BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 31, 2010

merdekakah kita?

pada dasarnya memang kita dah merdeka 53 tahun satu hari
tapi yang merdeka itu mungkin hanya lah negara kita
bukan nya anak2 muda kita mahupun rakyat kita
eceh,,patriotik la plak aku kan

ye ar,,tadi aku terserempak dengan pejuang HARIMAU MALAYA
aku tak kenal pun,,mak aku la cakap
pak cik tu memang pemes
lagi2 musim kemerdekaan macam ni
asyik masuk suratkhabar je
pejuang kemerdekaan la katakan
kalau aku tahu beliau pejuang kemerdekaan,
memang aku jerit kuat2 kat pak cik tu "selamat hari merdeka"
biar bangga sket pakcik tu tengok ada anak muda patriotik cam aku
hahah..hipokrit tol

tapi aku patriotik la wei
tak caye?
scroll down..



tak jelas?
nampak tak ada nama aku kat bawah tu?

siap bernombor matrik lagi kau



sekarang jelas?
hahahah
*aku saja je bagi nampak nama rumate aku
kah3





first kad raya
gila lama tak dapat kad raya kan
korang dapat?
lagi best dapat kad raya ni dari mesej raya
baru rasa back to old days kan




penuh nolstalgia
thanxs miramizah =)




ko tengok gambar atas tuu
budak ni memang semangat
dari awal ramadhan lagi dah pasang lampu liplap liplap
ni kira patriotik ramadhan agaknya

ni bilik dak laki ni..
maap la kepada empunya bilik
termasuk dalam blog plak..hihihi


kami lah anak2 merdeka
kami menyambut merdeka dalam bas


hodoh nya aku!!
tapi takpe,,demi rakan2,,aku letak jugak gambar ni
nak bagi ada farah umairah dalam ni


p/s:konon bangga jadi anak merdeka tapi dengan besarnya hias kat blok dengan tulisan "WE LOVE MALAYSIA".jadi,,dimana patriotik nya kita?malukah kita untuk berbahasa kebangsaan?

Aug 26, 2010

entry menghumban


gambar yang pergi rumah madam aspalella hari tu tak habid upload lagi kat sini
al maklum laa..
internet lambat macam siput b*** minggu lepas
aku pun tak paham kenapa
cuaca lembab kot
terus mempengaruhi pergerakan internet..
kot la..
mana aku tahu the real facts nya
aku bukan kerja cek line internet
ngerti?

memang kat pesbuk aku dah uplod
tapi kalau gambar yang di uplod di blog ini,
bermakna gambar itu sangat...
err
sangat ape ak?
tah la
yang penting aku suka la gambat yang aku upload kat sini..





time ni baru pandai matikan flash kamera aku yang gedik ni
kenapa gedik?
sebab katanya autosmart
dia tukar mode kamera secara automatik
dia ingat dia smart la amik gambat aku beserta flash malam2 hari
jadi macam nyah je muka sorang2 dengan adanya flash
tahu tak?
smart la konon..huh!


buat macam umah sendiri ye rakan2



macam hotel sangat bilik ni..
pandai madam his
*ayat bodek dengan harapan dapat pergi umah madam lagi raya nanti



kereta kecik warna merah
tengok gambar ni,
pasti teringat BUSSINESS LAW ye rakan2



sampai je umah madam,
terus bergambar kauuu
tak boleh blah...
dapur pun jadi..



dasar gila bergambar!!!
lepas sembahyang pun dan-dan nak bergambar kan
hishhh
*jangan tiru aksi ini dirumah



we luv our madam!!!
*ayat bodek lagi



pasti cikgu disiplin kteorang bangga!!
ni lah hasil didikan guru disiplin yang garang2 seketika waktu dahulu
nak basuh pinggan pun beratur wa cakap luuu!



sampai berkilat pinggan madam aku kerjakan
nak berlakon punya pasal...



agak2 gambar ni boleh hantar kat salam perantau tak?



ni aku rasa boleh masuk kosmo ni
dengan headline nya berbunyi,,
ANAK2 TERBIAR!!!



