BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 29, 2010

everythings is dissappointing

betul ke ayat tu?
gasak la kan
pagi-pagi i'm being harrased like hell la kan
tepi,depan,belakang semua laki menghimpit aku dalam bad
rasa macam OMG!!! cepat la sampai kelas
geli eii yew ei yeww bila tersentuh lelaki2 tersebut
dan aku hanya mampu berdoa
"YA Allah,,ko ampunkanlah dosa hambamu ini"


then,,
very dissappointed with account test
malas nak verita tapi
I'm so sorry wahai Nik Imana dan miramiza
because of those careless and silly mistakes during answering those questions..

ha
ini memang aku tahap malaun punya kecewa
dari hari ahad aku hantar baju untuk di alter(oter)
dia janji nak siapkan esok sebab hari Jumaat aku nak pakai
nasib baik aku tergerak hati nak pergi tanya baju tu lepas habis kelas
bila aku pergi kedai tu,,
perghhh
elok lagi baju aku duduk dalam plastik
yang tak tahannya,,
dah la baju aku tak siap lagi,
pastu si tokey kedai tu ada hati nak tutup kedai esok
panas je hati den..
ni la orang Melayu kan
bukan nak kutuk
but you see
those attitudes yang menyampahkan
padahal aku tengok takde la busy mana pon makcik tu
duk menyembang je dengan para kawan dia

makcik,,saya bukan suruh makcik alter baju saya free tau
saya bayar okey!
sila la buat kerja secara bersemangat sikit
bukannya sambil lewa macam tuu..

p/s:aku pun orang Melayu jugak..ini hanyalah nasihat orang Melayu kepada orang Melayu..NASIHAT okey..bukan ada sebarang agenda tersembunyi yang lain pun..nasihat semata-mata sahaja.

Sep 27, 2010

onlinephobia

gila gedik nak eja fobia cam omputehs kan
hahhahaha(gelak la dulu sebelum masuk ke mode serius)

hokkei,,
merujuk kepada tajuk di atas
saya rasa fobia la nak tulis apa2 dalam dunia siber (cyber) ni
takut2 disalah erti oleh segelintir pihak yang sering menunggu-nunggu saat untuk mengeksploitasi blog ku ini
(gila ayat macam aku menteri yang bapak femes sampai semua orang nak bunuh sebab kejelesan terhadap diri ku kan)

now everyone can access our facebook and blog
so,,from now on,,
i need..eh,,not NEED but MUST beware with every single words that I wish to write

rasa macam scary la plak kan
seolah2 macam xde kebebasan bersuara lak(freedom of speech)
nak meluahkan apa yang terbuku di hati pun bimbang..

p/s:now i really love with phrase " I FEEL SO HUMILIATED"...sampai ngigau2 kauuuu

Sep 25, 2010

yeay2!!! dapat fullmark

mari tengok..
Jauhariatul Amira dapat fullmark
hahhaha

kecoh gila
padahal kuiz je pun
bukannya test
kan..kan

takde la,,
rasa macam jakun la jugak
mana pernah wei,,kuiz ke test ke
lecturer pulang balik kertas
ni first time aku dapat tengok markah aku
waima kuiz skali pun

slalu nya,,
apa yang kita tahu,,kita g jawab test
tup,,tup
tahu markah waktu lecturer bagitahu carry mark je
tu pun dekat2 final exam
kadang2 tak tahu teros carry mark berapa
tau2 result dah kuar
tu pon sebab kawan2 duk kecoh kat fb


tapi kali ni dapat tengok lecturer mark paper kita
pakai pen dakwat merah cam zaman skolah kauuu
tak caya?
ini bukti nya!




nah,,aku zoom markah nya
nampak tak?
hahahahah

dapat good wei,,cam waktu tadika duluuu




tengok,,aku siap bubuh dalam fail lagi
nanti nak liminate r..bagi cucu tengok




benda yang baik perlu di ulang kan
hahahhaah


insan2 yang turut mendapat fullmark ialah
1.hidayah saad
2.kak bell
3.nik imana
4.bariah jalil
5.TQ
6.miramiza


p/s:lecturer,,kami tak tiru pown walaupun kami satu geng...
p/s/s:esok ada midsem test untuk subjek ini..sila doakan saya berjaya jawab dengan cemerlang =)

