang sangat nak buang
tolonglah
takkan nak tunggu majlis perbandaran datang bersihkan untuk ko

p/s:jangan sayang orang 100% dan jangan benci orang 100% kerana perbezaan antara benci dan sayang hanya senipis kulit bawang...(tiba-tiba keluar topik lak an)

Oct 23, 2010

semua benda pun nak hilang bila nak exam kan?

stress aku bila tengok meja stadi bersepah-sepah
katil pun bersepah-sepah
tapi sekarang tak boleh dikira bersepah sengat
selagi lantai bilik saya tak bersepah dengan nota-nota,alat tulis,mind maps,buku,kamus dan sebagainya bermakna bilik saya belum cukup bersepah
tunggu la bila saat esok nak exam
kejadian semua barang saya bergelimpangan di atas lantai,katil dan meja stadi akan terjadi dengan dasyat


stakat hari ini baru bersepah di meja stadi dan katil saja
meja stadi tidak cukup besar bagi saya
sebab tu saya sangat prefer katil duduk sebelah-menyebelah dengan meja stadi
senang saya nak capai semua benda
saya akan jadi malas stadi bila asyik kena bangun ambil barang
itulah sebab saya perlukan satu ruang yang besar
semua benda berada di satu tempat
lagipun,,bila saya asyik bangun,,
kaki saya mula nakal
mula la ia bergerak ke bilik jiran tetangga
hahahaha

bila saya asyik tak jumpa highligter kegemaran saya dan pensel yang saya cintai bila nak membaca,,
saya jadi nak marah
oleh itu,,
saya ambil keputusan untuk letak alat-alat tulis saya dalam bekas
saya ingat nak bubuh dalam mug,,
tapi saya sangat kecewa bila mengenangkan mug saya rupanya telah dipecahkan oleh monyet pada awal sem yang lalu
sekarang baru teringat
monyet itu betul-betul2 monyet
harap anda maklum saya tinggal dalam hutan yang penuh dengan hidupan liar..

sejurus selepas itu saya terpandang botol air
ok fine,,
saya ada botol air,,
saya ada gunting,,
dan saya juga ada pisau
so,,,,



tadaaa,,terpaksa jadi kreatif





awww cakkk!!! baru tersusun hidup I,,



bogel je bekas alat tulis I..malas nak hias-hias



waa,,rasa berbunga hati aku tengok bekas ni...=)

tapi hati aku kembali berbengang bila aku keluar bilik
ces,,pehal floor aku jadi maternal floor ni?
pehal ada kucing beranak kat floor aku?
ces,,bau dia something dowh
kembang tekak aku..

aku tau dah kerja siapa menyediakan tempat beranak untuk kucing ni
eiii,,benci tol

enak ye ko branak kat sini?



tengok,,ada insan yg bela kucing ini aku rasa..
ni bukan syak wasangka..ini buktinya
siap bagi makanan bagai..

p/s:kalau saya mintak anda doakan kejayaan saya,,adakah anda akan ungkit bila anda gaduh dengan saya nanti?kalau tak akan,,saya mohon anda doakan kejayaan saya..kalau anda akan ungkit,,hmmm..tak pe la..tak payah la susah2 nak doakan saya...

Oct 21, 2010

seringgit lima kupang itu mahal


ye,,
seringgit lima kupang @ RM 1.50 adalah mahal
bagi saya harga itu sangat mahal
tidak tahulah kalau bagi anda yang kaya raya harga ini sangat murah
ciput punya matawang je nih

ok,fine..
dengar dulu
apa yang mahalnya?
aiskrem malaysia ke?
kasut carlo rino ke?
beg Gucci ke?

tidak..tidak...
bukan itu semua..
saya rasa,,
kalau anda beli benda yang saya berli dengan harga singgit lima kupang ini pun,,
pasti anda akan rasa mahal
bukan saya rasa mahal sebab sekarang ni penghujung sem yang merupakan mesim kemarau yang kering kontang
bukan juga kerana ianya mempunyai fungsi kearah pelajaran..
bukan..bukan..