kabur itu seni



erma munirah sangat berkenan dengan dapur madam



erma munirah kata dapur madam nampak macam
dapur2 kat dalam majalah
kelasss gituuuu

p/s:balajau rajin2..biau boleh beli apa yang ko tengok dalam majalah..err,,ni motivasi jugak ke?

suprise yang tak jadi


tepat pada pukul 2245 malam tadi
aku dapat meseg dari seorang insan berbunyi begini
"selamat sore..perhatian kpd sume..anda dijmpt untk memeriahkan dan memelacurkan diri di majlis IQTT'S PARTY AND PRANK. bertempat di squash hall..dresscode,WONDERLAND IN BLACK..yuran penyertaan 5 hengget saje kau! Sira disediakn..hehe"

tersentak jugak aku kan
dah la keluar nombor je..takde nama
tapi aku syak insan itu adalah Boy
skali Mai rupanya
perghhh,,ayat taknak kalah ye
nasib baik kita2 je..hahahahha

kepada bukan warga law yang baca entry ini,
sila jangan jump to conclusion dulu
sila baca entry hingga habis

party yang dimaksudkan sebenarnya
adalah majlis.....(sila scroll ke bawah

ya,,,
besday party for IQTIYANI BASHIR!!!
konon2 kami nak buat suprise
tapi tak jadi plak
yela,,kteorang duduk menyembang,
tiba2 si besday girl sampai
tergamam semua
speechless kau!!!



si besday gurll bersama si tuan blog

sepanjang majlis berlangsung


the venue-squash court

sesi memberi hadiah




sesi deklamasi sajak oleh Boy kepada Yani si besday girl



penuh semangat patriotik muka Boy nak deklamasi sajak


siap sedia menunggu acara potong kek

DISEBALIK TABIR


kena makeup dulu..baru gambar cantik..untuk flawless effect di wajah tanpa sebarang noda gituuuuuu....



tiup lagi..tiup lagi
terkentut kang.,..hahah



antara yang terawal sampai..
banga2..rasa cam mulia oi..



p/s:selamat hari pertambahan umur kepada iqtiyani..walau pun kami wish lambat,,sila jangan marah
2nd p/s kepada yani lagi:ni aku wat entry khas tuk ko..pastikan tahun depan sepupu ko balik dari Rusia bawak buah tangan untuk aku skali...tau yani tau...
p/s kepada yang lain2:jangan jeles sebab takde entry khas kat blog aku ini sempena hari jadi korang...nanti,ur turn plak...okay?

Aug 25, 2010

pesal batuk aku cam warga emas dah ni??????

dah berabad aku batuk ni..
bila nak sembuh ni wei..
takkan nak beraya dalam keadaan uzur
tak syok la kan

berapa gantang la dosa aku
ni agaknya balasan selalu mengumpat..
Allah balas dosa aku by installment agaknya nih
makan panadol actifast dah sepapan
ubat batuk cap woods pun dah nak habis sebotol
immune sungguh virus2 dalam badan aku ni
tak heran gamaknya dyorang dengan dadah2 yang aku amik ni...

sebab aku batuk cam nak gila sebelum solat tadi,,
rumate aku pun bagi la coklat kat aku
sogok aku la tu kot
suruh aku bawak banyak bersabar

bak kata si budakmaths
"sabar je la wei,,tu proses menghapuskan dosa2 ko"
yela2,,aku redha..

p/s:kenapa bila kita sakit,,kita sebok bagitahu semua orang seolah-olah Allah ini tidak adil terhadap kita..padahal bila kita sihat,taknak pulak bagitahu semua orang tentang nikmat sihat yang Allah beri pada kita..

cantiknya awak!!

