BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jul 29, 2010

bila lecturer meeting

u ollsss..ni post I yang ke seratus satu
awww...

kelas pukul 2 hingga 3.30
tapi lecturer masuk sekejap je
tu pun untuk bagi ASIGNMENT!!!
berbakul asgment I taw u ollsss
tapi tak buat2 jugak
dasar takde kesedaran diri memang camni

perasan tak
aku cam dah lama kan tak uplod gambar kan
bosan dah blog ni
hilang seri tanpa warna-warni gambar

nanti bila aku banyak masa lapang dan line internet pun laju..
akan ku gigihkan diri untuk meng'upload' gambar

eh,,dah nak 3.30
chow dulu ye
mau pergi next class!!!

p/s:konon nak cari case untuk buat review..tapi endingnya,,berfacebook dan berblog..inilah namanya student..dah la pagi tadi dah kena bebel dengan lecturer...tapi biasalah..kita kan student..MASUK TELINGA KANAN,,KELUAR TELINGA KIRI!!!!! ^_____^

Jul 28, 2010

belanja la aku..

conversation bersama rumate

aku:tien,belanja la aku

rumate:(tak sempat berkata-kata lagi)

aku:belanja la aku pakai braces

rumate:(terkejut beruk sampai tak berkata2 selama beberapa saat)..amboiii..belanja
braces?..over ko ye..aku ingat ko nk suruh belanja makan ke ape


aku:alah,,aku tau,,ko mesti pikir aku mintak ko belanja benda2 remeh temeh camtu..kalau stakat makanan,,aku pun mampu beli sendiri..braces aku tak mampu..ko belanja la aku......hahahhaha


conversation bersama nana melalui facebook chat

aku:na,belanja aku pakai braces

nana:oi,,kalau aku aku yayasan Nik Imana boleh la aku belanja2 mu



conversation bersama nana dalam bilik air

aku:na,takde ke orang nak bagi duit kat aku..duit jatuh dari langit pun takpe..nak pakai braces la

nana:tak payah la jau..mu tunggu tua je..pakai gigi palsu

aku:hahahhaha..bengom

p/s:kalau dapat high heels atau wedges pun ok..dapat la hilangkan duka lara kekecewaan tak dapat pakai braces..kalau lah duit tu boleh kait dari atas pokok kan...KALAU!!!

Jul 27, 2010

kelebihan bulan Syaaban

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban

-diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.

-Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga.

-Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban

-dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur

-dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban

-dimasukkan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan.

Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka

-di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya,

antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang menyekutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud:

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujud.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat

AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.

(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa,

Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)

Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).

Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

P E R H A T I A N

BERAMALLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.


WASSALAM.

ihsan: http://www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01313.html



semester 3

semester yg sangat best

tak perlu sangat rushing untuk ke kelas

rilexxx je pagi-pagi

boleh sedut2 udara segar lagi sebelum pergi kelas

tak macam sem lepas,,nak berjalan pun rasa tak cukup kaki

terkejar kesana-ke mari

sampai kurus i taw..

hahahhah

p/s:cepat la bulan puasa..selera makan aku sangat melampau sekarang..saiz badan pun dah semakin "dewasa" dan "kiuutttt"...awwwww

Jul 26, 2010

7 AYAT CINTA

ha kau..aku siap capslock lagi tajuknya
baru nampak semangat
ye tak?
baik ko cakap ya!!!

okay,,
bagi sesiapa yang masih belum berpunya atau single,,
boleh la korang salin ataupun print ayat2 cinta ini
kalau nak nampak lebih mulia,,
print dan edarkan untuk rakan serumah atau sebilak malah rakan satu fakulti pun boleh

eh,,
yang tak single tu apesal lari??????
meh sini duduk dekat2
ayat cinta ni untuk insan yang sudah berpunya pun sesuai jugah
eh,,bukan sesuai jugak tapi SANGAT sesuai okayyyy

berdebar u olls
cepat la berdebar..

baiklah,
ayat2 cinta tersebut ialah

1)Bismillahirrahmanirrahim
-Bacalah setiap kali hendak melakukan sesuatu

2)Alhamdulillah
-Bacalah setiap kali habis melakukan sesuatu

3)Astagfirullah hal azim
-Bacalah jika tersilap mengatakan yang buruk

4)InsyaAllah
-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5)Lahaulawala kuwwata illa billah .....(sambung sampai habis..aku tak reti nak eja)
-sebut kalimah ini apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat
-sebut kalimah inijuga apabila melihat sesuatu yang buruk

7)Innalillahhi wainna ilaihi rajiuunnnn
-apabila menghadapi musibah
-apabila melihat kematian

dahhh..cukup dah tujuhhh
ha,,nampak sangat korang tak concern tau
nombor enam takde
perasan tak?
saja je nak test kepekaan korang

6)LAILAHAILLALLAH MUHAMADARRASULULLAH
-bacalah sepanjang siang dan malam

setiap huruf yang korang taip untuk SMS,,korang baca la kalimah2 cinta ni skali
mesti banyak pahala korang
hihihi

p/s:maaf kalau ejaan nya tidak tepat..maklum la,,bahasa arab dirumikan,,begitulah rupanya..

Jul 24, 2010

takziah

takziah kepada keluarga cikgu Ee Teck Ong(i don't know his muslim name)

dan juga kepada keluarga rakan saya
ISHAK BIN OMAR
yang kehilangan ibunda tersayang

AL -FATIHAH...