saya rasa ia mahal sebab saya tak pernah pakai brand ini..
eh,,lupa plak..
anda tengok dulu la benda apa yang saya tak puas hati ni..

ni dia- -
-
-
v







korang tengok,,
ubat pensel pun singgit lima kupang?
dah la jenama pe tah yang aku tak pernah guna pun seumur hidup ini

aku selalu pakai jenama BUNCHO..
rasanya tak sampai pun singgit
cuti raya hari tu aku tengok adik aku beli enam kupang je @ enam puluh sen
takkan la dalam masa sebulan harga ubat pensel naik mendadak mengalahkan harga petrol
ye tak?
lagipun,,ubat pensel bukan bahan kawalan
sebab tu suka-suka hati je nak letak harga berapa kot..

tapi takpe la,,
aku bersangka baik
aku pikir,,kualiti dia bagus kot,,
sebab tu mahal
sekali...
hampes tol!
mahal je lebih,,xbagus langsung
tak seronok bila nak menulis
keras je,,
dakwat pun cair macam kita pakai pensel katu yang batng dia warna merah tu
pensel merah yang murah zaman skolah dulu...
yang cikgu slalu bagi hadiah kalau kita dapat markah tinggi dalam kelad
yang tu laaa...

p/s:ke memang standard harga ubat pensel camni? ke aku je yang tak mengikuti arus perubahan ekonomi masa kini?

Oct 19, 2010

Kalau Berpacaran with lyrics

ok rakan2..
ni lah lagu untuk blog ini
tajuk nya kalau berpacaran
penyanyi:ana raffali & suhaimi mior hassan

ramai rakan2 yang tanya tajuk lagu ini
oleh itu,,saya sediakan video ini untuk anda semua
saya amik lagu ni pun secara kebetulan je
lepas tu,,dapat feedback yang baik pulak dari rakan2
oleh itu,,saya teruskan la biarkan lagu ni jadi background song untuk blog ini


ha,,video ni saya tertengok dekat facebook syafrie roslan
so,,saya search dan upload untuk anda..
hihihihi



Oct 18, 2010

saya rasa saya lemah daya ingatan la

setiap hari ada aje benda yang saya lupa
hari tu saya keluar sebab nak beli benda tapi berakhir dengan beli benda laen tanpa beli barang yang saya nak

minggu lepas saya lupa nak pergi tutor
oleh sebab saya lupa satu tutor,,tros saya ponteng semua tutor minggu itu tanda protes kepada diri sendiri
kecewa dengan tahap pelupa diri sendiri

bila saya cerita kat kawan saya,,
dia kata sebab saya banyak minum air yang ada semut berenang-renang dalam tu
sebab tu saya jadi pelupa
tapi saya rasa itu bukan faktor utama

saya risau la dengan fenomena nyanyuk saya ini
lagi2 final exam semakin menghampiri

rakan-rakan yang budiman,,
apakah cadangan anda semua untuk mengatasi masalah saya ini?

dan perkara yang paling menyayat hati yang sering saya lupa adalah JALAN!
walaupun saya suka pergi meronggeng makan angin bersama rakan2,,
lalu jalan yang sama,,
tapi saya masih jugak tak ingat jalan tu
walaupun dah setahun setengah saya duk ulang-alik lalu jalan tu...
benci ah...
rasa macam insan yg lemah taw..

p/s:diharap penyakit lupa ini tidah berterusan sehingga saya jadi insan yang LUPA DARATAN

Oct 17, 2010

kawan bukan hak EXCLUSIVE

maaf rakan-rakan,,
dari dulu memang aku tak tahu nak eja exclusive dalam bahasa Melayu
siapa2 tau eja,,sila ejakan dekat komen ye...
Jasamu di kenang!