Sep 14, 2010

kalau memang dah tak suka

betul ke ayat tajuk entry aku ni?
kalau memang dah tak suka
atau kalau dah memang tak suka?
yang mana satu ek betol
maaf la,,
banyak sangat makan kueh raya
pening sket untuk gunakan tatabahasa yang betul

mari sini
dengar ini cerita
lepas tu,,
korang boleh bagitahu ayat mana satu yang betul

di hari raya ketiga
enak2 bergolek-golekan di depan tv
tiba-tiba makcik aku balik
"e'eh,,perempuan ni bawak balik anak siapa plak ni..2 ketul plak tu"---->monolog dalaman
aku tanya adik aku
siapa budak2 tu
semua angkat bahu tanda tidak tahu

lepas tu,,
abang aku duk bekalut tukar baju
aku pun tanya la
"ko nak pergi mana?"
lantas beliau menjawab "kalau ko rasa malas nak buat air dan layan tetamu,jom ikut aku pergi beraya"
sabar..sabar ye rakan2
aku bukan la tahap pemalas sampai sanggup larikan diri sebab malas buat air untuk tetamu
bukan...bukan,,
ada alasan yang lebih konkrit untuk aku blah melarikan diri

rupanya,,
mak cik aku bawak balik bakal mak mertua dia
perghhhh
anak dia aku tak suka
mak dia(laki tu) pun aku tak suka tau
no..no..no...

lantas,,cepat2 aku pergi sarung baju kurung
nasib baik paginya aku pergi raya umah mak long aku
gasak la
aku pakai je baju kurung yang pagi punya
mana sempat dowh nak gosok baju lain dalam keadaan terdesak macam tu

aku rela berhempas pulas salin baju untuk pergi beraya
dari menatap muka bakal mak mertua mak cik aku
kalau mak nya dah datang,,
kompem lepas tu di laki tu akan datang
ohh tidakkkk!!
I tak rela la nak tengok muka laki tu

oleh itu,,
dengan kalutnya aku tukar baju,,
sarung tudung bawal
nasib baik si tudung bawal tidak meragam
kalut punya pasal,,
sampai terlupa nak pakai anak tudung(skarf)
dogol je kepala aku pakai tudung tanpa skarf
itu okaey lagi
yang tak boleh blah nya,,
pakai kain pun susunnya terbalik ko tahu
patut susun belah kiri tapi aku pakai sebelah kana
kalut punya pasal kan..

bila aku balik ke umah nenek aku,,
tengok laki dan familinya tak balik2 lagi..
aku pun singgah umah pak uda aku yang hanya berdepanan dengan umah nenek aku
punya la aku tak nak jumpa famili laki tu kan

tunggu punya tunggu,,
tak balik2 plak laki tu
aku pun,,ajak abang aku pergi raya tempat lain plak
rela aku jadi pelarian kerana benci punya pasal
nekad sungguh
hahahahah

p/s:kalo dia jadi laki mak cik aku nanti,,macam mana la aku nak balik kampung...sob..sob..sob

Sep 7, 2010

have no more time

we are running out of time
so,,
I would like to wish all of you

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI PADA ANDA SEMUA!!!!!


INGAT!!!
kelajuan membunuh...

jangan nak tunjuk samseng atas jalan raya
dan
jangan makan keterlaluan..

p/s:rakan2 sekalian,,sila bawak para biskut balik u nanti..luv u olls!!!

Sep 6, 2010

perahsia

rasa macam tertekan sangat bila banyak sangat rahsia kena jaga
ni bukan rahsia orang lain
rahsia diri sendiri la

kalau sebelum ni aku gemar bercerita everything aboiut every single things in my life
sekarang aku realize
berahsia itu lebih baik

melalui rahsia kita lah
rakan yang kita sanjung selama ni
tiba2 tikam dari belakang

memang sakit rasanya..
macam orang kena tikam bertubu-tubi
tapi terselamat
macam tu lah rasa sakitnya.

moralnya:don't trust anyone

p/s:aku tak perNah buang ko dari hidup aku..tapi ko yang pilih untuk melangkah jauh dari hidup aku..sekali lagi aku tegaskan,,sekali ko keluar dari pintu hati aku,,aku takkan buka balik pintu hati aku..seperti ko sedia maklum,,aku memang pemalas orangnya..dalam hati aku takde orang gaji yang boleh tolong buka pintu hati aku bila ko datang balik dan tekan loceng hati aku..once you get out,,you are out forever!!!selagi aku tak remove ko,,maknanya aku masih memberi ko peluang..tapi kalau ko sendiri pilih utuk remove aku,,so,,tamat sudah segala bentuk perhubungan kita..THE END..