semalamkan...
eh,,bukan semalam
semalam punya semalam,,
ada perempuan cantik
kat belakang saya
err,,
bukan la cantik luar biasa
tapi dia nampak cantik la
sebab dia sorang je pakai serba hitam waktu terawih
sedangkan orang lain semua berpakaian putih
dia kontra
so,,nampak dia jela cantik
minah arab..
memang la cantik

tapi,,malam bila tah,,
awal2 ramadhan dulu la
ada seorang perempuan ni
orang melayu
cantikkkk sangat
sekali pandang,rasa nak pandang lagi berkali-kali

sangat cantik lah muka dia
tak tipuuuu...
setiap kali aku pandang dia,
mesti kantoi
mesti dalam waktu aku tengok dia,,dia macam perasan je dengan keadaan aku skodeng dia
so,dia pandang aku jugak
aku pun wat muka tak bersalah pandang tempat lain.

ko cantik la wei
sebab tu aku pandang
aku bukan nak ngorat ko
nak lihat keindahan ciptaan Tuhan je
tapi apesal ko pun pandang aku?
hahahahha

p/s:kawan saya kata nak bagi daging lembu sedap,kena baca ayat Quran pada lembu tu sepanjang kita bela dia..kalau aku baca surah Yusuf,,lembu tu jadi hensem kang macam mana?

pentingnya ANDA kurus!!!

tengok tajuk aku
pentingnya anda kurus
bukan pentingnya untuk AKU kurus..

mengapa anda yang perlu kurus
dan bukannya aku?
meh sini cheq nak habaq pada semua

anda,
tolong la...
kalau anda saiz XXL,saya masih boleh terima
masalahnya saiz anda lebih
bukan saya memandang pada rupa paras

tapi anda tahu tak,,
saiz anda sangat menyusahkan saya?
anda berdiri disebelah saya
dan terus memenuhi ruang

saya ada test
saya perlu membaca
tapi anda berdiri sebelah saya
beg dan perut anda menhimpit saya
saya rasa nak menjerit je anda tahu tak?
saya ada masa selama 15minit
iaitu sepanjang perjalanan kita didalam bas untuk ke kelas
itu sahaja masa yang saya ada untuk last revision saya untuk test

kalau saya takde test,
anda nak berbadan sebesar mana pun saya tak kisah
masalahnya saiz anda sangat merimaskan saya ketika saya sedang sesak nafas nak menghadapi test...

aku bukan bongkak sebab aku tak sebesar kau
tapi aku sangat geram
ko boleh buat bodoh je himpit2 aku
sedangkan aku dah menjauhkan diri dari ko..
aku rasa macam nak penyek je duduk ditengah antara ko dan penumpang yang lain..
kalau ko mintak maaf dan cuba untuk tidak menghimpit aku,
pasti aku tak salahkan saiz ko...

p/s:tak kira anda saiz besar atau kecil,,tolong la jangan jadi orang yang annoying..padahal perkara ni bukan masalah besar pun...saja aku kecoh je...oleh itu,,orang yang tidak berkenaan sila jang nak tolong terasa bagi pihak orang lain..=)

Aug 22, 2010

bila kami stress


bila kami stress..
mula la kami langkah panjang

first scene
lokasi:alor star

berapa orangkah yang dikategori sebagai kami?


berempat?



berlima?nak tau,,sila cekidaud this entry sampai habis


ni jumlah sebenar kami..konon nak rahsia tapi,maklum la..mulut kepoh..
nak bagitahu jugak



sumpah Giant ni sungguh islamik..bangunan ak-bukhary la katakan


second scene
lokasi:rumah Madam Aspalella





madam masak nasi beriani..rempah2 dari Australia katanya

madam,,thanxs a lot..raya nanti kami nak pergi umah madam lagi



berbaju biru,bertudung belang:itulah madam business law kami






ni juga hobi kami bila stress..flash..flashh..



sungguh tak boleh blah kan..




madam suruh sembahyang kat bilik ni tapi kami jadikan bilik ni sebagai bilik fotografi




akhir kata:thanks to our driver:Nik Imana


p/s:gambar yang macam sengal,,sila la pergi usha di fb..tak larat nak uplod 2 3 kali

Aug 20, 2010

i miss u ollsss!!!