hari ni kak Jau nak berleter sikit ye
menurut tajuk sepertimana di atas,,
suka untuk akak menghuraikan serba sedikit
wah..wah..wah...
ada rasa macam kembali ke alam persekolahan yang kena buat karangan Bahasa Melayu 4 isi dan 6 perenggan tak?
HAHAHA

tajuk di atas adalah fenomena yang sering berlaku dalam kalangan pelajar perempuan
korang toksah tipu la
mesti korang ada kawan macam ni punya
tak pun,,korang sendiri yang berperangai macam itu kan?

tolong lah wei,,
takkan sebab ko declare ko adalah kawan baik kepada si Minah,
bermakna Minah hanya perlu kawan dengan ko je
Minah dah tak boleh kawan dengan orang lain dah
waima kaum sejenis skali punnn
ewah..ewah...ewah..
mati laa kalau setiap kawan mempunyai hak exclusive terhadap kawannya yang lain..
ye tak?

bak kata pepatah,,berkawan biar beribu(banyak ribu bukannya BERibu=mempunyai ibu)
kalau ko nak kawan dengan Minah sorang,,tu gasak ko la
tapi ko takde hak nak halang Minah kawan dengan orang lain
dalam konteks keusahawanan,,
kita tak boleh ye rakan-rakan sekalian untuk berkawan denganLIMITED people
kita kena kawan dengan RAMAI orang
kerana orang-orang(bukan yang dekat sawah untuk halau burung tu) inilah yang akan jadi jaringan kita(networking omputes panggil)

networking sangat penting ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian
bak kata lecturer saya,,
di universiti lah tempat yang paling banyak yang kita boleh buat networking
tanpa networking,,nescaya hidup ko akan susah pada masa depan
ko pernah dengar word cable(kabel)?
bukan cable electrik mahupun kabel telefon but this cable have some sort of functions like that

ko jangan tipu la kalau ko kata ko tidak percaya dengan pengaruh kabel
sebenci mana pun ko terhadap kabel
konon2 kata tak suka guna kabel untuk masuk u ke untuk masuk kerja ke
tapi last2 ko akan perlukan kabel jugak
sebagai contoh,
ko tengah menganggur,
maklumla baru je lepas graduate kan,
tapi ko ada kawan yang mempunyai company,
of kos ko akan risik2 kerja dengan dia kan
bila ko kenal rapat dengan kawan itu,,
mesti dia akan rekomen kerja pada ko,,
kalau bukan di syarikat dia pun,,mesti dia ada networking jugak kan?
dia mampu untuk connct ko pada networking2 dia
so,,disinilah yang kita katakan 'kegunaan networking"

lecturer aku juga ada berkata,
universiti merupakan tempat untuk mencari jodoh
tak percaya?
waktu inilah masih ramai yang bujang
dan waktu inilah kita banyak sikit masa lapang
bila dah kerja,,
masing2 akan komited dan sibuk dengan tugas masing2
bila lagi ko nak mencari jodoh?
malah lecturer aku sendiri bertemu jodoh dengan rakan seuniversiti
hmmm...
fikir-fikir kan lah
ke ada orang nak berdebat?
simpan jelah bangkangan korang tu
masing2 have their own opinions right?
and of course i respect those ideas =)

berbalik pada topik yang tertera pada tajuk,,
tolonglah jangan bersifat sedemikian
jelik i taw...

p/s:sedangkan husband pun belum tentu jadi our hak exclusive,,inikan pulak kawan kan?

Oct 14, 2010

tak elok masuk ikut pintu belakang


korang pernah dengar tak pantang larang ni?
zaman2 skolah le kengkawan duk bawak propoganda ni
aku tertanya2 jugak apa relevannya tak boleh masuk kelas ikut pintu belakang

kalau masuk umah orang,,memang la tak manis maen terjah masuk guna pintu belakang
ini kelas
apa yang tak elok nya?
lagi2 time cikgu takde dalam kelas
apa dosa guna pintu belakang?
kalau tak boleh guna,,baek tak payah buat pintu kan
apa guna jadi pintu kalau stakat nak tutup je
sama jugak macam apa guna jadi bas kalau aku kena duduk tercatuk dalam tu sampai 5abad tapi tak gerak2 setelah kelas kansel...
tak gitu?