Sep 5, 2010

nak bagi mati senang PART 2

aku ingat nak sambung part 2 nya esok
tapi
bila aku baca balik entry yang aku post untuk part 1,
macam takde kena mengena lak content dengan tajuk
tak pasal2 macam tak tercapai je maksud entry aku

ni aku nak bagi pengetahuan extra lagi kat korang ni..
yang ni pun aku konfiden korang tak amik tahu pun sebelum ni

soalannya:
APAKAH KEAJAIBAN NABI MUHAMMAD S.A.W?

kalau mukjizat,
aku rasa semua orang tahu
dan semua orang boleh senaraikan berkajang0kajang panjangnya
tapu..
pernahkah anda semua ambil tahu tentang keajaiban yang dimiliki Rasulullah?

ni takde kena mengena dengan Rasulullah pandai buat magic ke tak
tapi ini ada kena mengena dengan keprihatinan kita terhadap Nabi junjungan kita ini

keajaiban Rasulullah S.A.W

-tidak pernah bermimpi

-tidak pernah bersin(hat chuuummm..)

-takde bayang-bayang

-tidak berkhatan

-binatang liar yang ganas akan menjadi jinak apabila berdampingan dengan nabi

-lalat tak pernah hinggap di badan mahupun pakaian Rasulullah

-apabila buang air;tidak kira air besar atau air kecil,,tidak berbau malah tahi Nabi ghaib sejurus selepas keluar dari rectum..

-tidak pernah terlupa

-apabila pandang ke depan,Rasulullah tetap boleh nampak benda di belakang(aku rasa time tu takde lagi side mirror)

-Apabila Rasulullah duduk bersama para sahabat,Rasulullah akan nampak lebih tinggi berbanding para sahabat walaupun pada hakikatnya para sahabat lebih tinggi dari Rasulullah.

Jika anda tahu 2 perkara ini (huruf yang tiada dalam Al-fatihah dan keajaiban Rasulullah),InsyaAllah,,saat malaikat Jibril mencabut nyawa anda,,anda akan mendapat syafaat dari Rasulullah kerana anda tahu tentang perkara ini.Hal ini membuktikan anda ambil tahu tentang Rasulullah dan sayang kepada Baginda.seperti kita sedia maklum,,sesiapa yang sentiasa mengingati Rasulullah,,akan disayangi oleh Allah dan Rasul-Nya..

PERINGATAN!!!!!
-walaupun anda tahu tengtang 2 perkara ini tidak semestinya anda tidak perlu sembahyang,tidak perlu solat..anda tetap kena mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah..2 perkara ini hanya mampu menjadi nilai tambah kepada anda..InsyaAllah..

p/s:maaf la kalau bahasa yang digunakan sukar untuk anda faham sebab saya tak reti nak huraikan dalam bentuk tulisan..saya lebih gemar bercerita sambil tunjuk expression..menulis ni membantutkan apa yang ingin saya sampaikan..rasa limited gila...

nak bagi mati senang PART 1

baca elok2 tajuk aku tu
nak bagi mati senang
ni bukan nak bagi ikan keli mati senang ke ayam mati senang sebelum kena sembelih or sewaktu dengannya
tapi
ini adalah cara-cara nak bagi kita mati senang
lagi sekali aku ingatkan baca tajuk enttry ini betul2
nak bagi mati senang
bukan nak bagi senang mati
dengan bahasa mudah nya ialah
cara untuk dipermudahkan urusan kematian kita
takde la sakit berpuluh tahun baru mati ataupun
menderita sakan baru mati

sebelum itu
anda hari2 baca surah al-fatihah kan?
tapi..
tahukah anda
huruf apakah yang tiada dalam surah al-fatihah?
aku kan baik hati
meh aku bagi klu,,
klu nya ialah,,huruf yang tiada adalah sebanyak 7 huruf
cepat..cepat...
apa huruf2 tersebut?
tak tahu?