Jul 23, 2010

hobi para gadis

bagi sesiapa yang pernah atau biasa berbaju kurung,,
pasti pernah melakukan aktiviti ini
tidak kurang juga yang menjadikan aktiviti ini sebagai hobi
adakah anda,gadis2 sekalian, pernah berbaju kurung tanpa kainnya?
atau
adakah anda SUKA berbaju kurung tanpa kain?

sesiapa yang tak pernah melakukan aktiviti ini
iaitu pakai baju kurung sahaja tanpa kain
memang beliaulah insan yang paling rugi kerana tak pernah cuba untuk menikmati the other side of baju kurung

best wei pakai baju kurung sahaja tanpa kainnya
rasa lebih energetik
dan sangat selesa
lebih-lebih lagi untuk bergedik santai bersama rakan2 perempuan

fesyen baju kurung tidak lengkap ini hanya boleh dipraktikkan di tempat tiada lelaki ajnabi sahaja
jangan korang buat gilak pakai baju sahaja tanpa kain untuk keluar beraktiviti bersama kaum adam
nanti di cop perempuan tak siuman
tahu?
justeru,(perlu ke penanda wacana ni?)anda haruslah memperagakan fesyen pakai baju kurung tanpa kain ini bersama teman2 rapat(gadis)sahaja agar tidak menjatuhkan imej baju kurung sebagai baju kebangsaan dan tidak ketinggalan maruah korang jugak.

standard r bila si gadis2 balik je ke bilik
mesti tanggal kan kain je (kalau pakai baju kurung la)
pastu,berjalan ke hulu ke hilir dengan riangnya

aku berani gerenti semua budak perempuan yang duduk asrama pernah pakai fesyen ini
siap buat tido lagi
sampai renyuk berjuta baju tu,,baru la tanggal

tapi kan
korang perasan tak
kalau warga emak2 kan
mesti suka pakai kain baju kurung yang diangkat sampai paras dada
lagi-lagi lepas balik dari majlis kenduri
perasan tak?

konklusinya,,
para gadis suka pakai baju sahaja
para ibu which is not gadis anymore suka pakai kain baju kurung sahaja

jadi,,kalau anda rasa anda gadis,
jangan pakai kain baju kurung diangkat sampai paras dada
kita sebagai warga belia yang muda lagi cun ini,
harus berbaju kurung tanpa kain di waktu santai

Jangan tersilap fesyen ye wahai gadis!
INGAT!!!!

Kain sahaja=untuk warga kurang muda
baju sahaja=untuk warga muda remaja

p/s:aku konfiden fesyen pakai baju kurung tanpa kain ni sangat popular.kalau tak,takkan para penghuni Kolej Mawar UITM S.Alam selalu kena sound dengan Tuan Pengetua kolej SETIAP kali perjumpaan bersama beliau mengenai isu students suka sangat pakai baju kurung saja tanpa kain dan jalan berlegar-legar dekat dengan pejabat.

Jul 22, 2010

hanyalah kekecewaan

tiada apa lagi untuk di ungkap melainkan
FRUSTRATION!!!!!!

den kecewa ko tahu bila kuiz kansel
beria the lecturer bagitahu ada kuiz hari ini

tiba2 beliau tidak hadir

sob...sob..sob

kuciwaaaa..waaaaaaaaaaaa

Jul 19, 2010

dia seorang kawan

semua orang di dunia ini ada kawan
saya pun ada kawan(ayat standard waktu buat karangan sekolah rendah dulu)
nama kawan saya FAIN(pronounce as pa-en)

dia
-baik giler(tapi selalu jahat giler berbanding aku)

-cantik(ni orang kata)

-pandai addmaths(dan juga pandai segala benda yang melibatkan kira-kira)

-tak suka sejarah(sebab tu ko selalu tiru homework aku kan?tapi SPM sejarah dia A,dia tak tiru aku pun waktu exam)

-tinggi(sebab tu selalu wat lawak sarcastic yang bebunyi "weh,,aku dapat tengok atas kepala ko,mesti ko tak dapat tengok atas kepala aku kan")

-cerah(ye,,dia cerah walaupun dia selalu kata diri dia tak cerah dan selalu pergi buat facial)

banyak lagi la pasal si Fain ni
yang lain-lain,,korang kena berkawan dengan dia sendiri,,baru la tahu

aku bangun pagi ni
tiba-tiba teringat kat minah ni
"mok,,rindu ar kat ko"--->(ni monolog dalaman)
ye,,kalau korang tengok di wall fb aku,
kami saling merindui
tapi tak tahu la ape ke bangang kami ini,
sangat malas mahu menaip mesej mahupun menggunakan fon untuk berhubung
ohhh
lupa nak cakap
fain ini perempuan
hahahhaha

kepada rakan-rakan yang lain
harap anda semua jangan jeles dengan entry khas buat fain ini
di harap anda bersabar untuk giliran anda

si fain ini sudah lama booking untuk masuk my blog ni ha
baru sekarang aku berkesempatan tulis perihal beliau
walaupun sebelum ni ada jugak penceritaan mengenai beliau
tapi beliau tidak berpuas hati kerana tiada cerita berbentuk pujian untuk beliau
kakakaka

p/s:pagi-pagi buta ni aku tak de ayat la nak mengarang..harap maap
p/s buat fain;suruh encik doktor ko carikan encik doktor rusia untuk aku jugak,,sekian

Jul 18, 2010

badut

aku sangat tak paham bila ada perempuan sangat obses dengan laki
sanggup pergi confess feeling dia sebelum laki tu
aku tahu ni zaman moden
masalahanya...
kalau dua2 suka takpe
tapi sekarang ni,,, ko yang kaum hawa je hegeh2 kat laki tu
terang-terangan laki tu kata TAK NAK!!!

mental illness kah ko?
aku harap ko sedar ko ni sekarang jadi isu hangat yang sering menjadi bualan semua orang

aku bukan jeles dengan ko tapi aku sedih bagi pihak ko
ko dah menjatuhkan maruah ko sendiri

tapi ikut suka ko lah
aku bukan peduli pun pasal hidup ko
dan untuk pengetahuan ko,,
semua status kat fb aku adalah ditujukan pada ko
tak tahu ko ni ada kesedaran diri ke tak

aku harap ko akan jadi diri ko yang dulu
aku sangat annoying dengan diri ko yang baru
paham tak ANNOYING???????