tapi hari ini baru aku tahu kebenaran para sahabat dan orang2 tua yang pernah berkata
"tak elok la masuk ikut pintu belakang?"

setelah bertahun-tahun berlalu baru aku dapat kesedaran diri kata2 ini sesungguhnya benar
peristiwa apakah yang memberi impak yang sungguh besar sampai aku percaya dengan pantang larang ini?
yang sekaligus membuat aku percaya dengan pantang larang ini?

hal ini kerana,,
aku dengan bangganya pergi kelas awal
masuk2 kelas,,
ada beberapa orang sahabat je
duduk lama sikit,,
aii,,pehal takde orang sangat ni
mana semua orang pergi
ku bermonolog sendirian

tidak lama selepas iti,,seorang kelasmate pergi keluar kelas
S**t!!!
KELAS KANSEL!!!
ini lah pengajaranyya
lain kali msuk la ikut pintu depan
kau masuk ikut pintu belakang
patut la tak nampak notis kelas kansel
dah notis tu ditampal kat pintu depan

cinabeng,,cilaka semua adA..
Apesal aku tak tengok notis tu tahun depan je?

p/s:jangan ingkar terhadap pantang larang nenek moyang...mereka kan dah terkena dulu dari kita..sebab tu mereka buat pantang2 itu supaya kita tidak terkena sepertimana mereka kena..hahahha..sila la bersangka baik dengan pantang larang nenek moyang selagi tidak bertentangan dengan tuntutan agama...

Oct 12, 2010

hate these feelings

1)Jauhariatul Amira really hate to have regret feeling
-gila benci bila benda yang dah memang depan mata kita,,kita memang nak,,
tiba-tiba tak dapat..lagi-lagi ianya bukan sebab kita tak mampu nak beli tapi sebab bodoh nak tunggu 'nanti' baru nak beli...last2 tak dapat beli..

2)juga benci perasaan nak marah sebab kena menunggu lama
-perasaan ini akan menyebabkan Jauhariatul amira bad mood for the whole day
dan rasa nak gaduh dengan semua orang

3)benci perasaan serba-salah
-sumpah aku benci bila aku tak buat salah tapi orang lain keep pointing me about the fault
dan juga bila mereka buat ayat konon macam mereka tak berslalah padahal salah itu memang datang dari mereka..bila kau rasa serba salah,,aku tak dapat tidur..m
memang rasa nak men carut

4)geram yang tak terluah
-bila geram yang terpendam ini,,boleh buat aku nangis
aku jarang nagis sebab sedih tapi selalu nangis sebab geram
macam 2 orang budak berebut satu lolipop, dan aku adalah budak yang kalah dalam perebutan itu..
rasa geram kalau tak dapat jelir lidah kat budak yang dapat lolipop tu
dan juga rasa geram sebab tak dapat tunjukkan that i don't care at all about your lollipop!
macam tu la perumpamaan perasaan geram aku..kalau dapat jelir lidah pun aku dah rasa cukup puas hati dan dapat tidur dengan lena...

p/s:kalau aku tak pernah susahkan hidup ko,,ko tak layak nak susahkan hidup aku walaupun dengan hanya beri perasaan rindu pada aku..I hate perasaan RINDU... I know I rindu someone but I don't know who is that 'someone'...

Oct 11, 2010

apa makna 10.10.10 bagi saya?

semalam,10/10/2010
ramai orang sangat menunggu-nunggu tarikh tersebut
ada yang nak kawin,,
ada yang nak bersalin
dan pelbagai momen indah lagi telah dirancang oleh semua pihak bagi memberi signifikan untuk hidup mereka

ramai yang berebut untuk kawen pada tarikh ini
sampaikan tok kadi pun tak available pada hari tersebut
tengok,,betapa hebatnya penangan nombor
tok kadi menjadi insan paling penting dan paling pemes pada tarikh2 yang unik begini
jadi,,yang nak kawen 11/11/11,,
boleh la start tempah tok kadi sekarang..
kalo tunggu tahun depan mungkin semua tok kadi habis ditempah orang

kita cuma punya dua tahun saja lagi untuk kawen dengan tarikh yang menarik macam ni
macam mana ni wei?
siapa nak kawen nang aku 12/12/12?
17/17/17 tak available dah
tapi..time tu tak habis belajar lagi..
hahahaha
mati la kalau nak ikut tarikh kan..