kita baca al-fatihah setiap hari paling kurang pun 5 kali
tapi kita tak pernah nak ambil tahu pasal benda2 ni kan
padahal gosip ape yang kita tak tahu?
software apa yang latest yang kita tak tahu?
semua benda kita sibuk nak ambil tahu
tapi kita sentiasa lupa bila bab2 keagamaan sikit..

baiklah,,
aku pun sama je macam korang
tak pernah ambil tahu pun sebenarnya
aku tahu ni pun bila aku kena soal dalam kelas memandu tadi
ni sekadar untuk berkongsi
boleh sebarkan pada rakan2 lain jugak

huruf-hurufnya ialah
1)Jim
2)Sa
3)zal
4)zai
5)Fa
6)Kof
7)Syin

kenapa huruf2 ni takde dalam surah al-fatihah?
hal ini kerana huruf2 ini boleh membawa maksud yang tidak baik
sebagai contoh,huruf jim
apa perkataan yang boleh kita buat dengan huruf Jim?
Jahanam,,

P/S:yang baik itu dari Allah S.W.T, dan yang burk itu datang dari diri saya sendiri

BERSAMBUNG...

Sep 4, 2010

bila kita nak balik kampung ni?

seperti yang anda tahu
semalam,,bermula la cuti persekolahan
adik-adik aku semua duduk emo2 sebab tak balik2 kampung lagi
macam mana nak balik,,
adik aku kat matrik dan akak aku kat USM tu tak balik lagi

bapak aku bercadang nak balik hari rabu depan
setelah sampainya adik aku dari matrik
tapi,,
2 hari yang lalu,,
akak aku call mak aku
katanya dia ada meeting untuk perbentangan research dia hari rabu minggu depan
kalau sempat dia akan balik rabu petang tu
kalau tak,,dia balik khamis pagi
woooooo

emo sakan la kteorang
termasuk la aku
mak aku pun emo skali kauuu
Jumaat mungkin raya kan?
khamis baru dia nak balik umah?
maunya tak bengang kan...

aku cakap kat mak aku
"ma,cakap jela kat along tu biar dia balik kampung sendiri.kita tunggu dia kat kampung"
akak aku yang masih dicorong telepon pun sentap ar kan
akak aku siap cakap kat adik aku yang kat matrik tu bahawasanya mak aku marah kat dia sebab balik lambat..
hahahah

kesian gila akak aku
aku cakap kat dia
"ala,ko tak payah balik la..buat je macam konon2 ko belajar dekat oversea..tak dapat balik"
hahahah
jahat gila aku
bapak aku pun sokong dengan penyataan aku
bapak aku kata,
"kalau tak balik tak boleh ke?"
mak aku tolong jawab,"nangis la budak tu kalau tak balik."
"besar-besar pun nangis jugak ke?",tambah bapak aku
hahahha
kompem akak aku nagis aku cakap kau kalau dia tak balik raya tahun ni
mesti meleleh2 hingus,,,
siap mogok taknak jawab panggilan kteorang lagi..
kompem punya ah...

adik aku si debab tu hari-hari duk memberontak nak balik kampung
sekali dua aku boleh tahan lagi
ha kau,,jangan sampai aku naek tangan sudah
stakat ni dah ada bunyi2 keberangan aku
bila dia memberontak
aku mula la bersuara berang
"kalau ko nak balik sangat,pergi ah..pergi cepat!!balik jalan kaki!!sempat ar ko sampai kat kampung sebelum raya.."

bengang tol aku
padahal bukan ada apa pun kat kampung
dah la umah nenek aku tengah renovate..

p/s:bagi yang memandu pulang ke kampung halaman masing2,,sila berhati2..JANGAN emo2 dalam perjalanan..bawak2 bersabar kalau jem,,jangan duk pakat2 tunjuk penumbuk plak kat tengah jalan tu...