P/S:i'm sick with all matters about u..uwekkkkkkk

Jul 17, 2010

sangat rinduuuu

ha,,amik ko
ape masalah mental aku
hari ini sampai 3 entry aku publish
skg dh 9.38 a.m
aku ada ko-k pukul 10.30
sekarang tak mandi lagi

dah la kena g ko-k sorang
nanti aku mesti terkedek-kedek dan kemengah-mengahan nak kejar bas
tapi..aku nak tulis jugka

aku rasa sangat rindu
tapi tak tahu rindu pada siapa
pada anda semua mungkin

DAN...
saya sangat rindu saat2 rakan2 call saya

p/s:korang tak paham2 lagi ke kiasan aku?this post bermakna SILA CALL SAYA!!!!

take a note

tengok!!!
syarikat telekomunikasi sendiri yang bagi peringatan ni
i sangat kagum


ini surau dekat R&R dekat penang
ape motif gambar ni?
surau ni sangat cantik plus comel
kawan aku ni mamai2 baru bangun tido
so,,dia tak mengikut arahan
aku suruh fokus pada surau,,
dia fokus pada kami berdua yang juga baru bangun tido ini..
patut u olls boleh nampak kecomelan surau ini
ala2 chalet
ala2 rumah kampung yang kiut juga
tapi yang jelas di situ hanya kecomelan kami
saya sangat kecewa sebab tak dapat share kecomelan surau ni...

p/s:untuk cerita saya di cameron,,u olls boleh usya entry yang KETIGA dari entry ini yang bertajuk "they are awesome".Baru je publish pagi tadi entry tersebut setelah aku pekasam kan ia dalam draft..

Jul 16, 2010

tempat feveret kami untuk joging



inilah tempat kegemaran kami
ko tengok..
dengan penuh semangat kami nak berjoging
siap berbaju kebangsaan lagi

dah la nak pergi tesco tersebut kami terpaksa meredah kesesakan lalu lintas
dah la sesat sampai terpaksa lalu pasar malam yang panjang

dengan bau makanan yang sangat mengancam selera,,sesungguhnya perjalanan ke tesco menggugat keimanan aku yang sedang berpuasa
jalan yang jem menambahkan lagi kebengkakan hati ini...

perghhh..
dugaan betol dalam melaksanakan hasrat murni kami untuk tampil lebih kurus ini




terbalik pun terbalik la...



macam wanita bekerjaya pergi membeli barangan dapur lepas waktu kerja kan..

sebelum pulang,,
sempat singgah di kedai kasut
ini sepatu yang aku beli
korang jangan beli dah
tak aci tiru taw..

sepatu ini dibeli atas sebab untuk gantikan sandal yg telah di curi
walaupun di curi dua,,
aku hanya mampu ganti satu je

ada siapa2 nak gantikan sepatu aku yang dicuri yg lagi satu tak?
tolong la..tolong la..
gantikan balik heels saya
sob3...


pandangan sisi..ada 3 kaler sebenarnya(mati la aku kalau nak beli semua kaler kan)



wajahnya dari depan

p/s:tak tahu nak pakai bila entah sepatu ini..aku rasa design dia cantik,,tros teringin nak beli..
p/s/s:ada wedges yang cun aku jumpa kat parkson kota bharu...tapi tak beli pun hari tu sebab bawak duit tidak mencukupi..so,,aku mampu captured gambar that wedges jela...nanti aku uplod rupa paras wedges yang aku berkenan tu..tapi korang jangan sibuk2 nak beli jugak...hihihihi

Jul 15, 2010

mereka lebih advance

aku telah sedaya upaya untuk siapkan entry pasal cameron
tapi tak siap2 lagi
hai ini disebabkan oleh line tenet yang lembab untuk uplod gambar
harap anda mengerti

ok2
ini cerita pasal adik2 aku
sedang aku mengarang entry blog ini,,
aku pun menyembang la dengan akak aku(along) kat ym

along kata,,adik2 laki aku semua dah ada account fb
haikal-darjah 4
aiman-darjah 5
Jo-form 1

haish budak2 ni
dah pandai ber fb ye

waktu aku dan along cuti sem hari tu lagi haikal tu duk bising2 suruh buatkan fb untuk dia
tapi kitaorang tak layan pun

haikal:Along,,buat la fb
along:fb untuk siapa?
haikal:untuk adik la(adik=haikal)
along:mu kecik lagi..mana boleh buat fb
haikal:ala,,muhammad tu dah ada fb(muhammad=anak jiran yang berumur 3 atau 4 tahun)
along:tak boleh la..mu tak cukup umur
haikal:umur kan boleh tipu..buat la umur tua sikit

haaa,,,amik ko
fb ni dah jadi fenomena
semua orang dah ada fb tau
kalau yang tak de fb tu pun,,brapa kerat je
so,,semua jangan terjeut kanan2 ada account fb
even mereka baru berumur sebulan atau dua bulan...

p/s:kat rumah aku tu,,mak aku je yang belum ada account fb
aku+7 beradik yang lain+our papa..semua ada account fb
kaya la kau wahai pemilik fb!!!

they are awesome!!!!!