waaarghhhh!!!!
rindu nya kat korang
lama rasa tak jejak blog ini

setelah habis test yang macam disaster dan penuh kontroversi semalam,
hari ini aku terus malas nak buat apa2 pun
tengah hari buta tak mandi lagi
baju tak basuh2 lagi
asyik rasa nak tido je
konon2 qada balik tidur sebelum ini yang dikorbankan disebabkan stadi

eh,
stadi ke?
padahal hari sebelum test pun aku tidur je
hahahaha
tak paham aku dengan diri sendiri
pantang buka buku mesti mata nak pejam
ish3

tapi..kalau berfesbuk,,
segar je mata aku..
sangat pest ye pestbuk ini..

semalam kan,,test pukul 3.30 petang
tapi pukul 2 petang aku dah plan nak keluar lepas test
test habis pukul 4.45 petang
aku dan rakan2 pun terus menuju ke alor star pada pukul 5.50 petang
hahahahha
konon2 stress
perlu keluar tengok bandar dengan segera
last2 kena buka puasa dalam kereta
sob..sob..sob...

p/s:cerita takde motif..saja nak refreshing setelah tinggalkan blog ini sehingga berhabuk...

Aug 17, 2010

tangguh dulu

minta maaf pada semua
kerana tak dapat sambung kisah ramadhan dulu2 dalam masa terdekat ni
DAN
tidak akan ada post baru untuk seketika(ni azam saya)

kerana sungguh banyak test dan presentation yang akan menyusul
yang memerlukan lebih perhatian berbanding blog ini...

p/s:doakan saya berjaya dalam test dan presentation dan doakan juga sifat malas saya tidak bermaharaja lela dalam diri

sekian...

jasamu dikenang...

Aug 16, 2010

ramadhan dulu-dulu part 2

mari dekat..mari dekat..(macam iklan mayonis sheila rusly tu)
kita mahu sambung kisah budak2 skolah asrama be'ramadhan'

ramai orang kata duduk asrama tak best
siapa kata tak best?cakap..cakap
bagi aku lah kan
kehidupan di asrama la paling best
lagi2 MRSM
tak tahu la asrama lain best ke tak
tapi MRSM's life memang superb
lagi2 ada warga2 nya yang best
hahahaha

dulu kan
bila nak buka puasa,
kami(budak2 aras 1 blok C) akan duduk sama2
ni kira2 geng2 kepoh kaum hawa batch kami la
waktu ni takde lagi sistem wajib buka puasa sesama ahli aras(level) mahupun sesama ahli homeroom(siapa tak tahu homeroom ni ape sila tanya warga MRSM)

kami kan geng kepoh
mesti la kena duduk sama2
kalau duduk asing2,
sepi la hidup kami

walaupun kami junior ketika itu
tapi kami memang la suka buat benda bukan2
para senior pun tak terkata apa dah

apa yang kami buat?
kami kan memang best
benda yang kami buat pun mesti la best

kan dah duduk sama2 waktu berbuka kan
duduk dalam DS(dewan selera) maksud aku
bila siap berbuka,
kami akan tunggu semua geng kami habis makan dulu
siapa yang habis makan lambat tu,kami tunggu la(sambil gesa dia suruh cepat...hahaha)
then,
sorang akan kira 1 sampai 3
dan kami semua akan bangun serentak
capub tak?
sumpah capub gila!!!
ko tahu jela bunyi kerusi tu macam mana bila semua bangun serentak
pastu wat muka bangga jalan sambil angkat tray menuju ke singki sambil gelak macam setan
sumpah orang lain rasa annoying gila
hak3
papepun,kami rasa UNITE!!
tak rasa annoying pun..
hahahha

kalau nak cerita kisah di DS waktu berbuka
memang banyak la wei
esok aku cerita kisah suka duka di DS plak
siapa2 nak share kejadian yang tak boleh dilupakan di DS masing2 pun boleh jugak..