Sep 3, 2010

siapa lagi miskin?

hari tu,,adik-adik laki aku mengamuk2 kat mak aku
apa sebab nya?
sebab,,adik aku suruh mak aku belikan baju melayu untuk sepupu aku kat kampung
bukan mak aku tak nak beli
tapi...

pada awalnya mak aku memang setuju untuk belikan
bila sampai je kat kedai,,
mak aku kesuntukan masa
so,tak beli la baju melayu untuk sepupu aku seperti yang diharapkan oleh adik2 laki aku

yela,,mak aku pun terkocoh2 belikan baju adik2 laki aku ni ha
dah la dyorang tu 3orang
bapak aku bagi masa setengah jam je untuk mak aku beli barang2 adik2 aku tu
mana sempat oi
dah la tiga-tiga tu banyak kerenah
konklusinya,,mak aku tak beli baju untuk sepupu kami
itu adalah main pointnya

bila dah balik rumah,,
adik aku kata mak aku kedekut
sebab tak belikan baju untuk sepupu kami yang keluarganya tak berapa senang
mak aku pun bengang la kan
mak aku tanya kat adik aku yang debab
"siapa lagi miskin ni?kita ke dia?kita pun susah jugak."
adik aku pun mula adegan menjawab dia
"dia(family sepupu aku) la yang susah.dia duduk rumah kayu,kita duduk rumah batu..lagipun,,dia kena menoreh getah..susah..papa tu senang je..tadah tangan je,dapat duit"
hamboi adik akuuuuu
mak aku pun berkata,"ko ingat tadah2 tangan,tak payah bukak mulut ke?nak dapat gaji pun,papa kena mengajar bagai nak rak jugak"
bapak dan mak aku mampu gelak je..
hahahaha

then,,adik aku dengan beraninya tanya bapak aku
"pa,tahun ni tak bagi duit raya kat orang ke?"
bapak aku pun cakap
"takde,papa dah suruh kerani bagi terus pada baitulmal"
adik aku si debab ni pun tak puas hati lagi
"ala pa,kalau papa taknak bagi duit raya untuk orang laen pun,,bagi la duit raya untuk orang(dia la maksudnya)"
hahahahha
bijak gak kepala otak adik aku nih

p/s:budak2 zaman sekarang kan..aku dulu tak berani oi dengan bapak aku..apatah lagi nak kondem bapak aku depan2

Sep 2, 2010

tanda-tanda lailatulqadar

sebelum apa-apa,
aku nak tanya korang sikit
macam mana cuaca kat tempat korang sepanjang hari ni?

adakah mendung2 dari pagi?
kalau panas pun, tak panas terik kan?
kalau untuk dua2 soalan tu korang jawab ye
maknanya,betul lah kata2 mak aku

apa mak aku kata?
mak aku cakap,,
kalau malam tadi adalah lailatulqadar
sebab tu la,,siang hari untuk hari ini tak berapa panas

tu mak aku la yang cakap
tapi tak tahu la betul ke tak
kalau malam tadi adalah lailatulqadar,
siapa yang baca entru aku hari ni maknanya dah terlepas la lailatulqadar
kalau siapa dapat lailatulqadar semalam,
alahmdulillah la kan

tapi korang jangan jadi macam adik2 aku
duk sibuk tanya mak aku
"ma,ma dapat lailatulqadar ke semalam?"
eceh,,solan macam tak sekolah je
dia ingat dapat lailatulqadar tu macam emas turun seketul waktu tadah tangan ke ape?

mak aku dengan penuh kesabaran pun cakap la kat dyorang
walaupun aku dah ngamuk2 bila dyorang tanya siolan tah pape macam tu kan
mak aku kata
kalau dapat lailatulqadar tu,
katakan lah kita doa murah rezeki
kebetulan waktu kita berdoa tu adalah lailatulqadar
maka,,murah la rezeki kita

tapi adik aku tetap tak puas hati
sibuk duk tanya solan laen plak
"ma,papa dapat lailatulqadar tak?"
lantak ko la budak..
malas aku nak layan

p/s:ustazah aku kata suasana malam tu akan rasa laen kalau lailatulqadar nak turun..laen kali la aku cerita pasal cerita ustazah aku ni..panjang sangat dah ni aku berleter...SELAMAT BERBUKA SEMUA!!!

jom buat facial!!!

ha,,sminguu je lagi nak raya kauuu
boleh dah ni sta buat facial
"ko buat facial jau?OMAIGOD..OMAIGOD!!!"
hahahahha

ko percaya ke cakap aku?
g saloon pun baru pernah sekali seumur hidup
ada hati nak cerita pasal facial2 yerk

alah,,
aku wat facial kat umah aje
malas la aku pergi saloon
lambat bebenor prosesnya
pastu,,hasilnya takde la meletopss mana pun

meh sini aku ajar wat facial tradisional kat umah
pakai je semua bahan masakan mak kau
jimat duit ekau
tak payah nak bayar saloon beratus-ratus hinggit
ko simpan je duit tu buat belikan jam fossil untuk aku..
lagi bermakna
hakhakhak