macam korang semua tahu
aku pegi cameron highlands last week

pergi menggedik kat sana

ye..memang jakun

first time aku pergi walaupun tempat yg indah itu(cameron la maksud aku) di tanah air sendiri

lagi banyak kali aku pergi thailand

ni la orang kita

selalu mengutamakan negara orang

walaupun byk tempat menarik di negara sendiri

ecehhh..ini karangan kawasam pelancongan menarik di negara saya ke hape


aku pergi sana mewakili kelab fasi bank rakyat untuk UUm ke SK Tanah Rata

suka diingatkan bahawa

berpoya2 di tanah cameron adalah aktiviti utama

manakala menjadi fasi kepada adik2 Sk Tanah Rata adalah aktiviti sampingan

sungguh hampes

sememangnya niat kami untuk mengadakan program motivasi "menuju impian adikku sayang" bertujuan untuk melancong dengan percuma

wakakaka


kami sampai di bumi cameron seawal 5pagi

kami rasa aircond dalam bas dah cukup sejuk sampai mencucuk ke tulang hitam

tapi bila kami keluar dari bas

YA ALLAHHHHHH

sejuk gila!!!!!!!!!!

walaupun aku pakai t-shirt bersama cardigan

tapi tetapi menggigil-gigil

maklum laaa,,aku pakai selipar jepun

mau nya tak sejuk kan


bila masuk waktu subuh,,

kami pergi la basuh muka,gosok gigi,solat dan sebagainya

niat dihati mau mandi

yela,kami bertolak dari UUM pukul 9malam lagi

konon2 nak mandi pagi la kan

tapiiiii

bila aku buka air,,

bapak sejuknya

nak gosok gigi dan basuh muka pun macam tak rela

rasa nak gugur gigi bila berkumur...

kejang muka aku bila cuci

rasa macam air dalam peti...

sejukkkkkkkkkkk


sebelum kami pergi ke Sk Tanah Rata,,

kami pergi jalan2 dulu

kemanakah kami pergi

jom..jom..

cekidaud


strawberry farm
cactus valley
ladang teh

Kea Farm


itu empat2 utama yang kami lawati je
padahal banyak lagi
untuk lebih gambar(for more pictures)
sila la usya di my facebook
I dah uplod semua dekat sana

ok,,mari kita bercerita tentang aktiviti sampingan itu
adik2 SK Bukit Rata!!!
kanak2 tersebut telah dibahagikan by group
each group got 10 pupils
I partner with Maswari
Maswari jadi fasi
I jadi co-fasi



ini dia rupa akak fasi yang kesejukan


then,,ini adik2 group saya
sila usya
mereka sungguh comel
i buat hipotesis mengatakan cameron adalah tempat yang sangat sesuai untuk membesarkan anak dengan comelnya
like I told you before
kat sini memang sejuk
dan
lemak-lemak memang takkan pecah sebab
tak berpeluh langsung ye rakan2
walaupun di siang hari ko berlari2
cuaca nya memang awesome
I siap dapat peluang untuk keluar asap dari mulut
I mean asap sejuk bukan asap rokok

ok,,cuaca yang awesome itu menghasilkan adik2 yang berwajah dan berbadan awesome
sila lah tengok adik2 yang awesome tersebut


me.aniq.hafiq(aku selalu tertukar aniq & hafiq).suhan.ismet.aidil.si comel ashraf
najwa.fathin nursyafifa yang kiut.fatin.azureen yang sangat pendiam



excited ye korang bila aku snap gambar


the kids presenting their works

ini aktiviti mumiakan your friend

now,,kita tengok kreativiti adik2 kita ni
bakat2 melukis mereka yang terpendam
gambar ini hanya terdapat disini
sangat exclusive!!!


rumah impian fatin



ismet nak jadi angkasawan ke ape tah..




impian azureen yang macam2





suhan nak jadi pemain bola sepak sepanyol(tak patriotik ar budak nih)





najwa mau jadi pereka fesyen







fathin nursyafifa nak jadi pemain badminton negara





hafiq nak beli kereta terbang


aniq nak robot
gambar yang bawah tu katanya tulang dinosour

ini roket yang ashraf nak
ashraf yang kiut plus kecik yg aku suka tuuuu...



i loikee this lukisan
ini Aidil punya






mereka sedang melukis dengan tekun





cehhh..menunjuk ar korang nih...hehehehe

ha,,siap pun entry ni
dah bape hari aku pulun nak siapkan

p/s:duduk cameron 3hari tapi mandi 2kali je..so,,aku paham kenapa orang duduk luar negara jarang2 mandi..hak3

sebelum kami pulang,,parents Ashraf nak jumpa aku..cuak gilak siottt..maklum la,,aku kan suka gila kacau si budak ashraf tu...skali bapak dia nak amik gambar kami jela..ceh,,suspen je lebih...hihihihihi











































































































































































Jul 14, 2010

I need time

okay rakan2
aku dah lama takupdate this blog
please give me some more time to stable kan balik my life
hidup agak huru-hara pabila baru satart new swm
lagi2,dengan 1st day new sem aku ponteng
I reaally need time untuk bernafas dengan betul
nanti bila dah ada banyak masa lapang I will update all things happen in cameron dan tidak dilupakan I will share new hot gossips..

so,,sila tunggu dengan GIGIH dan SABAR

harap maklum
sekiann

Jul 8, 2010

siott ar

bengang dowh aku
tengok2 sandal yang tinggal kat kachi ni hilang
pihak pengurusan uum ni la
asal habis sem je suruh pack barang letak kat luuar bilik
letak kat koridor plak tu
lagi senang pencuri tu nak angkut barang kita

memang vavi la
curi sandal yang mahal je
selipar aku yang murah2 tak pandang plak
kalau nak kata monyet yang ambik,,
pehal kotak tu cantik gila lagi
benda2 macam kertas dalam kasut tu pun elok je lagi
aku syak ada orang ambil sebab sandal crocodile tah sape punya kat sebelah kotak aku pun dikebas

memang rasa nak carut2
aku bukan maen sayang sandal tu
pakai pun jarang je sebab sayang
skali dikebas orang
sob3..

ni lag UUm
suruh lagi student kosongkan bilik pastu biarkan orang laen suka hati keluar masuk
sungguh malang ar..

aku tanya makcik cleaner pun
beliau kata memang ada orang duk keluar masuk..


eiiiiiiiiiiiiiiiiiii...benci laaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

UPDATE:
aku baru nak boleh terima hakikat sandal aku hilang,,baru aku teringat,,patut dalam kotak2 tu high heels..
ces,,dengan heels aku skali pencurik tu kebas..den baru pakai 3kali je heels tu..uwaaa!!!