BERSAMBUNG....

p/s:penghuni BLOK C ARAS 1 TAHUN 2003-2005, rindu korang..sumpah life bersama korang dekat aras 1 tu paling manis..lagi manis bila tiap2 pagi ahad duduk sama2 dekat longkang depan bilik skodeng budak BLOK B sementara tunggu LDP datang check bilik..hahahaha

Aug 15, 2010

jangan nak pilih2 plak

sebelum kita proceed dengan cerita-cerita bulan puasa zaman2 dulu,,mari la kita lihat apakah kelebihan terawih

setiap hari kelebihan nya lain2 tau

so,cekidaud!!!

AMARAN!!!

korang jangan nak ngada2 pergi terawih ikut hari yang korang suka
paham tak?
tak paham eh?
maksud aku,contohnya lah kan
ko tengok kelebihan malam kelima macam grand dan best je
baru la ko nk pergi terawih
ko tengok hari keenam punya kelebihan tak berapa seswai dengan jiwa ko,ko pun tak nak la pergi terawih malam keenam
ini contoh je
memang semua malam Allah bagi kelebihan best2
cuma hati orang,mana kita tahu kan..

akhir kata
jangan ko pilih2 hari tu
sebab kita tak layak pun nak pilih
kalau kita boleh pilih hari untuk dapat fadhilat ape,,
hari pun boleh pilih nak kita ke tak
paham tak?
tak paham eh?
abaikan jela
malas nak explain

sila scroll down untuk lihat fadhilat2 nya~

Fadhilat dan Kelebihan Tarawih

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-

Malam

Kelebihannya

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3

Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20 Di beri pahala para syuhada dan salihen
21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25 Di hapuskan dari seksaan kubur.
26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.



Aug 14, 2010

ramadhan dulu-dulu

tengok,,aku dah tukar tajuk
cam kecik je skop nak bercerita kalo stakat terawih je
nampak sangat mulut kepoh..
sume benda nak cte kan..
sampai kena tukar tajuk sekali

sebelum kita mulakan cerita
i would like to suggest,
korang dengar la lagu melda ahmad tajuk putus
bessssssssssstttt..
tapi dengar la lepas bulan puasa ke
yela,,ramadhan2 ni kena kurangkan perkara yang lagho ye tak?
hahahaha


okay
berbalik kepada cerita zaman2 muda dulu
dulu la kan..
surau sekolah tu,rasa macam oven tau
lagi2 waktu sembahyang terawih
sebab penuh kan
dengan cikgu2,pengetua bagai(pengetua kami perempuan)
lagi2 siapa yang dapat port tengah
uuiiiiiiiiiiiii,,memang panas la ko weh
angin tak bergerak la katakan
sebab tu slalu berebut nak duduk tepi tingkap dan tepi pintu je semua
bukan takde kipas
tapi para kipas semua duduk dekat dengan tiang
tiang nya ada 2 batang je
student nya beratus
harapan la sangat nak merasa duduk dekat2 kipas kan
oleh itu,ramai la student suka ponteng terawih
alasannya panas
yela,kami solat dengan pakai baju kurung lengkap siap bertudung lagi
pastu,pakai telekung lagi..
memang tergugat la iman untuk tidak sembahyang terawih kan

ha,ini la kemuncak cerita nya
ramai gila budak2 ponteng terawih
makin banyak rakaat terawih,makin kurang student(macam hipotesis sains je ni)
so,,aku pun terdetik dan teringin la jugak untuk ponteng
nak tahu jugak bes ke ponteng terawih ni
budak2 ni pergi mana bila ponteng terawih kan

then,aku ikut la kawan2 yang malas terawih
katanya nak skip terawih malam tu
aku pun ikut la keluar dari surau bila semua orang start sembahyang

skali...
ko nak tahu g mana je untuk ponteng?
bapak tak grand nya kan
g duduk dalam toilet
eiii
sama je panas nya
so,aku sempat ponteng terawih 2 rakaat je
tak bes pun duk dalam jamban tu
kurang2 duduk dalam surau tu
walaupun panas,dapat jugak pahala kan..

lepas dari hati tu,
aku pun dah tak ponteng terawih
terus insaf ko...
hakhakhak

p/s:rugi tau kalau ponteng terawih..nak tahu sebab ape?TUNGGU episod seterusnya

psstttt:HEPI BELATED BESDAY LL!!!!