ha,,semalam korang baca paper tak?
siap ada parents suruh doktor force dyorang untuk bagi bersalin semalam jugak
tak boleh blah kan
kalau Allah tak bagi anak tu keluar 10/10/10 tu maknanya tak kuar la budak tu
ada ke patut nak paksa2..
melayang nyawa ko tu baru tahu...
ish3..
nombor punya pasal kan

ada apa la dengan nombor
dah la nombor genap
I tak suka la nombor genap
I lagi suka nombor ganjil
terutamnya 7

semalam aku rasa hidup aku huru-hara gila
tapi takde la the whole day huru-hara
rasa macam lengkap la kehidupan sebagai seorang manusia semalam
semua emotion and feeling aku rasa dalam masa satu hari
sedih,kecewa,neutral,gembira,serabut dan geram
lengkap rempah ratus kehidupan

yang sedih-sedih kita tolak ketepi
mari kita cerita yang gembira je semua

semalam,,
setelah 20tahun saya dilahirkan,,,
adalah kali pertama saya masuk panggung dan tengok wayang

cerita yang bertuah itu ialah,,
=
=


sammy's adventure
sangat fun cerita ni
sumpah tak tipu

lagi fun bila tengok dengan kawan2
kawan2 yang bertuah jadi orang pertama tengok wayang bersama cik salad
ialah
=
=

ema,aina,erah dan najmi

hanya mereka yang bertuah
memang mereka sahaja
tiada orang laen
tak percaya?
tengok ni
=
=


tengok,,
takde orang laen pun
hanya kami berlima dalam panggung itu
tengok la,,erah siap boleh letak kaki atas kerusi orang depan


ha kan?
kosong kan panggung ni
macam panggung ni kami yang punya!!!!
hahahahah
i likeeee SANGAT!!!



THANKS U OLLSS..
cik salad really enjoy the movie!!!




this story like a mirror of us..
really appreciate it..
thnxs skali lagi kepada ema,aina,erah dan najmi
kerana memberi makna yang besar dalam hidup saya
sempena 10/10/10 ini

p/s:jangan terlalu taksub dengan nombor

Oct 8, 2010

tengok movie dan menang!!!

tengah browse through blog tadi,,
tiba2 keluar iklan kat nuffnang
macam cantik je iklan nya
so,,aku pun tengok2 la
waaaa,,ini sangat menarik ni
so,,aku pun usya la contest ni

sangat menarik
nah,,aku dah tolong usyakan contest ni untuk korang
sila la masuk
pertandingan ini merangkumi



1)capture & win
-siapa2 suka ambil gambar dan edit dengan cantik,,sila la jangan sia2 kan bakat anda.tolonglah masuk

2)share & win
-siapa yang hebat bermain kata2,,boleh la masuk..ini contest untuk buat slogan terbaik

3)spot & win
-every 100th entry up to 8,000th entry wins

4)blog & win
-yang ini sangat sesuai kepada para blogger yang disertai pakej suka gila tengok muvie..
anda hanya perlu blog your journey to The Chronicles of Narnia.THE BEST BLOG WILL WIN!!!!




ini hadiah untuk capture & win



ini syarat2 untuk capture & win

ok,,apa lagi?
sila pergi ke laman web ini sekarang juga untuk keterangan lebih lanjut


p/s:korang masuk la contest ni..dan jgn juga lupa untuk klik iklan nuffnang aku taw!!! luv you allss..mmmuahhhhxxxsss