Jul 7, 2010

kepenatan

ha,,hari ni aku sibuk2 tolong para AJKS orentasi freshies
penat jugak
tak tido siang pun hari
tak tahu malam ni boleh survive untuk tengok GERMANY V. SPAIN
ni pun dah rasa ngantuk2 dah ni
tapi malam ni kena tolong bagi kad matrik untuk freshies lagi

harap2 mata tahan untuk tengok this match

weh,,dengar cerita sotong kurita GERMANY kata germany akan kalah pada SPAIN
mari kita tengok pagi nanti
kalau tilikan sotong tu salah,bermakna germany akan menang
so,,boleh la germany gulai sotong tu bagi seluruh rakyat jelata makan
ye tak?
hahahaha

pape pun,,tak kira germany or spain menang
u olls jangan sibuk2 nak gaduh or bunuh diri kalau pasukan pilihan u olls kalah okay?

p/s:kepada anda yang saya kata nak mesej or nak menyembang tapi saya tak berbuat demikian,,harap maaf..saya kepenatan dan tidak berkesempatan untuk tunaikan janji tu..maaf ye

Jul 6, 2010

untuk budak engine

Pendidikan Kejuruteraan Universiti Tempatan Diiktiraf Antarabangsa

MELAKA, 5 Julai (Bernama) -- Pendidikan kejuruteraan kebangsaan mencapai penanda aras antarabangsa berikutan kejayaan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) mendapat status penandatangan penuh Washington Accord bagi sistem pendidikan kejuruteraan di Malaysia.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata dengan kejayaan itu, graduan daripada program kejuruteraan universiti tempatan yang diiktiraf LJM, layak menjalankan amalan kejuruteraan di peringkat antarabangsa.

"Dengan pencapaian itu, semua kelayakan ijazah kejuruteraan yang diiktiraf oleh Lembaga Kejuruteraan Malaysia, kini diiktiraf oleh negara penandatangan penuh Washington Accord," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Sesi 2010/2011 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal dekat sini, pada Isnin.

Selain Malaysia, lain-lain negara penandatangan penuh Washington Accord ialah Australia, Kanada, China Taipei, Hong Kong, Ireland, Jepun, Korea, New Zealand, Singapura, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

LJM, sebuah badan yang mengawal selia amalan kejuruteraan seperti memperakukan program pendidikan kejuruteraan, berjaya memperolehi status berkenaan pada mesyuarat International Engineering Alliance (IEA) yang diadakan di Kyoto, Jepun pada Jun tahun lepas.

Washington Accord adalah satu perjanjian eksklusif antara badan pengiktiraf pendidikan peringkat antarabangsa, dan ia mengesahkan bahawa proses akreditasi dan piawaian pendidikan kejuruteraan kesemua negara penandatangan adalah setaraf.

Shaziman berkata pelajar antarabangsa yang memperolehi ijazah kejuruteraan di Malaysia dijamin pengiktirafannya di peringkat antarabangsa.

"Sehubungan itu, institusi pendidikan tinggi Malaysia boleh menggunakan penanda aras itu sebagai alat pemasaran yang berkesan untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa," katanya.

Beliau berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk muncul sebagai hab pengajian bidang kejuruteraan di rantau ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Shaziman yang juga Menteri Mentor UTeM berkata, pengajian bidang kejuruteraan dalam negara semakin berkembang selaras dengan sasaran kerajaan menjadikan perkhidmatan kejuruteraan pemacu utama pembangunan ekonomi negara.

Seramai 2,089 pelajar baru mendaftar bagi pengajian Sesi 2010/2010 di UTeM.

-- BERNAMA


p/s:boleh kerja oversea la korang wahai budak2 engine

bila persahabatan kita bermula

berikut adalah tarikh2 bermulanya setiap persahabatan antara saya dan rakan2(ceh,,tiba2 membahasakan diri dengan nama 'saya')

14/02/2003-daftar masuk MRSM BATU PAHAT(03081-no matrik waktu form 1)

16/01/2006-daftar masuk Form 4 ke MRSM BATU PAHAT (06029-no matrik f4)

12/06/2006-daftar masuk ke MRSM LENGGONG (06588)

28/06/2008-daftar masuk asasi undang2 UITM S.ALAM (2008244688)

tak pasti la berapa haribulan daftar masuk UUM..nanti aku check balik tarikhnya..

jadi,,rakan-rakan..setiap pali sahabat yang anda hulur pada saya,,saya sangat hargai

p/s:KHAS kepada budakmaths,tahun depan ko kena ingat our friendship day yang ko ilhamkan pada aku..cepat bubuh dalam reminder ko sebab aku pun semakin hari semakin kelupaan...

nasib kurang baik

perjalanan nak blk u hari ini penuh dengan liku la wei

DI BALING,KEDAH
1)turun je bas dari rumah aku,aku pun turun la untuk beli tiket ke Alor Setar
tengah mamai-mamai tu,salah kaunter bas la plak kan..malu siottt

2)bila dah pergi kaunter yang betol,aku dengar pak cik tu kata sebelas setengah..aku pn"hah?sebelas setengah?dah naek eh pak cik?"
pak cik tu pun angguk je..aku pun hulur la 12ringgit..skali pak cik tu amik sepuluh ringgit je..
la,sembilan setengah ke..aku ingatkan sebelas setengah..aiyakkk..