BERSAMBUNG...

Aug 13, 2010

terawih dulu,terawih sekarang

tajuk ini bukan la bermaksud cara sembahyang terawih dahulu dan kini berbeza
cuma aku nak ceritakan kisah sembahyang terawih zaman muda-muda dulu ketika di asrama penuh
dan kisah terawih kini di universiti

dulu
memberontak dengan warden terutamanya ustazah sebab paksa2 orang sembahyang terawih

kini
baru sedar,sebab paksaan ustazah dulu la saya pandai sembahyang terawih sekarang.saya rasa berterima kasih pada ustazah sebab paksa kami sembahyang terawih dulu..rindu saat2 itu

dulu
selalu je mengomel dalam hati waktu sembahyang terawih apesal tok imam baca surah

panjang2.

mentang2 la dia duduk bawah kipas,baca surah taknak habis satu juzuk pulak kan

untuk setiap rakaat.

ketar kepala lutut nak boleh siap 2rakaat sembahyang..

kita yang kat belakang ni,,
macam dah banjir..menitik2 peluh..baju tu boleh perah tau bila lepas

sembahyang..
jahat kan aku.
kadang2 aku sampai pikir,,nak tutup je kipas tok imam tu..

biar dia

rasa ape yang kami rasa..baru dia tahu nak baca surah pendek2..

aku rasa aku tak dapat pahala

mana pun sembahyang terawih dulu..
yela,asik mengomel dalam hati je..

oleh itu,aku rasa ada

baik nya tok imam baca surah yang tak panjang mana.
baru la boleh menarik perhatian warga

muda untuk lebih excited ke masjid bagi menunaikan solat terawih iaitu satu2 nya solat sunat

yang exclusive sepanjang tahun..solat sunat yang tiada dalam bulan2 lain

kini
mengomel jugak kalau tok imam baca surah panjang..hahahha..cuma kini aku selalu cari port bawah kipas supaya hati tidak mengomel dan solat tidak menjadi sia2(mudahan-mudahan kan)


BERSAMBUNG....


p/s:nantikan kisah budak2 nakal terawih ketika zaman asrama ini bersambung di episod seterusnya =)

Aug 12, 2010

maaf,aku bukan span

seriously,
aku bukan spesies span(sponge dalam bahasa inggerisnya)
oleh itu,sifat aku juga tidak seperti span
span kan boleh kembali ke bentuk asal selepas di penyek
tapi bukan hati aku
sekali penyek,,
memang akan penyek forever



hati aku sekeras batu
sekali lekuk,
pasti akan lekuk selama nya
mustahil batu yang lekuk akan bulat atau bujur seperti asal
begitu lah aku


jadi,
i can forgive
but never forget ever...

sekali saya benci
bermakna
saya benci selamanya..

bak kata pepatah,
pinggan kaca yang retak pun nampak kesannya
apatah lagi pinggan yang pecah berderai
pasti susah untuk dicantum kan?
sebab tu kedai jual barang kaca selalu letak label
"once broken,consider sold"
sebab barang yang pecah takkan cantik seperti asal walau dilekat guna gam gajah sekali pun


psstttt:saya tahu saya kejam...saya tahu saya pendendam

Aug 11, 2010

meriah oiiii

macam mana first terawih anda semua tadi?
kat sini,
di bumi kachi ini
sangat meriah u ollss!!!
penuh masjid taw

aku sampai kena sembahyang kat luar
nampak sangat pergi lambat kan
HAHAHA

esok kena pergi awal la
nak duduk dekat2 kipas sket...

awal2 ni je aku rasa masjid penuh
budak2 masih excited lagi
tengok la bila dah banyak hari puasa
bape kerat je yang pergi terawih
busy kejar duniawi la katakan...
meeting sana..meeting sini
nak buat kuih raya la
nak buat baju raya la..
ish3..

p/s:siapa tak puasa penuh tak boleh raya..hahahhaha(macam la aku puasa penuh kan)

Aug 9, 2010

untuk GOSSIPERS sahaja

hahahaha..

mana ada pape..
nampak tajuk gempak je ko tros bukak ye

very the gossipers youuuu..
hahhaha

jenis suami yg patut anda jadi atau anda cari

cerita yang dikongsi di fesbuk
sila baca sampai habis...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaa
n dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

p/s:jangan buang anak!!!