Oct 7, 2010

lama sudahh

sudah lama ye rasanya tidak mengetuk papan kekunci ini untuk blog
kerana papan kekunci ini sibuk dan sering digunakan untuk mengetuk asssignment
ecehhh,,ayat tak boleh blah
nak bagitahu semua orang aju ni rajin wat asaimen la?
hahahahha
itu alasan semata-mata
padahal malas yang menguasai diri

semalam berlalu sudah teater muzikal DPP kami
maka,,takde dah la meeting malam2

tapi,,aku musykil
nape aku yang sakit tekak
padahal bukan aku yang berlakon mahupun menyanyi dalam teater itu
aku AJK makanan je..
nak kata aku banyak makan,,
aku tak makan langusung pun makanan yang disediakan untuk AJK

hmmm,,
sesungguhnya rasa sakit tekak dan pening kepala ini
membunuh mood..
terus relan panadol boleh tak walaupun tak demam lagi?
bak kata pepatah,,
sediakan payung sebelum hujan
so,,telan panadol dulu sebelum demam
memang sakit tekak dan pening adalah indicator untuk demam kan?
so,,sebagai langkah berjaga2,,
nak telan panadol la..(padahal nak tido,,wat alasan nak demam untuk telan panadol..hak3)

k la,,
cau cin cau..
tak larat la..
nak kumpul tenaga
esok nak pergi BERGONJENG!!!

p/s:kawan saya bernama Najmi Adila kata kena minum air masak byk2 untuk elakkan demam...

Oct 2, 2010

terjah!!!

Jom kita terjah Datuk Siti!!!!
sedang kami berjalan2,,ternampak plak kereta Datuk Siti & Datuk K
ni kereta mereka



*alamak,,kantoi plak..silap crop plak,,patut no plate tu macam ni-->KCT 1..
ala,,no yang dibida dengan harga tinggi oleh Datuk K tu la..
siapa tak tahu pasal ni = ketinggalan dalam arena gosip Malaysia


anggap je korang tak nampak penipuan aku
mari kita ke penipuan seterusnya

untuk mengukuhkkan lagi bahawasnya mereka itu sememangnya Datuk K dan Datuk Siti,,
lihat lah,,
apa tujuan kedatangan merekA



mereka datang beli buah kegemaran Datuk Siti kita ni ha


dan tidak ketinggalan untuk beli ini juga



sarang burung sangat bagus untuk kecantikan..
boleh la digunakan dalam produk SimplySiti yang seterusnya


berita tipu ini dibawa khas oleh:



cik salad the gossipers bersama rakan2


sekian berita mengarut
cop..cop..cop..
belum habis lagi
meh tengok gambar yang aku bersusah payah upload ini



baru 1st time aku datang sini..jakun gila..3sem dah duk uum
ni baru sempat g..tu pun xmasuk dalam gua pun



ni plak ladang anggur di PERLIS
jangan tak tahu anggur boleh hidup di MAlaysia
tapi ada cara yang tersendiri nk bagi buah anggur ni berbuah
memang semua orang boleh tanam pokok anggur
tapi yang membezakan adalah pokok tu berbuah atau tidak
Fakta:anggur telah hidup di bumi Malaysia ini lagi lama dari aku
anggur telah mula dilahirkan di Malaysia sejak tahun 1987
terkejut?
sila terkejut dan terima hakikat ini


mula2,tengok2 dan amik gambar
lepas tu,,petik dam masuk beg
tapi,,bukan aku yang buat perkara mungkar ituuu
orang laen...hahahaha




ni la anggur yang aku dapat..kemetot je
tu pun pakcik yg jaga ladang tu petikkan
kiranya,,anggur aku dapat dengan cara yang halal
tidak perlu was2 untuk makan
peace!!!


p/s:ada taktik tau nk bagi anggur ni berbuah..nak tahu?siapa yg betol2 eager to know je aku akan bg tahu..letih ar nak cerita..hihihihih
p/s/s:lagi senang kalo beli anggur kat pasar raya,,so,,takyah la susah2 nak tahu cara penanaman anggur yang akan menghasilkan buah...hak3