ALOR SETAR,KEDAH

1)nak naik bas pukul 2.15,tak masuk hostel aku plak..
kena la tunggu bas pukul 3.15..

2)aku menunggu bas dengan sabar sambil makan roti.sambil2 makan roti,mata pun melilau
sekali aku terpandang seorang perempuan pakai topi dan baju ungu..dia hisap rokok..eii,,macam2 sangkaan buruk dalam kepala otak aku
aku tengah nak suap cebisan roti yang terakhir,tiba2 ada satu suara menegur"amboi,makan sorang naa".
terpinga2 aku sambil cari mana suara tu datang
aku angkat je kepala perempuan baju ungu tadi betul2 menempel duduk sebelah aku..GULP!
nasib baik ada plastik roti kat tangan aku.ada jugak alasan nak bangun kan.aku pun cepat2 pergi buang sampah dan duduk jauh sikit dari perempuan tu walaupun masih sekerusi.3biji beg aku menjadi pemisah antara kami..fuhhh
dia borak2 ngan aku tapi ko tahu jela muka aku yang tak pandai menipu ni..tak boleh langsung aku nak buat muka mesra.dalam kepala aku"ish,perempuan ni nak ape dengan aku?dia pelacur ke?remaja yang rerlibat dalam masalah sosial ke?"
takut dowh..datang2 je terus duduk sebelah aku..aku pun perhatikanla dia dari atas kebawah..tangan dia ada panau
kaki dia ada kudis..
terdetik dalam hati aku,"eii,,macam mana kalau dia ada HIV?dah la tadi bersentuh dengan aku"
dia cakap dia budak matrik.matrik sungai petani.amik kos untuk jadi doktor,umur 21
eii,,nak menipu aku la tu.
ko hengat aku ni bengap sangat ke.
mana ada matrik sungai petani.kalo ko budak matrik,ko akan cakap ko amik sains hayat,bukan cakap kos untuk jadi doktor.budak matrik umur 21?eii..tipu2
tapi aku angguk2 kan aje.malas aku nak layan
lepas tu dia tanya aku ada pakwe tak
haishhh..pehal tanya pakwe2 plak..nak suruh aku jual pakwe aku kat dia ke?
astagfirullah2..stop jauhariatul..stop it
nasib baik ada pakcik2 datang melayan dia lepas tu
aku ni tak habis2 tengok jam
bila la bas nak sampai..penat aku duk berdoa suruh bas datang cepat..takutnya aku ko tahu..
perempuan tu plak duduk borak macam2 ngan pakcik2 tu..
siap nyanyi2 lagu goyang inul,lagu hindustan,lagu thailand pun dia nyanyi,lagu melayu lama2,lagu BI tak rasanya..aku tak fokus sangat sebab duduk menyumpah dalam hati kan..hahahahha
setelah lama perempuan baju ungu tu borak2 ngan pakcik tu,,dia pun blah
lepas blah,pakcik tu buat kesimpulan perempuan tu gila meroyan
tengok muka,gaya cakap sekali imbas,tak macam gila pun
tapi kalau dah dia cakap banyak2,ko pun akan syak dia gila
so,,aku pun buat kesimpulan dia gila
TAPI
bila aku dah naik bas,aku nampak perempuan tu dengan seorang budak perempuan darjah 5 atau 6..
aku jadi konfius balik..
dia ni gila ke tak?
kalau dia gila apesal ada budak kecik ikut dia?
budak tu kemas je pakaiannya..takkan la gila
aku perhatikan je perempuan tu sampai bas aku bergerak
dan sampai sekarang aku tertanya2,
PEREMPUAN TU GILA KE TAK?

UUM
masuk je dalam kampus UUM
bas tu dinaiki oleh makcik2 cleaner
semua cleaner tu india
dalam bas tu dipenuhi oleh indians
4 orang je Melayu dalam tu
-drebar bas
-konduktor bas
-budak laki uum
-DAN AKU!!!!
aku sorang je perempuan melayu
nasib baik aku pakai tudung hitam
takde la ketara sangat aku ni berbeza
aku rasa macam aku alien
aku tak faham sepatah haram pun ape yang diorang cakap dan aku rasa pening
macam duduk kat INDIA ko tahu

p/s:banyak lagi perkara yang berlaku..tak sanggup aku nak taip..sengsara hati dan otak aku duduk bermonolog dalaman sepanjang perjalanan untuk sampai ke UUM..besar sungguh dugaan

Jul 5, 2010

surat siapa?

ko cam tak bunyi motor posmen macam mana?
ala,,bunyi motor posmen kan sepesen je
bunyi motor ex5 yang kuat tu...

aku pun terkedek-kedek la pergi amik surat bila kedengaran sayup-sayup posmen dah blah kan
eh,,ada surat la
ooo,,untuk mak aku
sape plak yang bagi surat pada mak aku ni?
dah la sampul kaler coklat plak tu
tak gam pun surat ni?
tengok la dulu
hehehe






My Admire Most

Mother...
You are my queen in my heart
you are my life
I can't live without you

You are ageing and ailing
But...
Still strive diligently,
To feed our hunger

From the crack of dawn till dusk,
work under the harsh blazing sun,
and heavy downpour,
become responsible householder

Mother..
gone through many ups and downs in life
Deep down in your heart,
felt thousands of needles,
impaled into your heart