Aug 8, 2010

welcome RAMADHAN!!!

cam sadis je
dah nak puasa tapi kurma pun tade
sob..sob..sob

lagi tragis bila gula untuk buat air pun takde walau sebutir
ape ke hulu entah bumi sintok ni sampai semua kedai tak jual gula
ko tahu jela aku tak minum air tanpa gula
apa maknanya air berwarna tanpa gula?

rasa macam nak suruh mak aku pos gula je


pssssttt: semoga dugaan2 ini tidak menyuramkan suasana ramadhan ini

p/s:kalau baju raya u ollss lagi banyak dari bilangan hari yang anda puasa,,sila la malu untuk beraya..harap maklum!!!

Aug 7, 2010

menDONAT

esok ada test tapi aku sibuk mendonat

hah?????!!!

MENDONAT?

ape tu???

makan donat la..

tak remaja la u ollss bila word macam tu pun kena bagitahu maksudnya..

bukan aku pandai atau berlagak pandai
bila tak stadi walaupun ada test
tapi aku merajuk dengan madam lecturer
kecik hati I taw
katanya test minggu lepas
tapi kami diperolok taw
takde pun test minggu lepas
dan test tu kalau takde terus takpe
masalahnya nak postpone2 buat esok

oleh itu,aku amik keputusan mendonat sahaja
bukan sebijik tapi 3bijik aku bantai

maka,tidak hairanlah semua orang tegur tentang badan aku yang semakin menaik

tak perlu hairan
tak perlu buat research..
mengapa jauhariatul amira semakin mengembang kebelakangan ini..


pssttttt:aku makin jahat kan sem ni..

muka ko garang

garang sangat ke muka aku?

aku ingat waktu zaman skolah je orang kata muka aku garang

tapi semalam

ada budak cakap muka aku garang

aiyoooo

p/s:ko takut ke ngan aku?

Aug 5, 2010

gasak vs jakun

siapa tak tahu maksud word ni?

hahahahha

ada ke orang tak tahu?

mesti korang akan cakap

bapak jakunnya orang yang tak tahu word ni

tapi jangan terkejut,,

memang ada orang tak tahu wei apa maksud 2 words ni

kakakaka

walaupun umur dia 22 tahun

sipakah yang jakun itu????????

syyyhhhhh

rahsia!!!!

aku harap si jakun itu tidak baca blog ini

kakakaka


p/s:ko remove aku dari fb ko,,aku remove ko dari jadi follower blog aku..fair and square kan?aku tak pernah harap pun ko follow blog aku..malah aku terkejut ko follower aku sebenarnya walaupun entry aku banyak di khas kan untuk mengutuk ko..huah3

akaun oh akaun

mula2 kami buat general journal
kira punya kira
skali balance ko kiraan kteorang
rasa cam bangga r dapat balance kan akaun waktu first trial
skali bila trial balance,,amik ko,,akaun kteorang tak balance pun

sungguh mengecewakan tahu!!!
habis semua kawan2 yang belajar akaun kteorang call
aku punya kecewa sampai tertido2
bengang la aku bila tak dapat jawab
konon merajuk ar
emo aku sehari sebab akaun

kalau aku tahu lepas SPM aku nak amik law
memang awal2 aku amik akaun waktu sekolah
tak payah la aku gedik2 amik biologi yang tak berapa menyumbang dalam karier law ni..

orang kata akaun mudah
aku tak tahu part mana yang mudahnya
waaaaa!!!!

p/s:ape tah relevan dak law kena belajar akaun..supaya para lawyer cepat kaya sebab tak payah upah akauntan untuk firm masing2?ke supaya cik loyar tak di tipu oleh cik akauntan?