1)rawatan rambut
-ko rembat je limau nipis mak ko kat dapur
-belah dan seterusnya perah untuk ambil air nya
-lepas tu tapis air perahan tu,takde la rambut ko penuh dengan sepah2(orang putih paggil sacs tak silap aku) limau tu
-pastu,,lumur la kat kepala kau.kompem wangi dan licin rambut ko disamping kelumumur dikepala ko akan menggelupur lalu blah meninggalkan kepala..

2)rawatan kaki
-ambil asam keping dan asam jawa bubuh dalam baldi yang berisi air
-pastu rendam la kaki ko
-buat tiap2 hari baru berseri kaki ko..
-jangan ko buat sehari,pastu salahkan aku bawak ajaran sesat
-ingat!kita buat apa2 mesti istiqamah dan konsisten,baru jadi

3)rawatan muka
a.pakai bedak sejuk
-malam2 sebelum tidur,pakai bedak sejuk ni..murah je kau..tak bankrup nya kau kalau beli bedak sejuk ni ha
-nanti bangun pagi muka kau rasa licinnn je

b)asam jawa
-ambil asam jawa dan bubuh air sedikit(air tu biar jadi pekat,,senang sikit nak tempek kat muka)
-pastu tempek la kat muka dalam 15minit
-kalau ko buat selalu,boleh hilang parut2 kat muka(maksud aku selalu kat sini bukan la bermaksud satu hari tu ko buat 20 ke 30 kali..kira nya,,konsisten mengikut hari la)


ok,stakat ni jela home facial dari aku
aku bagi banyak2 kang,,
ko malas plak nak baca

p/s:sila konsisten dan istiqamah..jangan tiru seperti aku.semua benda aku nak jadi dalam satu hari je..tapi itu semua hanya angan2..

Sep 1, 2010

impian diambang syawal

walaupun ini semua hanyalah impian
apa salahnya korang ikut serta menatap impian aku yang mungkin tinggal impian sahaja untuk selama-lamanya

walaupun tak dapat
kurang-kurang dapat tatap pun jadi
ye tak?

mula2 aku macam teringin nak beli jam fcuk lepas tengok kat majalah CLEO
tapi rakan2 membantah
kata mereka
eii,,betol ko nak beli jam tuh?
bunyi pun macam mencarut dah
ok fine...
ada nada kecewa disitu
*padahal kalu kawan tak cakap macam tu pun,,
memang kecewa pun
mana la den mampu nak beli jam beritus-ritus

tapi bila tengok jam2 fossil,
lagi aku kecewa dan hampa..
apesal?
ko tengok la sendiri
sila scroll down



tak tergugat ke iman ko tengok design dia
meleh air liur aku nengoknya
siap rambang mata lagi kau
hari2 aku google page fossil
cuci2 mata
bagi hilang sikit rasa kempunan yang terbuku dihati
kalaulah aku banyak harta
kalau lah...

lagi satu yamg menjadi idaman kalbu
=
=
=




woooo...
memang design nya kena dengan jiwa aku
ni memang aku rasa nak gila nengok nya
boleh meroyan aku kalau berterusan macam ni

tapi,,
tak pe la
tunggu la aku kerja esok2
kalau beli sekarang pun
kena curi kang,,
menangis sampai guling2 la aku
sandal yg 50hinggit pun orang curi,
apatah lagi wedges yang beritus ni
tak kuasa la aku nak pasang mangga kat wedges ni nanti
wat tak tenteram hidup aku je
*ayat sedapkan hati


psssttt:sekarang baru aku paham kenapa Datuk K belikan jam harga 250ribu untuk Siti..

p/s:kalau korang kempunan dengan barang impian korang,,print je gambarnya,,letak dalam purse..sob3

p/s/s:takde la aku kempunan sangat dengan benda2 di atas sebenarnya..sebab aku memang tahu aku kurang kemampuan..yang paling aku kecewa adalah,,aku tak dapat beli sandal crocodile yang baru..saiz aku dah habis!!!waaaaaaaaaaaaa