Eventhough in hot soup,
You guided us to be,
virtuous and pious children,
without your presence,
The world seemed to be a pleak place

Mother...
I don't mean
Your tears trickled down,
On your cheeks again
Because of our naughty

I want hug and kiss you,
I feel your tender loving care,
For good,
I love you mummy

aku ingat ni surat sempena hari ibu dari adik aku yang form 3
yela,,dia kan duduk kat asrama
mesti cikgu suruh buat benda2 macam ni untuk hari ibu
maklum la,,budak asrama kan

bila aku tengok dekat setem
dari PERLIS!!!!
dari adik aku yang kat matrik tu la..
wah3..
ni cikgu BI kat matrik suruh buat ke?
siap anta poem omputeh lagi kat mak aku
macam la mak aku paham...

papepun,,tahniah la pada adik aku ni
sejak hantar dia ke matrik dari 10 mei lalu,,
dia tak pernah balik umah lagi
kental kan adik aku
dah la tak pernah berjauhan dari famili,
tak pernah duduk asrama,
lama gila dia boleh bertahan duduk sana
parents aku pun,,bukan hari-hari kol dia
aku rasa bapak aku lagi kerap kol akak aku yang berumur 24 tahun dan sedang amik master dari adik aku yang sorang ni
berdikari la dia
tak sangka taw
padahal kalau tengok muka,dia paling lembik dan gembeng berbanding kami yang lain

p/s:dia akan balik bercuti hijung bulan Julai ni..sama2 kita nantikan apa yang berlaku pada adik aku yg kental ini

hari-hari terakhir

aha,,ni bukan kisah hari-hari terakhir seorang wanita yang tragis tu
tapi hari-haru terakhir berada di rumah
tanda-tanda pengakhiran cuti dapat dikesan pabila
1)mak sibuk masakkan semua makanan kegemaran anak
2)parents belikan semua yang tekak anak rasa nak makan
3)saudara mara dan jiran tetangga turut concern dengan kehendak perut orang yang harus pulang ke universiti untuk berjuang...

hahahha..
tanda-tanda tu aku dah mula alami ye
sebab..
mak aku dah masakkan udang masak lemak yang aku suka
bapak aku belikan durian sebanyak mungkin..takut anaknya kempunan makan durian..almaklumla,,lama lagi nak cuti semula
tak kurang juga dengan kawan-kawan parents aku yang offer macam-macam suruh aku makan..

ha,,tadi aku pergi beli kueh
aku kena sound dengan mak cik yang jual kueh tu
beliau kata"kenapa hang tak pergi sekolah?"
terkelu lidah den..
mak cik..mak cik...

p/s:para gambar tidak disertakan untuk mengurangkan tahap kejelesan korang.aku bukan zalim untuk biar air liur korang meleleh..huah3

Jul 3, 2010

kontroversi kan?



ha,,
tidak lengkaplah blog seseorang tanpa isu ini
tapi aku tak nak bincangkan pun
sebab dah banyak blog yang dah berkurun bincangkan
so,,korang tengok jela gambar ni





pak cik dalam gambar ni pengamal poligami(aku tiru ayat kat banner tu..PENGAMAL~
tak boleh blah betol panggil PENGAMAL

tak nampak ke ape yang ditulis?
ke tak faham maksud banner tersebut?
banner ni ditulis dalam loghat kelantan yang bermaksud
"poligami-madu ke hempedu?"

isu ni sangat sensitif dalam kalangan wanita
aku harap wanita2 yang terbabit,,jangan bakar blog den
den sajo-sajo nunjuk gambar ni hah
teruja den baco tajuk nya..
sharing is caring kan
maksud aku..sharing this banner..
hahahha

prasangka

hari ni takde elektrik dekat 12jam!!!
ko bersangka buruk atau baek?
apa kes la asyik takde elektrik je..
kena call TNB careline baru la ada orang betulkan..
arghhh,,cerita ni takde kena mengena dengan tajuk ni pun..
ni cume mengadu domba je sebelum memulakan cerita utama

semalam kan,,
waktu aku dan parents aku dalam perjalanan untuk ke pekan mencari barang seketul dua untuk bawak balik ke universiti,,
ada sebuah lori dari arah bertentangan
tiba-tiba bapak aku berkata
"eh,lori tu buang ape?kulit durian ke anjing mati dalam longkang tu?"
mak aku pun berkata-kata jugak
"sambil lalu pun boleh buang-buang sampah?entah-entah buang anak tak?"
haa,,ko tengok..
nak menunjukkan betapa seriusnya masalah buang bayi sekarang sampaikan asal ada orang buang benda je,terus cakap orang tu buang bayi..

tapi kan,,isu ni dah sejuk dan hampir basi baru aku kalut nak membebel kat sini
macam la korang tak tahu..ye tak?
hahahaha

korang...korang..
malam ni jangan lupa tengok ARGENTINA V. GERMANY tau
dan bagi peminat BRAZIL,,jangan hantuk-hantuk kepala kat dinding ye..
huahuahua
tahniah ye skuad the ORANJE!!!sampai ada orang gembira berguling-guling taHu netherlands kalahkan BRAZIL..
adik-adik aku plak siap gaduh-gaduh dan bertumbuk bagai sebab BRAZIL KALAH..cehhh

dan
T3 sangat berkesan melawan jerawat yang liar tumbuh di wajah aku..
so,,rakan-rakan yang mempunyai masalah jerawat tegar,,boleh la cuba T3 lepas ni =)

p/s:aku rasa cerita dalam tajuk kali ini sangat tunggang terbalik..sila jangan kecewa..