Aug 2, 2010

DSLR obsessionssssssss


dulu student kita ramai gila beli handphone canggih
sampai kita selalu dengar berita bahawa Kementerian Pengajian Tinggi pesan kepada pelajar IPT untuk guna wang PTPTN untuk belajar
bukan beli fon

tapi sekarang kementerian kena bimbang pasal DSLR plak
sebab wang PTPTN student guna untuk beli DSLR plak

yela,,zaman dah berubah kan
fon kini keperluan
jadi,budak2 dari zaman sekolah lagi parents dah provide fon canggih
tak payah tunggu masuk universiti
jadi,,mereka takde la teruja sangat bila nampak fon canggih

new issue nowadays is DSLR
mengapakah DSLR jadi pilihan?

-mungkin sebab DSRL kini berharga mampu milik..
yela,sebijik DSLR harga dia lebih kurang sebijik laptop je
tapi dia punya lense,,,,bapak mahal
kadang harga satu lense tu kita boleh beli 3 4 biji DSLR lagi

-ke ko rasa ko hot dan menawan bila bawak DSLR ke hulu ke hilir?


-ke ko rasa DSLR buat gambar muka ko cantik tanpa perlu edit beria-ria?


-ataupun ko rasa ko kaya bila pakai DSLR kat leher?


tu bergantung pada niat masing2 la kan
mana kita tahu niat orang
tapi memang ada satu golongan ni suka DSLR sebab kehebatan DSLR itu sendiri
bukan sebab nak menunjuk-nunjuk

sebab DSLR,
sahabat bermusuhan

sebab DSLR,
anak maki2 mak sebab tak bagi duit

sebab DSLR,

hidup student dibelenggu hutang

ohhh DSLR,
ko hanya mampu menjadi anganku saja

p/s:ukur baju dibadan sendiri..

Aug 1, 2010

we also human,,don't expect more

bapak ku pulang dari kota
bapakku ke belikan kereta..
ceh,,itu lagu je
memang bapakku ke kota
tapi bukan untuk beli kereta
ada kursus seminggu katanya
beliau yang kononnya berada di kota..
call la si anak ini
tapi anak nya tidur mati
walaupun siang hari
beliau ingat si anak sakit padahal
anaknya tidur kepenatan oleh sebab event law
iaitu....(skrol ke bawah)




ha,,itu nama even tnya
start dari pagi sampai la ke malam
event pagi:
1)futsal
2)sukaneka
3) tarik tali

apa acara yang aku masuk sampai tidur mati bila habis acara?
hahahha
sukaneka je pun...


ini skuad sukaneka

aku dapat part yang cari belon dalam tepung
eii yew,,geli gila tepung lekat2 kat gigi
siap masuk dalam hidung dan mata lagi
bapak disaster
gambar muka disaster disalut tepung ada pada senior
tak boleh tayang pada anda
walaubagaimanapun,,
kami dapat nombor 2!!!!!
phewitttt..phewitttt
tak caya?
tengok gambar kat bawah ni
=
=
=




ni hadiah kami(tapi lagi jeles dengan budak tarik tali..dyorang dapat no 1)



event malam
batch kami buat persembahan pentomin dan fashion show
aku takde ar gambar batch kami buat pentomin sebab aku kat belakang pentas
tapi..
aku ada gambar feshion show
tengok la..
berbakat tak budak law?
siapa kata budak law hanya tahu jadi ulat buku je
kami juga ada life seperti anda
semua baju2 tu dijahit oleh budak batch kami-Alfie@Rosdy Rahman


fabulous vs crap



designer:lelaki hujung sebelah kanan anda


siap dapat award lagi..baju ni fully made with suratkhabar lama




the awesome team LLB HONS PART 3


cantik tak baju yang aku jahit?
yang silver tu je aku jahit
tu pun jahit jelujur je..hahahah






tarian rambut




drama apakah ini?


siapa perlukan pelakon,sila contact kami



skuad pentomin

p/s:untuk lebih gambar,,sila la usha di facebook =)

hahahha..promote plak ye..papepun,,this event memang best gila walaupun dicacatkan sikit oleh pihak HEP