Jul 2, 2010

sudah matangkah?

apakah tanda2 kematangan?
1)ada pasangan kekasih?
2)atau pun muka dipenuhi jerawat sampai nak sentuh pun dah takde tempat?
kalau (1) adalah tanda kematangan,maknanya jauh masih lambat la untuk matang
kalau (2) adalah tanda kematangan sebenar,,maknanya aku dah matang la wei
fenomena jerawat secara besar-besaran sedang berlaku sampai merisaukan aku
terpaksa aku paksa bapak aku pergi kedai untuk beli T3
ada side effect tak pakai T3 nih?
baru first time pakai nih...

tapi kan,,
kalau aku dah matang,
kenapa cikgu sekolah bapak aku tanya aku tingkatan berapa waktu pergi jual nasi kerabu hari tu?
kenapa ada cikgu adik aku tanya aku ni adik kepada adik aku or kakak kepada adik aku?
kenapa jugak customer kat kedai mak aku tanya aku sekolah tingkatan berapa jugak?
dan juga,,kenapa budak yang jual burger depan gerai aku hari tu tanya mak aku "mak cik,,anak mak cik yang jual nasik kerabu hari tu baru lepas SPM ke?"

haishhh..aku sudah 20 la
sudah nak masuk ijazah semester 3 dah pun
kadang2 aku cakap je aku form 1..
baru terkejut beruk pakcik2 dan makcik2 yang tanya aku form berapa...kakakkaka

p/s:rakan-rakan,korang terima la kenyataan muka aku berjerawat sekarang,,jangan la ekau buat muka terkezut dan tak percaya bila aku cakap muka aku banyak jerawat..kepada Fain,,terima la hakikat ni..ko sibuk tak boleh terima muka aku berjerawat..aku perlukan sokongan ko..hak3..cam penyakit kronik je..padahal jerawat je pun..kecoh ar...

Jul 1, 2010

nah,,halwa telinga

dengar la lagu ni

aku rasa best plak lagu si shahir ni setelah dipengaruhi oleh adik2

dia punya lirik tu macam mengkagumkan

siap ada bunga mekar la,musim luruh la

enjoy this song because i dedicate this song special for you

yeah,,for all of you ;-)

u olls,,

i tak dapat tunaikan janji untuk sambung cerita her story part 2

ada problem dengan kabel untuk transfer gambar..haishh

sori...

dah bulan julai la

Julai bermakna dah bulan tujuh
juga bermakna semakin berkurang hari di rumah
juga bermaksud akan menghampiri tarikh untuk balik ke universiti yang penuh dengan nilai alam semula jadi(dalam bahasa mudah bermaksud hutan sintok yang sedang pesat dilanda pembalakan haram)

kesemua perkara diatas bererti
1)duit dalam akaun bank akan merosot sebab duduk kat u semua kena beli sendiri
2)kena pikir nak order ape kat kafe kak mona hari2
3)juga akan menyebabkan aku membilang hari dan menunggu saat ENCIK jpa yang budiman tambah wang dalam akaun
4)terputus hubungan dengan menantu yang dikasihi
5)tidak boleh bertekak lagi dengan rakan lama di sekolah rendah dulu
** perkara 4 dan 5 cam kurang relevan je..macam la zaman jepun..nak terputus hubungan bagai..ko xde fon or internet ke mak cik?(ini monolog dalaman)
6)nak wrestling siapa tanpa adik2 di rumah?
7)MACAM MANA NAK TENGOK WORLD CUP PERINGKAT AKHIR??howwww?????

ha,,tidak ketinggalan
bulan tujuh juga bermakna,,kita perlu menanam azam baru didalam hati sebelum bermulanya sesi baru..

dan yang pasti
SAYA AKAN JADI SENIORRRR!!!!yeay!!
mari..mari...
korang dah ada kawan yang jual kueh?
dah ada juga kawan yang jual ikan?
ada...
ohhh ada..
tapi korang ada tak kawan yang jual nasik kerabu?
x
tak de?
jangan risau..
mulai hari ni korang akan ada satu
iaitu aku
kakakakka

semalam den pogi menjual nasik kerabu hah
kat skola adik den ..ada hari koperasi
den siap pakai baju kurung lagi untuk jual nasik kerabu
sungguh bersemangat kebangsaan la
sampai ada pak cik tanya kat aku
"ni kaunter untuk daftar ke?"
ces,,sungguh hampes ye
aku pun dengan tenang menjawab
"tak la pak cik,saya jual nasi kerabu"
(^_^)
ko tengok,,aku siap senyum tau kat pak cik tu
dah jadi penyabar aku sejak kebelakangan ni...hahahha

7.30 lagi aku dah pegi ke sekolah tu
gerai orang laen bukan maen semangat lagi mereka hias dari sehari sebelum tu
gerai aku je paling simple
letak alas meja je wei
bak kata orang,hiasan tu tak penting,,YANG PENTING...duit masyukkkk..

pagi-pagi hari budak2 skolah tu ada perhimpunan..
bapak lamanya
sampai pukul 8 pun tak habis lagi perhimpunan

walaupun perhimpunan sedang berlangsung,
ianya tidak menghalang untuk orang ramai datang membeli digerai aku
orang laen tak stat jual lagi tapi dah ada orang datang membeli kat gerai aku
bukan nak kata nasik aku laris
tapi nak ditegaskan disini betapa hebatnya penangan nasik kerabu walaupun dijual di negeri orang

bila budak-budak habis perhimpunan
ya ampunnn
tak cukup tangan den
memang tak berenti lagsung
brenti pun bila nasik tu dah habis
aku rasa gerai aku je tutup awal
kul 10 dah habis dah
2jam je aku meniaga
hahahhaha

seronok la wei meniaga ni
mak aku je yang segan
aku tak segan pun..
dapat duit,,nak segan ape kan?

akhir kata..
masakan adalah satu perniagaan..
wakaka